Empat bakal guru maut dalam nahas di Lebuh Raya Timur Barat – Berita Harian


Empat bakal guru maut dalam nahas di Lebuh Raya Timur Barat

2011/03/11

IPOH: Empat penuntut Maktab Perguruan
Sultan Mizan, Besut terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam
kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 12 Lebuh Raya Timur Barat
dekat Gerik semalam.

Mereka terdiri Joseph Phuah, 19, dari Sungai Bakap,
Pulau Pinang, Yap Sin Wei, 20, berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, Goh
Shu Win, 19, dari Butterworth, Pulau Pinang dan M Iniyan, 19 dari Taiping.


Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak, berkata bahawa dalam
nahas yang berlaku pada jam 4.30 petang itu, Yap dan Iniyan mati di tempat
kejadian manakala Phuah meninggal dunia di Hospital Gerik pada 8 malam tadi dan
Goh meninggal dunia di Hospital Taiping pada jam 5 pagi tadi.

Wan Abdullah berkata, bahawa semasa kejadian kereta jenis Proton Iswara yang
dipandu oleh Phuah dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh dan menuruni
bukit lalu terbabas ke kanan jalan dan dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry
dari arah bertentangan.

Katanya, anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan
ke tempat kejadian untuk mengeluarkan keempat-empat mangsa yang tersepit dalam
kereta itu.

Beliau berkata, pemandu kereta Toyota Camry cedera ringan
dan dirawat di Hospital Gerik.
Bapa Goh, Goh Kong Huaw, 48, ketika ditemui
di Hospital Taiping, berkata kejadian itu diketahui apabila beliau dihubungi
melalui telefon oleh rakan anaknya yang menaiki sebuah kereta lain.

Goh,
yang bekerja di Johor Baharu, kemudian bergegas ke Taiping untuk menuntut mayat
anaknya.

Katannya, sebelum itu, anaknya menghubunginya semalam
mengatakan hendak pulang kerana bercuti. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s