Utusan anjur Festival Hari Guru – Utusan Malaysia


Utusan anjur Festival Hari Guru

 

Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my

 

ABDUL Taib Mahmud (tiga dari kanan) menerima cenderamata daripada Mohd. Nasir Ali sambil diperhatikan oleh Aziz Ishak (dua dari kanan) ketika melakukan kunjungan hormat Kumpulan Utusan di Kompleks Dewan Undangan Negeri Kuching, Sarawak, semalam. Turut sama (dari kiri) Wahid Hashim, Mohd. Yazid Ahmad dan Baharom Mahusin.


 

KUCHING 14 Mac – Kumpulan Utusan terus diberi kepercayaan oleh Kementerian Pelajaran untuk menganjurkan Festival Hari Guru, kali ini di Kuching Waterfront, di sini, bermula 13 hingga 16 Mei ini.

Penganjuran festival berkenaan adalah bersempena pemilihan bandar raya ini sebagai lokasi sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, bagi menarik kehadiran lebih ramai pengunjung, festival kali ini akan menampilkan konsep pertautan antara ilmu dan modal insan.

Katanya, ia akan menyatukan semua pemain dalam sektor pendidikan di bawah satu bumbung sekali gus merapatkan profesion perguruan dengan sektor korporat dan masyarakat setempat.

“Komponen aktiviti sepanjang tempoh festival adalah pameran Hari Guru, pelbagai bentuk pertandingan, jualan dan demonstrasi produk oleh pempamer-pempamer.

“Turut dianjurkan ialah permainan berasaskan pendidikan, jualan buku dan majalah yang melibatkan interaksi secara langsung antara warga pendidik, pelajar, sektor korporat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat setempat,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas mengetuai kunjungan hormat pegawai kanan Kumpulan Utusan ke atas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di bangunan baru Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Turut menyertai kunjungan hormat selama 40 minit itu ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Utusan Media Sales Sdn. Bhd. (UMES), Mohd. Yazid Ahmad; Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin dan Pengarang Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Nasir mewakili Kumpulan Utusan mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak yang menjadi penaja utama kepada Festival Hari Guru 2011.

Katanya, kerjasama yang dihulurkan dengan pantas oleh kerajaan negeri di bawah kepimpinan Abdul Taib akan menjadi pemangkin semangat untuk menjayakan festival pertama seumpamanya di Borneo.

“Kita mengharapkan kerjasama dan hubungan baik ini akan terus berkekalan pada masa akan datang,” katanya yang menjelaskan festival berkenaan dijangka dihadiri oleh lebih 3,000 warga pendidik dari seluruh negara.

Festival Hari Guru 2011 akan dirasmikan oleh Abdul Taib pada 14 Mei ini, manakala penutupan pula bakal disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Mei.

Sebelum ini, Festival Hari Guru anjuran Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran pernah diadakan di Terengganu pada 2009 dan Pahang pada 2010.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s