Update – HTC Desire HD Firmware Over The Air (FOTA) update


Update – HTC Desire HD Firmware Over The Air (FOTA) update

Your phone will receive a notification of FOTA update when it is made available. Simply press OK to accept the update via a data connection such as Wi-Fi or GPRS/3G. After installing the update, you can confirm a successful update by confirming the Build number (From the Home Screen go to MENU> Settings> About Phone> Software Information> Build number). The new Build number after the update will be 1.84.707.2

Update: Improve system performance and Camera feature enhancements.

NotePlease back up your data first before upgrading your phone.We recommend using a free Wi-Fi hotspot or an unlimited data plan to apply this update. If not, standard data connection charges may apply. For any questions, please contact us at http://www.htc.com/www/CA_Hotline.aspx

14 March, 2011

Nikah datuk ‘kacak’ – Harian Metro


Nikah datuk ‘kacak’

Oleh Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KULIM: Menggunakan umpan tersalah mendail nombor telefon, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun melalui detik mencemaskan apabila mendakwa dinikahkan dengan pemilik nombor telefon berkenaan dalam tempoh perkenalan hanya kira-kira lima bulan.

Lebih mengejutkan, ‘suami’ yang mendakwa lelaki kacak berusia 30 tahun dan bekerja sebagai pegawai bank itu seorang datuk berusia 63 tahun yang juga penoreh getah.
Bagaimanapun, remaja itu yang bekerja di sebuah pasar raya, dekat sini, ‘bernasib baik’ kerana ketika dinikahkan kononnya di sebuah pejabat agama di Thailand, dia dalam keadaan ‘uzur’ menyebabkan suaminya terpaksa menyimpan hajat menjamah tubuh gadis itu untuk sementara waktu.

 

Begitupun, selepas empat hari bernikah, remaja terbabit menyatakan hasrat berpisah dengan suaminya sebelum membuat laporan polis dan jabatan agama.
Ketika mendedahkan pengalamannya, remaja yang mahu dikenali sebagai Lis berkata, dia berkenalan dengan warga emas terbabit Oktober lalu apabila lelaki itu mendakwa tersilap mendial nombor telefonnya.
Bermula saat itu, katanya, lelaki terbabit kerap menghantar SMS serta berbual dengannya walaupun mereka tidak pernah berjumpa.

Menurutnya, sejak berkenalan, lelaki itu kerap menambah nilai kredit telefon bimbitnya selain memasukkan wang ke akaun adiknya untuk kegunaan termasuk membeli-belah.
“Dia kerap tambah nilai telefon saya selain memasukkan wang ke dalam akaun adik untuk kegunaan saya dan memberitahu dia berusia 30-an, masih bujang dan bekerja sebagai pegawai bank.

“Beberapa minggu lalu, kami membuat keputusan untuk berjumpa di stesen bas dekat sini. Sebaik saya tiba, lelaki itu bersama rakannya membawa saya ke Thailand untuk bernikah,” katanya.
Lis berkata, selepas empat hari bernikah dia berasa tidak sedap hati sebelum meluahkan hasrat tidak puas hati terhadap perkahwinannya dan minta berpisah.
“Saya bingung bagaimana proses pernikahan itu berlaku dan kerana tidak puas hati saya membuat laporan di Balai Polis Kulim kerana rasa tertipu dan mungkin dipukau,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Kulim pada 7 Mac lalu.
Sementara itu, lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tertarik dengan remaja itu yang pandai mengambil hati selain suka mendengar suaranya.
Menurutnya, sepanjang proses pernikahan dengan remaja itu, tidak berlaku sebarang paksaan, malah semua dokumen berkaitan ada dalam simpanannya.
“Saya menikahinya di Thailand dan memiliki semua dokumen yang diperlukan, malah ketika bernikah tidak berlaku sebarang paksaan. “Sejak menikahinya kami tidak pernah bersama kerana dia datang bulan,” katanya.
Warga emas itu berkata, dia mempunyai anak berusia tujuh bulan hingga 30 tahun dan remaja itu isteri keduanya.
Menurutnya, dia sudah bernikah empat kali, tetapi tidak kekal lama dan bercerai.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salleh, berkata pihaknya menyerahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) untuk memastikan kesahihan status perkahwinan pasangan itu.
Sementara itu, jurucakap PADK berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan susulan.

 

 

 

Guru wanita mati melecur – Utusan Malaysia


Guru wanita mati melecur

 

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my

 

PETALING JAYA 13 Mac – Seorang guru wanita maut akibat melecur teruk setelah pangsapuri studio yang disewanya di Damansara Perdana di sini, terbakar hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Elizabeth Wong, 25, dipercayai gagal melarikan diri sebelum mengalami sesak nafas dan ditemui mati dengan keadaan tubuh melecur 100 peratus di atas katil di rumahnya.

Penguasa Bomba dan Penyelamat (Bahagian Operasi) Selangor, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zain berkata, kebakaran di satu unit rumah terletak di tingkat 7, Pangsapuri Ritz, Damansara Perdana itu dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 10.27 pagi.

Beliau berkata, dua jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara serta Sungai Buloh dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut.

“Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 10.41 pagi, api sudahpun berjaya dikawal daripada merebak oleh penghuni pangsapuri terbabit dengan menggunakan paip pemadam api di situ.

“Namun, asap tebal masih memenuhi ruang rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, setelah asap berjaya dikawal, pihaknya yang menjalankan pemeriksaan menemui mayat mangsa di atas katil.

Wan Mohd. Hamizi berkata, mayat mangsa tidak rentung tetapi melecur 100 peratus pada seluruh badannya.

Tambahnya, siasatan mendapati kebakaran itu memusnahkan 70 peratus daripada rumah tersebut dan paling teruk terbakar adalah kawasan tempat tidur mangsa.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya sambil memberitahu mangsa tinggal sendirian di rumah tersebut.

Sementara itu, seorang kakitangan di pejabat pengurusan pangsapuri terbabit ketika ditemui memberitahu, mangsa baru sebulan menyewa unit pangsapuri tersebut.

Dia yang enggan dikenali berkata, semalam, mangsa ada mengadu kepada pemilik rumah bahawa suis elektrik di rumahnya gagal berfungsi dan meminta ia dibaiki segera.

“Saya difahamkan, pemilik rumah ada datang membaiki kerosakan tersebut tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kebakaran berpunca daripada masalah berkenaan,” katanya.

 

Anak tanya bila penyakit berakhir – Utusan Malaysia


Anak tanya bila penyakit berakhir

 

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
pengarang@utusan.com.my

 

NOR Hamizah Ali menemani Mohd. Nur Hakim Hasram yang terlantar sakit di Taman Klebang Jaya, Chemor, Perak, semalam. – BERNAMA


 

IPOH 13 Mac – Keluarga Mohd. Nur Hakim Hasram berhasrat membawa remaja berusia 15 tahun itu menjalani rawatan tradisional untuk menyembuhkan penyakit misteri yang menyebabkan bengkak besar di rusuk kanannya.

Ibunya, Nor Hamizah Ali, 43, berkata, tubuh anaknya sentiasa berasa sakit dan dia asyik bertanya bila penyakit misteri yang dihadapinya itu akan berakhir.

“Doktor yang merawatnya di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) masih menunggu keputusan imbasan yang dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Buat masa ini doktor memberi ubat kepada Mohd. Nur Hakim untuk menahan sakit,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Nur Hakim, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Muhammad Taib, Chemor terpaksa melupakan hasratnya untuk meneruskan persekolahan setelah mengalami bengkak seakan-akan ketumbuhan di rusuk kanannya sejak hujung tahun lalu.

Segala-galanya bermula apabila dia jatuh terlentang ditolak rakan yang bergurau sehingga terkena bucu papan kenyataan di sekolahnya pada Ogos tahun lalu.

Kini, remaja itu yang merupakan anak keempat daripada lima beradik sukar bernafas, mudah letih, tidak lena tidur, mengalami penurunan berat badan ketara serta sukar bergerak kerana tidak boleh berjalan dan duduk lama.

Malah, setiap baris pertuturannya juga agak sukar difahami kerana penyakit misteri itu bukan sahaja ‘memakan’ fizikal, malah turut menjejaskan percakapannya.

Nor Hamizah berkata, anaknya sebelum ini merupakan seorang yang periang, peramah dan bersemangat untuk ke sekolah.

Namun katanya, setelah menderita ketumbuhan tersebut, dia terpaksa melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang tentera serta menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun ini.

Tambahan pula katanya, suaminya, Hasram Mohd. Jamal, 53, ialah seorang tukang kebun dan tidak dapat menjaga anaknya sepenuh masa kerana perlu mencari nafkah untuk keluarga.