Mayat budak lemas ditemui – Utusan Malaysia


Mayat budak lemas ditemui

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui mati lemas hari ini selepas terjatuh ke dalam kolam di Tasik Sri Gombak dekat sini ketika bermain dalam waktu hujan.

Heiman Jamaludin, dikatakan terjatuh ke dalam kolam selepas pulang dari sekolah kira-kira pukul 3 petang semalam.

Mayatnya ditemui pukul 11 pagi ini oleh pasukan mencari dan menyelamat serta penduduk kawasan itu.

Operasi mencari mangsa dimulakan sejak pukul 12 tengah malam tadi meskipun mangsa dilaporkan hilang sejak pukul 3 petang berikutan hujan lebat di sekitar ibu negara petang semalam.

Bagaimanapun, usaha mencari mangsa terpaksa dihentikan kira-kira pukul 1 pagi dan disambung semula pagi ini.

Bapa mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Jamaludin memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan pemergian anak bongsunya itu.

“Dia seorang anak yang baik dan begitu disayangi oleh semua ahli keluarga terutama sekali dia tidak mempunyai banyak ragam.

“Bagaimanapun kami terima dengan ketentuan Ilahi untuk mengambilnya dari kami dan reda dengan segala ketentuan Tuhan,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata di sini hari ini.

Ditanya tentang kenangan terakhir bersama anaknya itu, Jamaludin memberitahu Heiman begitu manja dengannya sebelum ke sekolah pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s