Budak maut kena renjatan elektrik tiang lampu – Berita Harian


Budak maut kena renjatan elektrik tiang lampu

Tiang lampu limpah futsal yang menyebabkan Naquidin Mohd. Marzuki, mati terkena renjatan elektrik di Taman Batu 3 Shah Alam, kelmarin.


 

SHAH ALAM 20 Mac – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik di sebatang tiang lampu yang terletak di sebuah taman permainan, Taman Batu Tiga, di sini semalam.

Kejadian berlaku pukul 6.50 petang ketika mangsa, Naquidin Mohd. Marzuki sedang bermain di taman permainan yang terletak di hadapan rumahnya bersama rakan-rakan.

Menurut bapa mangsa, Mohd. Marzuki Muda, 44, sewaktu bermain, kaki kanan anak sulungnya itu dikatakan tersadung pada skru tiang lampu limpah di sebuah gelanggang futsal terbuka.

“Anak saya kemudian terjatuh dan kaki kanannya terlekat padang tiang lampu tersebut akibat terkena renjatan elektrik.

“Rakan-rakannya tidak tahu apa yang berlaku kerana anak saya tidak menjerit selepas terjatuh, malah tubuhnya kaku seperti kesejukan,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

Menurutnya, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan anaknya, dia bergegas ke taman permainan dan melihat muka anaknya agak kehitaman dalam takungan air berdekatan tiang tersebut.

Bagaimanapun, anaknya itu disahkan meninggal dunia selepas sejam diberi rawatan kecemasan di hospital.

Katanya, jenazah Naquidin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga Nibong, Jerteh, Terengganu.

Difahamkan, ini merupakan kejadian kedua yang berlaku di taman permainan itu. Bulan lalu, seorang kanak-kanak turut ditimpa kejadian sama, namun dia terselamat kerana tidak mengalami renjatan.

Seorang penduduk, Mohd. Shah Samsuddin, 56, memberitahu, berikutan kejadian pertama itu dia telah membuat aduan kepada Pengerusi Jawatankuasa taman itu yang juga ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s