SEMAKAN KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA ONLINE


SEMAKAN KEPUTUSAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT SECARA ONLINE

Keterangan lanjut lawat di http://www.moe.gov.my/naikpangkat/

PERHATIAN:
1. Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara online tidak melibatkan urusan pemangkuan.
2. Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan dilaksanakan secara berperingkat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan perakuan oleh Ketua Jabatan.
3. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini.
Sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan kepada kami:
PENGUMUMAN TAMBAHAN:

Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing atau Urus Setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) untuk tujuan semakan status.

About these ads

11 Comments

  1. Saya sudah berusaha telefon untuk bertanya tentang status saya ke pihak yang berkenaan di Bghn Sumber Manusia namun talian sibuk dari pagi sampai petang. Setiap 15 minit saya mencuba pun masih sama. Saya sebenarnya calon tercicir (dilantik pada 24/8/2001 utk DG41) disebabkan kerani sekolah saya tidak menghantar maklumat ke JPN Sarawak pada tahun lepas. Bagaimana maklumat tersebut telah dihantar pada tahun ini dan JPN Sarawak kata telah menghantar maklumat tersebut ke kementerian. Bila disemak melalui online maklumat saya tidak ada dalam sistem. Jadi bagaimana saya harus mengadu atau bertanya hal ini memandangkan talian yang sepatutnya dihubungi sibuk sepanjang masa.

  2. saya juga telah berusaha utk menghubungi pihak berkenaan mengenai status permohonan saya tpi talian sentiasa sibuk. saya telah dilantik pada 1/10/2006. ramai kawan -kawan saya yg telah dilantik kemudian dripada saya semua mereka telah dapat surat perlantikan ke dg44 bulan april ini tadi. jadi macam mana dgn kes saya. adakah permohonan saya ditolah/ tdak lengkap.saya perlu tahu keadaannya supaya tindakan susulan dpt sya lakukan. tq.

  3. Hamdan Yaakub,saya calon cicir KUP DG48 atas dasar 3+1,Saya dilantik DG44 pada Julai 2006..apakah status saya sekarang walaupun IPG kampus Perlis telah menghantar maklumat sy ke IPGM Cyberjaya.Apakah status saya sekarang tidak cukup syarat utk ke DG48 Apakah saya tidak layak ? Mcmana dgn kes saya ini?Saya sudah merujuk ke Bhgn Sumber Manusia Jabatan Saya. Semua maklumat dikatakan sudah dihantar.Kawan2 saya sudah dapat jawapan perlantikan….

  4. cadangan saya kpd BSM atau JPA, kenaikan pangkat mesti melihat kpd senioriti penjawat awam kerna sumbagnnya telah lama kpd kerajaan. apa yg telah berlaku di ipgm tidak valid. cthnya bekas gurunya yg ada DR sama dgn anak muridnya yg jauh sgt dari pelantikan DG41 mendapat DG48. cth kedua pd fasa 1 pensyarah A berumur 50, pelantikan DG41 th 89, pensyarah B berumur 38 th pelantikan DG41 th 96 (DG44 berada hanya 9bulan saja- tk cukup syarat JPA) telah dianugerahkan DG48. bukan nak dengki tapi kenalah ikut syarat JPA, dan bgi peluang kpd yang lama berkhidmat dulu, yg muda-muda tu kena sabar insyaAllah akan boleh jugok.

  5. Dengan rendah diri dan hormat memohon agar pengarah dan pegawai berkenaan di bhgn kenaikan pangkat/ sumber melantik guru-guru lepasan ijazah (ppps) yang telah cukup perkhidmatan selama 22 tahun pada tahun 2012 atau sebelum nya dilantik ke DG52 pada tahun 2013 kerana golongan PPPS kumpulan tersebut telah berkhidmat selama 16 tahun di DG41. Mereka teraniaya tidak seperti guru-guru baru yang berada di DG 41 cuma 10 tahun.Mereka berusaha keras untuk lulus semua ketiga-tiga peperiksaan ptk.Disebabkan mereka PPPS bukan seperti guru maktab yang menyambungkan pelajaran, mereka tidak diberi apa-apa keistimewaan seperti anugerah kenaikan gaji dan diskaun 3+1 .Rata-rata guru junior yang belum cukup berkhidmat 8 tahun di DG 44 sudah dilantik ke DG 48 jadi,;saya cuma mohon agar guru senior yang sudah cukup 22 tahun dan lulus semua ptk dilantik kegred DG 52.Bilangan guru yang berada dalam kumpulan ini tidak ramai pun.Jikalau kumpulan ini tidak dilanti ke DG 52 mereka akan mendapat sedikit sahaja pencen kerana mereka akan terpaksa bersara sebelum mendapat DG54. Saya berharap agar semua guru yang berkhidmat fresh dari universiti diberi peluang ke gred DG 54 kerana mereka memulakan kerjaya setelah berusia 26 tahun/lebih, bukan seperti guru lepasan maktab, ada yang memulakan kerjaya pada umur 20 tahun dan mendapat pelbagai keistimewaan seperti kenaikan pangkat/gaji yang banyak.dan pengiraan pencen yang mesra guru pppbs yang baru jadi ppps.Ada juga PPPS yang tidak malang kerana mereka dianugerahkan kenaikan gaji melintang /menegak dan dilantiki ke DG 48 lebih awal pada tahun 2008 atau 2009 tetapi ada juga guru PPs yang malang yang tidak pernah mendapat anjakan gaji melintang /menegak walaupun memulakan perkhidmatan pada 1988.1989. atau 1990. Mereka lambat dilantik ke DG 48 kerana tidak memenuhi kriteria kenaikan pangkat sebelum ini yang memerlu seseorang guru itu berada di tangga gaji sekian-sekian pada tahun 2002.Apa signifikasi tahun 2002 itu?Saya berharap sepenuh hati supaya tuan memperbaiki senario ini demi motivasi guru-guru senior yang terutama yang dilantik ke DG 44 pada tahun 2004 dan cukup 22 tahun berkhidmat pada tahun 2012 dilantik ke DG 52 tanpa menunggu 6 tahun di DG 52 kerana mereka telahpun berada di DG 41 selama 16 tahun dan lulus semua ketiga-tiga ptk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s