Gempa: TM usaha baiki Internet – Bernama


Gempa: TM usaha baiki Internet

KUALA LUMPUR 14 Mac – Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan berusaha sedaya upaya memperbaiki perkhidmatan Internet selepas kedua-dua Rangkaian Kabel Jepun-AS (JUCN) dan Rangkaian Kabel Asia Pasifik 2 (APCN2) terjejas oleh gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter melanda luar pantai Jepun.

APCN2 ialah kabel submarin yang menghubungkan beberapa negara di rantau Asia Pasifik, sementara JUCN menghubungkan Amerika Syarikat dan Jepun.

Ketua eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa berkata, rangkaian kabel JUCN masih lagi tidak berfungsi sementara TM mampu menggerakkan beberapa trafik di ACPN2 ke laluan pembaikpulihan yang lain, yang akan menyebabkan pencarian yang perlahan ketika tempoh puncak.

“Bagaimanapun, kami akan cuba semampu mungkin untuk mengalih trafik ke laluan lain bagi mengurangkan dan mengembalikan penggunaan,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, pembaikpulihan ACPN2 dilakukan dalam tempoh dua hari sementara rangkaian kabel JUCN masih lagi berhadapan dengan beberapa masalah.

“Ia mengambil masa satu hingga dua hari untuk mengalih trafik kerana kami mempunyai perjanjian untuk pembaikpulihan dan juga laluan pembaikpulihan dengan negara-negara lain,” jelas beliau.

Ditanya mengenai kerosakan, beliau berkata, insiden itu tidaklah seteruk berbanding 2006 di mana enam hingga tujuh kabel submarin binasa ekoran kejadian gempa bumi di Taiwan.

Mengenai perjanjian konsesi itu beliau berkata, ia ialah perjanjian pembaharuan semula selepas MKLSB menunjukkan keupayaannya dalam mengendalikan Menara Kuala Lumpur sejak 15 tahun lepas.

MKLSB ialah anak syarikat TM. – BERNAMA

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s