Rogol wanita lembam, bapa tujuh anak dipenjara 15 tahun – Utusan Malaysia


Rogol wanita lembam, bapa tujuh anak dipenjara 15 tahun

06/02/2011 2:51pm

 

 

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

 

KOTA BHARU 6 Feb. – Seorang bapa kepada tujuh anak dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun bermula hari ini oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah merogol seorang wanita lembam sehingga mangsa melahirkan anak lelaki kira-kira lima tahun lalu.

Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan tersebut selepas Mokhtar Hassan, 53, didapati bersalah merogol mangsa yang ketika itu berusia 18 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Kampung Berdang, Jeli pada April 2006.

Mengikut pertuduhan, kejadian pada waktu pagi itu hanya disedari seorang kakak mangsa beberapa bulan kemudian selepas melihat perut adiknya semakin membesar akibat mengandung.

Tertuduh ditangkap tidak lama kemudian selepas keluarga mangsa membuat laporan polis.

Mangsa kemudiannya melahirkan seorang bayi lelaki pada 12 Februari 2007 dan bayi itu disahkan anak tertuduh.

Akibat kesalahan itu, Mokhtar yang mempunyai seorang anak sedang menuntut di institusi pengajian tinggi dan dua lagi di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. – Utusan

 

Pemuda bebas tuduhan bunuh bapa – Utusan Malaysia


Pemuda bebas tuduhan bunuh bapa

06/02/2011 5:11pm

KUALA TERENGGANU 6 Feb. – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepas dan membebaskan seorang pemuda daripada tuduhan membunuh bapanya Februari tahun lalu setelah mendapati dia berada dalam keadaan tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa mengarahkan tertuduh Shahrul Azmi Che Mat, 21, diletak di bawah jagaan di Hospital Permai Johor Baharu sehingga ke satu tempoh yang diperkenan oleh Sultan Terengganu. Mohd Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pihak pendakwa menerusi keterangan lapan orang saksinya berjaya membuktikan tertuduh telah melakukan kesalahan dengan membunuh bapanya, Che Mat Nik, 51, namun pihak pembelaan telah membuktikan tertuduh tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu. – Bernama

Sayu tatap wajah ibu – Harian Metro


Sayu tatap wajah ibu

Oleh MOHD NASIF BADRUDDIN dan NAZDY HARUN
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HULU TERENGGANU: Linangan air mata peserta di depan ibu bapa antara detik penuh emosi yang mewarnai program Belaian Kasih pada sesi terakhir Kem Remaja Addin Harian Metro Siri 3, semalam.

Lebih menyentuh perasaan dalam program yang diadakan di Kampus Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Kuala Berang, di sini, ketika perunding motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh meminta peserta memegang dan menatap wajah ibu sambil diiringi paparan video pengorbanan ibu bapa menjadikan suasana hiba menghiasi dewan.
Malah, modul peserta dimasukkan ke dalam 20 lubang menyerupai liang lahad memberi pendedahan kepada mereka mengenai hakikat kematian dan menimbulkan keinsafan.

 

Sepanjang program tiga hari dua malam itu, peserta didedahkan dengan pelbagai modul, termasuk kepentingan solat dalam menjamin kesejahteraan hidup.
Lebih membanggakan kehadiran 126 peserta lelaki dan 94 perempuan itu juga menjadikan Kem Remaja Addin Harian Metro kali ini mencatatkan penyertaan paling ramai berbanding sebelumnya.
Mohd Zawawi berkata, walaupun ada peserta nampak ego dan sukar dikawal pada mulanya, namun pada akhir program mereka menunjukkan perubahan positif dan keinsafan.

Rata-rata ibu bapa menyifatkan program anjuran Harian Metro dan KIST itu berjaya mengubah keperibadian anak mereka menjadi lebih patuh kepada ajaran agama dan menghargai ibu bapa.
Majlis penutup disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman.

 

Hadir sama Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat KIST, Ketua Pegawai Eksekutif KIST Kampus Kuala Berang, Taib A Rahim, Pengarah Kem Remaja Addin, Roslan Ibrahim yang juga Pengarang Rencana Harian Metro dan Ketua Biro Harian Metro Wilayah Timur, Sufian Thauri Muhammed.

 

Kikis wang lelaki – Harian Metro


Kikis wang lelaki

Oleh ISMA ISMAIL dan FIRDAUS SAHAT
metahad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
LALA... jadi pekerja sosial mudah.
LALA… jadi pekerja sosial mudah.
LIYANA... umpan gambar berahi di laman sosial seperti Tagged dan Facebook.
LIYANA… umpan gambar berahi di laman sosial seperti Tagged dan Facebook.

KUALA LUMPUR: Mereka cantik, muda dan berpelajaran tinggi. Namun kerana mahukan kesenangan dengan cara mudah, segelintir gadis yang mendakwa graduan sanggup menjual tubuh, menawarkan khidmat urut dan menipu lelaki hidung belang.

Itu haluan hidup gadis berkenaan bagi meraih pendapatan lima angka sebulan tanpa perlu bekerja keras berbanding bekas rakan sekuliah yang hanya mampu memperoleh antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan, bergantung kepada jenis pekerjaan.

Gadis berkenaan licik mencari pelanggan dengan menggunakan kepandaian dan kepetahan dimiliki untuk mengikis wang dan menipu lelaki miang yang dahagakan belaian.

Selepas mengesan aktiviti songsang mereka menerusi laman sosial, wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki dan menemubual tiga graduan berkenaan bagi mengetahui punca mereka memilih jalan ‘sesat’ hingga mensia-siakan pengorbanan ibu bapa membiayai pelajaran ke menara gading.

Malah, bagi membuktikan dakwaan itu benar, mereka menunjukkan diploma dimiliki kepada wartawan dan bukan sekadar ‘iklan’ promosi diri di laman sosial.

LALA, 24:

“SAYA menggenggam segulung diploma dalam jurusan pelancongan dari sebuah kolej di Melaka tahun lalu, namun persaingan dalam dunia pekerjaan menjadi penyebab saya beralih menjadi pekerja sosial.

‘Pekerjaan’ ini mudah dan tidak memerlukan masa panjang untuk mendapatkan gaji lumayan. Saya tidak perlu bekerja lebih seperti mana eksekutif kanan pelbagai syarikat lain. Lagipun, pekerjaan seperti itu belum menjamin pendapatan tinggi.

Jika ada yang menawarkan gaji sehingga lima angka sebulan, ia memerlukan komitmen tinggi dan masa yang banyak.

Sebab itu saya beralih kepada kerja seperti ini. Cukup senang. Walaupun dipandang hina, masih ramai lelaki hidung belang mahukan khidmat kami. Bagaimanapun, sebagai orang Islam, saya tetap terfikir mengenai soal halal dan haram.

Mungkin, apabila mengumpul wang secukupnya, saya akan berhenti melakukan kerja seperti ini dan memulakan perniagaan sendiri,” kata gadis berasal dari Kedah itu.

BABY, 26:

“SEBELUM ini saya pernah bergelar penari profesional dan kerap mengiringi pelbagai persembahan artis popular dalam dan luar negara.

Walaupun bergelar graduan dalam bidang itu di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Kuala Lumpur, persaingan dan pendapatan diperoleh kurang memuaskan.

Saya pernah bekerja beberapa tahun sebagai penari profesional. Namun gaji diberi cukup makan saja. Malah, terlalu banyak bil dan komitmen lain perlu diselesaikan.

Selepas itu, saya diajak seorang rakan untuk menjalankan khidmat ini. Pada mulanya saya keberatan, namun selepas menerima gaji diberi, saya tidak berfikir panjang lagi.

Usia seperti saya sekarang ini susah untuk mendapatkan pendapatan yang kadangkala melebihi lima angka. Jika saya bekerja di syarikat lain atau terus bekerja sebagai penari, mungkin 20 tahun lagi baru saya mendapat pendapatan sebanyak ini.

Tidak cukup sekadar bekerja di pusat kesihatan atau spa sebagai gadis urut, saya turut menawarkan khidmat seks dengan menyewa bilik hotel sekitar ibu kota.

Kegiatan ini dilakukan selepas pulang daripada kerja dan ia hanya dibuat apabila mendapat tempahan di sebelah malam.

Jika di spa, saya tidak mendapat bayaran penuh. Jadi, untuk mendapatkan bayaran menarik, saya terpaksa melakukan kerja seperti ini.

Bagaimanapun, bukan selalu saya menjalankan aktiviti ini. Jika ada tempahan, baru saya menyewa bilik hotel dan menanti pelanggan.

Sekurang-kurangnya saya dapat mengumpul RM3,000 hingga RM4,000 dengan melakukan kerja luar terbabit.

Jika dicampurkan dengan gaji bekerja di spa, paling sikitpun saya mampu memperoleh RM10,000 sebulan,” kata anak jati Kuala Lumpur itu yang menamatkan pengajian di peringkat diploma tahun lalu.

LIYANA, 25:

“SAYA licik menipu ratusan lelaki dengan ‘menjual’ pelbagai gambar mengghairahkan di laman sosial seperti Tagged dan Facebook yang kononnya menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Menerusi profil dipaparkan, saya secara terang-terangan menawarkan khidmat urut, ringan-ringan, urut badan ke badan (b2b) selain khidmat seks. Bagaimanapun, semua tawaran itu adalah palsu untuk saya mendapat wang mudah.

Senang saja untuk memperdayakan lelaki gatal yang dahagakan seks.

Malah jika benar-benar mahukannya, mereka sanggup lakukan apa saja, termasuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun saya walaupun tidak mengenali siapa saya.

Sekurang-kurangnya, sehari saya mampu memperdaya lima atau enam lelaki. Sebelum berjumpa saya, mereka harus memasukkan RM100 atau RM150 ke dalam akaun.

Namun selepas duit dimasukkan, saya menghilangkan diri atau memberi bermacam-macam alasan,” katanya yang masih menganggur selepas menamatkan pengajian pertengahan tahun lalu.