Pendidikan seks boleh kurangkan gejala sosial remaja: Napsiah – Bernama


Pendidikan seks boleh kurangkan gejala sosial remaja: Napsiah

2011/03/31

ALOR GAJAH: Kajian di negara maju membuktikan pendidikan seks boleh mengurangkan masalah gejala seksual di kalangan remaja, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar.

Beliau berkata, pendekatan yang digunakan Belanda banyak dicontohi negara lain di mana kurikulum yang mereka bina berfokus kepada penerapan nilai, pembentukan sikap yang positif, kemahiran dalam berkomunikasi dan kemahiran berunding, ilmu dalam aspek biologi reproduktif serta penyertaan ibu bapa.

“Punca utama kehamilan remaja adalah kerana pembabitan remaja dalam melakukan aktiviti seks ketika umur terlalu muda dan kurang pengetahuan dalam perlindungan diri dan pengaruh rakan sebaya adalah faktor yang menggalakkan remaja mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin.”Malangnya di Malaysia, pendidikan kesihatan reproduktif baru hendak bertapak apabila keadaan telah menjadi semakin serius,” katanya semasa berucap merasmikan majlis penutup bengkel latihan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) untuk jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Siri 2 di sini, hari ini.

Napsiah berkata, banyak kajian mendapati pendidikan seks yang komprehensif boleh mengurangkan bilangan remaja mengandung, tetapi ada juga pihak tidak setuju dengan cara ini dan beranggapan ia akan menggalakkan lagi aktiviti seksual dari kalangan umur yang lebih awal.

Beliau berkata, remaja perlu bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial yang tepat melalui saluran yang betul daripada profesional dan tidak bergantung kepada rakan dan internet yang besar kemungkinan salah dan boleh membahayakan diri dan masa depan mereka.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata modul PKRS yang akan dilaksanakan pada bulan Mei tahun ini, akan disemak dan diberi penambahbaikan dari semasa ke semasa.
“Semua jurulatih mempunyai pengalaman yang banyak kerana mereka begitu rapat dengan pelatih dan tahu apa yang pelatih mahu dan memastikan ia tidak menimbulkan sensitiviti kepada mesyarakat,” katanya.

Seramai 1,500 orang jurulatih dari kem seluruh negara akan melaksanakan modul ini kepada lebih 70,000 pelatih PLKN.

Modul Kesejahteraan Hidup yang dibangunkan oleh LPPKN mengandungi tujuh komponen iaitu jantina dan gender, kekeluargaan, seksualiti, tangungjawab seksual, menghindari situasi berisiko tinggi, kemahiran teknik penolakan dan hidup tanpa keganasan. – BERNAMA

 

Pendandan rambut dihukum gantung atas tuduhan menculik dan membunuh budak pintar – Berita Harian


Pendandan rambut dihukum gantung atas tuduhan menculik dan membunuh budak pintar

2011/03/31

KUALA LUMPUR: Seorang pendandan rambut dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah TInggi Kuala Lumpur atas tuduhan menculik dan membunuh seorang pelajar pintar, Lai Ying Xin, 16, di Kulai Johor tiga tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan dua rakan remajanya berada di penjara selama diperkenan Sultan Johor atas tuduhan sama.

 


CUEPACS kemuka lima tuntutan baru – Berita Harian


CUEPACS kemuka lima tuntutan baru
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim
bhnews@bharian.com.my
2011/03/31

IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Tuntutan lain akan dikemukakan dalam pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, di Putrajaya, Isnin ini ialah kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ (tempoh perkhidmatan) kurang 15 tahun dan penjawat awam tidak dipindah atau ditukar ke negeri lain jika menerima kenaikan pangkat dalam gred yang sama.

JPA juga diminta menerima sijil cuti sakit dikeluarkan doktor kepada penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya melalui pembedahan, cuti tanpa rekod ditambah daripada 14 hari kepada 30 hari serta cuti separuh gaji bagi menjaga ahli keluarga yang ditimpa musibah sehingga tiga bulan.CUEPACS juga akan membuat susulan terhadap keputusan kerajaan serta cadangan dikemukakan kongres itu kepada JPA sebelum ini, termasuk cadangan sistem penilaian kompetensi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun ini serta kajian semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu gaji minum kakitangan awam RM920 sebulan.

Bercakap selepas berdialog dengan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pejabat JPJ Perak di sini, semalam, Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula SSM.

Katanya, penjawat awam Gred 1 hingga 16 perlu diberikan gaji lebih tinggi bagi membolehkan mereka menyesuaikan dengan peningkatan kos sara hidup.

Dalam pada itu, Omar berkata CUEPACS meminta kerajaan menimbang pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan tahun ini bagi mengimbangi bonus diterima mereka yang berkhidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan tertentu.

 

Sekolah usang: Taib ucap terima kasih – Utusan Malaysia


Sekolah usang: Taib ucap terima kasih

KUCHING 30 Mac – Peruntukan RM73.68 juta untuk sekolah kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini menunjukkan bahawa kerajaan Pusat telah memahami keadaan sekolah di negeri ini secara menyeluruh.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sebelum ini agak sukar untuk pegawai pendidikan meyakinkan pihak atasan bahawa terdapat sekolah yang benar-benar usang di negeri ini.

Katanya, ia kerana pihak berkenaan membuat andaian bahawa keadaan usang itu adalah sebagaimana sekolah luar bandar di Semenanjung yang sebenarnya berada dalam keadaan yang sudah cukup baik.

“Banyak sekolah di Sarawak sudah usang kerana kebanyakannya dibina oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan kayu, sebab itu Timbalan Perdana Menteri mahu adakan program menukar keadaan sekolah supaya bertambah baik.

“Saya amat berterima kasih dengan perhatian khas ini,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Muhyiddin berhubung peruntukan membaik pulih dan menaik taraf bangunan sekolah dengan pecahan RM25.68 juta untuk 130 sekolah mubaligh, RM20 juta untuk 197 SJKC dan RM28 juta untuk 1,266 sekolah kebangsaan.

 

Lari bawa adik – Harian Metro


Lari bawa adik

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang bapa dalam kebimbangan selepas anak tirinya yang berperwatakan ‘tomboi’ melarikan diri dari rumah bersama teman wanita dengan membawa sekali adik tirinya berusia 12 tahun sejak dua minggu lalu.

Mohd Suhairi Salleh, 38, berkata, dia terkejut apabila anak tirinya itu, Nurul Zahirah Syuhaida Ja’afar, 15, melarikan diri dengan membawa anak kandungnya, Nor Zulayka dalam kejadian 11 Mac lalu.
Katanya, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh seorang kakak Nurul Zahirah apabila mendapati gadis itu membawa adik tirinya keluar dari rumah bersama beg pakaian selepas menginap satu malam di rumah sewa kakaknya itu di Persiaran Puchong Jaya Selatan.

 

“Ketika itu cuti sekolah dan kedua-duanya pergi ke rumah kakak Nurul Zahirah dan tidur di situ sebelum mereka melarikan diri bersama teman wanita anak tiri saya itu yang hanya dikenali sebagai Sara,” katanya.
Mohd Suhairi berkata, Nurul Zahirah Syuhaida sememangnya agak sukar dikawal serta dipercayai berkenalan dengan teman wanitanya berusia 16 tahun yang tidak lagi bersekolah ketika tinggal bersama neneknya di Lembah Subang.
Mohd Suhairi meminta bantuan orang ramai yang mengetahui di mana anaknya itu berada supaya menghubunginya di talian 016-3859643 atau 017-2096167 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

 

RM73.68 juta untuk naik taraf 1,563 sekolah di Sarawak: TPM – Berita Harian


RM73.68 juta untuk naik taraf 1,563 sekolah di Sarawak: TPM
oleh Zainudin Isa dan Zef Othman

2011/03/30

KUCHING: Kerajaan Pusat hari ini mengumumkan peruntukan RM73.68 juta untuk 1,563 sekolah di Sarawak bagi bantuan membaik pulih dan menaik taraf sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah kebangsaan (SK).

Pengagihan peruntukan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri taklimat tertutup jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Sarawak, di sini.

Katanya, pecahan agihan bantuan itu membabitkan RM25.68 juta untuk sekolah mubaligh; SJKC (RM20 juta) dan SK (RM28 juta).”Buat permulaan, geran RM50,000 bagi setiap sekolah akan disalurkan dalam masa terdekat,” katanya.

 

CUEPACS kemuka lima tuntutan kepada JPA – Berita Harian


CUEPACS kemuka lima tuntutan kepada JPA

2011/03/30

IPOH: CUEPACS akan memgemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk penghapusan gred 1 hingga 16 skim perkhidmatan, isu kenaikan pangkat dan pertukaran serta cuti termasuk kakitangan wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata perkara itu akan dikemukakan pada pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS bersama Ketua Pengarah JPA pada 4 April ini, berhubung pelaksanaan Sistem Penialian Kompetensi bagi menggantikan PTK.

 

 

50 peratus daripada kes keracunan berlaku di kantin sekolah – Berita Harian


50 peratus daripada kes keracunan berlaku di kantin sekolah

2011/03/30

PUTRAJAYA: Lima puluh peratus daripada 311 kejadian keracunan makanan yang dilaporkan di negara ini sepanjang tahun lepas berlaku di kantin sekolah, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, sebanyak 157 kes dilaporkan di sekolah iaitu meningkat 29 kejadian berbanding tahun sebelumnya dan kebanyakan kes berpunca daripada pencemaran yang berlaku semasa penyediaan, penyimpanan, pengangkutan dan juga ketika menghidang makanan.

“Menu utama yang dikenal pasti menjadi punca keracunan makanan ialah nasi lemak yang menyumbang sebanyak 10 peratus kejadian keracunan makanan di sekolah selain sambal kerang dan ayam masak merah,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.Liow berkata, kementeriannya memandang serius perkara itu kerana kesannya kepada kesihatan pelajar akan mempengaruhi prestasi pembelajaran mereka.

Permasalahan itu kini dipantau Jawatankuasa Bersama Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan yang ditubuhkan pada 2008 dan dipengerusikan bersama oleh Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Pelajaran, kata beliau.

Kementerian katanya, menyarankan agar semua pengusaha kantin sekolah melabelkan kadar kalori pada makanan yang dijual dan secara tidak langsung langkah itu dapat mendidik pelajar mengenai kepentingan mengambil makanan yang sihat.

Liow sebelum itu menyampaikan Anugerah Kantin Bersih 2010 yang dimenangi Sekolah Kebangsaan Serting Felda di Negeri Sembilan.
Mengulas mengenai status terkini pemantauan pencemaran dioksin dalam daging unggas (poultry) dan hasilan unggas serta daging khinzir dan hasilan khinzir dari Jerman, Liow berkata tiada toksin dikesan dalam semua sampel yang dianalisis.

Media pada 10 Januari lalu melaporkan penemuan pencemaran dioksin dalam daging unggas dan hasilan unggas seperti telur serta daging khinzir dan hasilan khinzir dari negara itu. – BERNAMA

 

Pelajar lemas di Sungai Damit – Berita Harian


Pelajar lemas di Sungai Damit

2011/03/30

TUARAN: Seorang pelajar berusia 15 tahun ditemui mati lemas selepas hanyut dibawa arus ketika mandi di parit selebar 50 meter di Kampung Sungai Damit di sini, hari ini.

Mayat Mohd Ghazali Abdullah, pelajar tingkatan tiga SMK Sungai Damit, ditemui tersangkut di ranting kira-kira 100 meter dari tempat kejadian pada jam 1.53 tengah hari tadi oleh anggota bomba dan penduduk kampung.

 

Guru sandaran tidak ditambah, serap jadi guru sandaran terlatih – Berita Harian


Guru sandaran tidak ditambah, serap jadi guru sandaran terlatih

2011/03/29

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk tidak menambah bilangan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) adalah bagi memastikan GSTT sedia ada dapat diserap menjadi guru sandaran terlatih (GST) terlebih dahulu selepas latihan ikhtisas diberikan kepada mereka.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata semua GSTT yang telah berkhidmat lebih dua tahun dan berusia tidak melebihi 35 tahun akan diberikan latihan tersebut dan berpeluang diserap menjadi GST.

“Bagi sedikit masa kepada kementerian untuk membuat perkara ini. Jangan ada orang kata kita tidak mengambil GSTT. Kita kena tengok kenapa kita tidak ambil GSTT.

“Kalau kita masukkan sahaja (GSTT) dan hantar ke latihan ikhtisas perkara ini tidak akan selesai. Kita mahu habiskan dulu apa yang ada dan masukkan dalam sistem,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan kerajaan menarik balik surat penamatan perkhidmatan GSTT dan mahu menyerap mereka menjadi GST.

Wee berkata, pada masa Kementerian Pelajaran sedang meneliti dan mengenal pasti setiap data dan statistik mengenai GSTT yang ada di seluruh negara sebelum latihan tersebut dapat diberikan kepada mereka. – BERNAMA