CUEPACS kemuka lima tuntutan baru – Berita Harian


CUEPACS kemuka lima tuntutan baru
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
bhnews@bharian.com.my
2011/03/31

IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Tuntutan lain akan dikemukakan dalam pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, di Putrajaya, Isnin ini ialah kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ (tempoh perkhidmatan) kurang 15 tahun dan penjawat awam tidak dipindah atau ditukar ke negeri lain jika menerima kenaikan pangkat dalam gred yang sama.

JPA juga diminta menerima sijil cuti sakit dikeluarkan doktor kepada penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya melalui pembedahan, cuti tanpa rekod ditambah daripada 14 hari kepada 30 hari serta cuti separuh gaji bagi menjaga ahli keluarga yang ditimpa musibah sehingga tiga bulan.CUEPACS juga akan membuat susulan terhadap keputusan kerajaan serta cadangan dikemukakan kongres itu kepada JPA sebelum ini, termasuk cadangan sistem penilaian kompetensi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun ini serta kajian semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu gaji minum kakitangan awam RM920 sebulan.

Bercakap selepas berdialog dengan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pejabat JPJ Perak di sini, semalam, Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula SSM.

Katanya, penjawat awam Gred 1 hingga 16 perlu diberikan gaji lebih tinggi bagi membolehkan mereka menyesuaikan dengan peningkatan kos sara hidup.

Dalam pada itu, Omar berkata CUEPACS meminta kerajaan menimbang pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan tahun ini bagi mengimbangi bonus diterima mereka yang berkhidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan tertentu.

 

About these ads

4 Comments

  1. Tuan,

    Saya mohon pertimbangan agar pengambilan gred kanan tinggi ditambahkan di Jabatan Kerajaan terutamanya bagi gred f38. Buat masa ini, ramai pegawai gred F32 yang berkhidmat ke tangga gaji tahun 10 dan akan langgar dinding.

    Kenapa gred F38 tidak dibuat seperti F29/F32/F38 (flisible jawatan) atau KUP sedangkan gred M sentiasa ditambah malah jika gred tiadapun, diadakana.

    Pohon pertimbangan.

    Terima kasih

  2. Tuan,

    Dicadangkan agar gred dalam kumpulan sokongan dibuat dari gred 1-44. Ini akan memberi peluang kepada kumpulan sokongan boleh dinaikkan pangkat di peringkat lebih tinggi.

    Untuk makluman tuan jua, gred jawatan (contoh F41) kebanyakannya baru/freshie dan tidak mempunyai kemahiran dari segi teknikal untuk melaksanakan tugas. Kebanyakan kerja di serahkan bulat-bulat untuk tindakan pegawai sokongan dan malahan pegawai bawahan menjadi pakar rujuk. Dicadangkan agar gred 41-44 menjadi gred sokongan.

    Terima kasih.

  3. Tuan,

    Saya mohon pertimbangan agar pengambilan gred kanan tinggi ditambahkan di Jabatan Kerajaan terutamanya bagi gred f38. Buat masa ini, ramai pegawai gred F32 yang berkhidmat ke tangga gaji tahun 10 dan akan langgar dinding.

    Kenapa gred F38 tidak dibuat seperti F29/F32/F38 (flisible jawatan) atau KUP sedangkan gred M sentiasa ditambah malah jika gred tiadapun, diadakan.

    Mungkin pihak tuan boleh semak dengan JPA berhubung perkara ini.

    Pohon pertimbangan.

    Terima kasih

  4. Tuan.

    Dicadangkan agar gred sokongan diberi peluang untuk menghadiri kursus di INTAN bagi tujuan kenaikan pangkat.

    Untuk makluman tuan jua, kebanyakan pegawai gred kanan tinggi (contohnya: 36/38) berumur lebihkurang 40 tahun. Sekiranya berada di gred 36/38, tempoh perkhidmatan mereka hanyalah 5/6 tahun sahaja dan gaji akan melanggar dinding.

    Dalam tempoh masa untuk pencen, adakah tiada peluang lain untuk mereka naik pangkat ke gred lebih tinggi sedangkan pengalaman mereka amatlah diperlukan.

    Pohon pertimbangan tuan dan pihak JPA.

    Dipohon juga pihak JPA mengkaji perkara ini dan mengemaskini maklumat perjawatan awam di seluruh Malaysia.

    Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s