Pelajar cedera jatuh dari tingkat satu bangunan sekolah – Berita Harian


Pelajar cedera jatuh dari tingkat satu bangunan sekolah

Oleh Nurhasyima
Hasim
nurhasyima@bharian.com.my
2011/02/24

MELAKA: Seorang
pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Sekolah Menengah Pay Fong di Jalan Tan Chay
Yan dekat sini, cedera di bahagian kaki dan pergelangan tangannya selepas
dipercayai terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah berkenaan kira-kira jam
11.05 pagi ini.

Pengetuanya, Chong Joon Kin berkata, kejadian itu berlaku
kira-kira jam 11.05 pagi iaitu ketika waktu rehat dan disedari pelajar sebelum
memaklumkan kepada guru.

“Saya dimaklumkan pelajar terbabit terjatuh dari tingkat satu bangunan
sekolah dan saya ingin tegaskan bahawa dia hanya cedera ringan dan keadaannya
kini dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di hospital.

“Buat masa ini, kita masih belum mengetahui punca kejadian itu berlaku. Kami
menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut,”
katanya pada sidang media di pejabat sekolah berkenaan di sini,
semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten
Komisioner Sallehudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan
menolak sebarang unsur jenayah dalam kes itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s