Cuba rogol anak murid, guru Bahasa Inggeris dipenjara lapan tahun – Utusan Malaysia


Cuba rogol anak murid, guru Bahasa Inggeris dipenjara lapan tahun

08/02/2011 3:00pm

 

 

Oleh YULPISMAN ASLI

 

KOTA BHARU 8 Feb. – Akibat cuba merogol anak muridnya berumur 15 tahun empat tahun lalu, seorang guru Bahasa Inggeris berusia 54 tahun dipenjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Zainal L. Salleh turut menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas tertuduh, Nasir Abd. Rahman kerana cuba mencabul kehormatan anak muridnya itu dan tiga tahun lagi atas kesalahan memiliki gambar lucah yang disimpan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.

Beliau bagaimanapun memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan serentak. Ini bermakna, tertuduh hanya menjalani hukuman penjara selama lapan tahun.

“Sebagai seorang pendidik, kamu telah lakukan perbuatan jijik terhadap anak murid kamu. Kamu didapati bersalah dan hukuman perlu setimpal dengan apa yang dilakukan agar dapatmenyampaikan mesej kepada masyarakat. Bagaimanapun saya setuju untuk hukuman berjalan secara serentak,” kata Zainal dalam penghakimannya. – Utusan

 

Pelajar perempuan tingkatan 5 ditemui mati di Melaka – Berita Harian


Pelajar perempuan tingkatan 5 ditemui mati di Melaka

2011/02/08

MELAKA: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota, Melaka Tengah, kira-kira jam 9 pagi tadi.

 

Bengkel Pengukuhan Solat Intensif – Harian Metro


Bengkel Pengukuhan Solat Intensif

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Bagi memperkasakan pengetahuan mengenai solat di kalangan umat Islam, Human Capital Development Services (HCDS) akan menganjurkan Bengkel Pengukuhan Solat Intensif untuk golongan dewasa dan ibu bapa di Hotel De Palma Ampang, 26 Februari depan.

Bengkel itu membuka ruang kepada peserta untuk mengemukakan apa jua permasalahan solat.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 12 Februari dan untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Shaharul Ridzuan di talian nombor 03-42955393 atau menghantar SMS ke nombor 010-3240051 atau 010-3234739.

 

Polis pujuk wanita bogel – Harian Metro


Polis pujuk wanita bogel

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Orang ramai gempar apabila seorang wanita warga Afrika muncul di khalayak ramai dalam keadaan telanjang bulat sebelum membuat ‘persembahan’ dengan berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Lebuhraya Lingkaran Tengah II di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 20-an terbabit seolah-olah sengaja menarik perhatian orang ramai apabila enggan memakai semula baju walaupun dipujuk anggota polis dan orang ramai.
Saksi kejadian, Mohd Ghani Mohd Ismail, 29, berkata, dia yang menunggang motosikal terkejut apabila melihat seorang wanita melompat-lompat dalam keadaan bogel di bahu jalan.

 

Menurutnya, perlakuan aneh itu menyebabkan pengguna jalan raya memperlahankan pemanduan bagi melihat ‘tayangan percuma’ berkenaan yang turut menarik perhatian pelanggan bank serta pengunjung restoran berhampiran lokasi kejadian.
“Dua anggota polis lelaki yang menyedari perbuatan wanita itu cuba memujuknya bertenang dan memakai pakaiannya semula,” katanya.
Menurutnya, anggota polis berkenaan yang mungkin serba salah untuk menyentuh wanita terbabit berulang kali menghulurkan pakaian, namun ditepis wanita itu.

 

 

“Wanita terbabit yang seolah-olah dirasuk menjerit-jerit dalam bahasa tidak difahami sebelum baring di atas jalan raya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, wanita terbabit yang berpura-pura pengsan bagaimanapun bangun beberapa minit kemudian sebelum berlari di sekitar kawasan itu dalam keadaan telanjang.

 

Namun, drama mencolok mata itu berakhir apabila seorang wanita yang juga pelanggan restoran berkenaan menghampiri wanita terbabit sebelum mengarahkannya supaya memakai semula pakaiannya.
“Agak mengejutkan apabila wanita berkenaan akur arahan itu.
“Wanita itu dibawa ke dalam kereta peronda polis sebelum dipercayai dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya.

 

Gadis koma selepas dirogol, dicampak di tepi jalan – Utusan Malaysia


Gadis koma selepas dirogol, dicampak di tepi jalan

Hamdan Majid menunjukkan gambar mangsa yang koma selepas dirogol, dipukul sebelum dicampak di tepi jalan di Seremban, semalam


 

SEREMBAN 7 Feb. – Entah di mana hilangnya sifat kemanusiaan apabila seorang gadis bukan sahaja dirogol malah dipukul sebelum dicampakkan di tepi jalan berhampiran lampu isyarat di Lukut, dekat sini, Jumaat lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa kini koma akibat kecederaan parah di belakang kepala.

Ketika ditemui orang awam pukul 6.35 pagi, gadis berketurunan Cina dan berusia 20-an itu memakai kemeja berwarna merah dan seluar jeans paras lutut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, mangsa yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

“Hasil pemeriksaan kita mendapati mangsa mengalami keretakan pada bahagian belakang kepala dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Mangsa yang disyaki warga tempatan turut cedera di kedua-dua belah siku dan lutut kerana diseret selain sebelum itu dirogol,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Jelas Hamdan, setakat ini, identiti mangsa belum diketahui kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

“Kita percaya mangsa mungkin diserang lebih daripada seorang sebelum dia dicampakkan di kawasan berkenaan.

“Mangsa kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan keadaannya dilaporkan stabil,” jelasnya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 kerana merogol.

Tambahnya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau saudara mara atau mempunyai maklumat mengenai mangsa agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-6472222.