Perdana Menteri ucap tahniah kepada guru – Utusan Malaysia


Perdana Menteri ucap tahniah kepada guru

KUALA LUMPUR 18 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) mengucapkan tahniah kepada 1,987 guru terlatih atas kejayaan mereka menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian pada Istiadat Konvokesyen Berpusat Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kali pertama pada 16 dan 17 Mac lalu.

Perdana Menteri turut berbangga di atas kejayaan mereka yang merupakan sebahagian daripada barisan pertama guru-guru memperoleh ijazah tersebut.

“Pencapaian ini sangat bermakna bagi saya, apatah lagi ia adalah lanjutan dasar untuk memantapkan sistem pendidikan guru di bawah Akta Pendidikan 1996.

”Pindaan akta ini pada 2008 memperuntukkan kuasa kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) menganugerahkan sijil, diploma dan ijazah perguruan kepada graduan,” katanya dalam perutusan khas yang diberikan Perdana Menteri kepada semua penerima ijazah tersebut baru-baru ini.

Pada istiadat konvokesyen itu, seramai 1,987 guru terlatih dan berkualiti dari 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara yang berjaya menamatkan pengajian selama lima tahun enam bulan, menerima ijazah masing-masing.

Istiadat itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kelmarin.

Dalam perutusannya juga, Perdana Menteri berharap, kejayaan itu dapat mendorong para guru berkenaan menjadi lebih bersemangat mencurahkan khidmat bakti.

“Semoga mereka dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari di IPG demi kecemerlangan pendidikan generasi muda dan negara,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s