Pelajar tumbuk guru kerana tegur rakan merokok |
|
8th April, 2011LABUAN: Seorang guru lelaki, dari sekolah menengah di sini mengalami luka kecil selain lebam di bahagian muka selepas di tumbuk menggunakan objek tajam (buku lima) oleh seorang pelajar lelaki yang tidak berpuas hati kerana menegur rakannya yang mero- kok di depan kawasan sekolah.
Menurut Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Saiman Kasran, guru berkenaan yang membuat laporan polis selepas kejadian menjelaskan kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.30 petang Selasa ber- hampiran kawasan sebuah sekolah Kampung Kerupang. Sebelum ini, katanya, pe- lajar berkenaan bersama lagi seorang rakanya talah meng- hubungi guru berkenaan untuk bertemu di kawasan sebuah sekolah di Kerupang. Guru itu bersama seorang lagi rakan setugasnya telah memenuhi janji pelajar itu dan menemui mereka (suspek) di kawasan yang dijanjikan. Dalam pertemuan itu rakan pelajar berkenaan telah men- yuarakan rasa tidak puas hati kerana memarahi rakannya yang merokok di depan pelajar lain dua hari sebelum itu. “Bagaimanapun guru yang baru berusia 27 tahun itu cuba menasihatkan rakan pelajar itu supaya tidak mencampuri urusan pelajar yang ditegurnya telah naik berang lalu menumbuk sebanyak dua kali ke bahagian muka guru berkenaan menggunakan objek tajam sehingga menda- tangkan kecederaan kecil selain lebam,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang diemailkan kepada New Sabah Times di sini pagi kelmarin. Menurut Saiman, kedua- dua pelajar lelaki Tingkatan Lima dari sebuah sekolah menengah itu akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatang- kan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. Sementara itu, beliau memberi amaran kepada mana-mana individu yang didapati membawa apa juga jenis senjata berbahaya di tempat awam boleh ditahan mengikut Seksyen 6(1)(A) Akta bahan kakisan dan letupan dan senjata berbahaya 1958. “Pihak Polis memandang serius kes itu dan akan menjalankan siasatan rapi mengenai insiden itu. Kejadian sebegini tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana ia akan menjejaskan kredibiliti seorang guru yang mendidik anak bangsa, tambahan pula perbuatan salah laku sosial di kalangan pelajar semakin menjadi-jadi yang perlu ditangani segera,” katanya. Katanya, polis juga sebelum ini telah menerima beberapa aduan mengenai pelajar yang lari daripada kelas semasa persekolahan sehinggakan sekolah meminta bantuan untuk mengambil tinda- kan termasuk memberi kaunseling kepada ibu bapa pelajar yang ditahan. “Walaupun kes pelajar terlibat jenayah di pulau ini tidak membimbangkan, namun polis tetap memberi keutamaan agar kegiatan ini tidak merebak sehingga boleh menjejaskan masa depan pelajar,” katanya. |