NUTP bantah cadangan swasta sekolah kerajaan – Utusan Malaysia


NUTP bantah cadangan swasta sekolah kerajaan

21/02/2011 2:13pm

 

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) hari ini berkata kesatuan itu membantah sebarang langkah untuk menswastakan sekolah kerajaan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, dasar baru kerajaan berhubung kerjasama awam dan swasta dalam pendidikan perlu hanya terhad kepada penambahbaikan dalam infrastruktur serta peralatan dan tidak seharusnya menyentuh aspek akademik.

Beliau berkata, penswastaan bidang lain akan melonjakkan kos dan menjadikan persekolahan terlalu mahal dan di luar jangkaan golongan miskin.”

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran, di Limbang minggu lepas bahawa kerajaan menimbangkan untuk menswastakan sekolah tertentu atau membenarkan pihak swasta untuk menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan. – Bernama

46,780 calon STPM 2010 lulus penuh – Berita Harian


46,780 calon STPM 2010 lulus penuh

2011/02/21

PUTRAJAYA: Seramai 46,780 calon Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 atau 92.49 peratus lulus penuh, menurut
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu pengumuman, hari ini.

Daripada jumlah itu, 2,995 calon lulus penuh lima mata pelajaran.

Penurunan dicatatkan bagi calon yang mendapat Gred A dalam lima mata
pelajaran iaitu lapan pelajar berbanding 15 pada 2009.

Bagi lapan calon yang mendapat Gred A dalam lima mata pelajaran turut
membabitkan empat daripadanya mencapai Gred A dalam semua kertas peperiksaan
yang diambil, iaitu 13 kertas bagi aliran Sains dan 10 atau 11 kertas aliran
Sastera.