PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan Khamis depan. – Berita Harian


PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan Khamis depan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan semua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Seramai 494,493 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,192 pusat pemeriksaan di seluruh negara.