Pelajar dakwa dirogol bomoh – Berita Harian


Pelajar dakwa dirogol bomoh
Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my
2011/04/09

Gadis diperdaya ketika dapatkan rawatan buang makhluk halus

JITRA: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima dirogol seorang bomoh ketika sedang mendapatkan rawatan perubatan tradisional yang kononnya untuk membuang makhluk halus yang merasuk badan gadis berkenaan di rumah suspek di Simpang Kemboja di sini, malam Selasa lalu.

Difahamkan gadis berkenaan datang bersama bapanya ke rumah bomoh berusia 36 tahun itu untuk berubat pada petang Isnin lalu, bagaimanapun diminta untuk datang semula pada malam esoknya (Selasa) kononnya untuk membuang makhluk halus yang masuk ke dalam tubuh gadis itu.Gadis itu yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hitam di sini, datang ke rumah bomoh berkenaan bersama bapanya kira-kira jam 8.30 malam sebelum diminta untuk ke sebuah bilik bagi memulakan rawatan perubatan tradisional berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohamad Yusof, berkata bomoh itu dipercayai mengambil kesempatan merogol pelajar berkenaan ketika sedang berdua-duaan di dalam bilik terbabit untuk merawat mangsa.

“Bapa mangsa tidak menyedari perlakuan keji bomoh berkenaan terhadap anak gadisnya kerana diminta menunggu di ruang tamu rumah berkenaan ketika ‘sesi rawatan’ dan hanya menyedari anaknya dirogol selepas dimaklumkan mangsa pada keesokannya.

“Bapa mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada pagi Rabu lalu sebelum tangkapan dilakukan petang hari sama di tempat kerja suspek iaitu di sebuah syarikat ternakan udang di sini kira-kira jam 7 petang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Difahamkan, isteri dan anak suspek turut berada di rumah berkenaan ketika dia melakukan perbuatan terkutuk itu.

Ibrahim berkata, bomoh berkenaan direman empat hari bermula kelmarin dan suspek disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun serta sebatan.

“Kita sudah mengambil keterangan mangsa dan sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini selain mengesan sama ada suspek pernah melakukan jenayah sama kepada pesakit wanita yang mendapatkan rawatan dengannya.

“Justeru, polis menasihatkan ibu bapa supaya berhati-hati ketika membawa anak gadis mendapatkan rawatan tradisional dengan bomoh atau dukun kerana kita dapati kes seumpama ini sering berlaku,” katanya.

 

Pelajar kes tumbuk cikgu direman 4 hari – Berita Harian


Pelajar kes tumbuk cikgu direman 4 hari

2011/04/09

PELAJAR yang didakwa menumbuk guru hingga patah hidung dibawa keluar selepas polis mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Kangar, semalam.

PELAJAR yang didakwa menumbuk guru hingga patah hidung dibawa keluar selepas polis mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Kangar, semalam.

KANGAR: Mahkamah Majistret di sini semalam, mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah dekat sini, yang didakwa terbabit dengan kejadian menumbuk seorang guru, Mariati Mat Ail, 37, sehingga patah tulang hidung, kelmarin.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Nursyarida Abd Rahman yang bermula semalam hingga Isnin ini terhadap pelajar berusia 14 tahun itu di dalam kamarnya.

Suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kangar dengan kenderaan polis kira-kira jam 9.30 pagi.Dia yang ditahan polis semalam, memakai baju lokap ungu dan bergari kemudian dilihat meninggalkan perkarangan mahkamah kira-kira jam 11 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari kelmarin, mangsa yang juga seorang guru disiplin cedera parah di bahagian hidung akibat ditumbuk seorang murid Tingkatan Dua di Chuping di sini, kelmarin.

Mangsa yang juga guru Sejarah di sekolah berkenaan dipercayai pa-
tah tulang hidung selepas ditumbuk di bahagian muka oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dikatakan tidak berpuas hati dengan tegurannya sebelum itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, beberapa guru yang melihat kejadian terbabit, bertindak membawa mangsa yang berlumuran darah ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, untuk menerima rawatan lanjut.

Difahamkan ketika kejadian, guru berkenaan sedang bertukar kelas untuk mengajar subjek Sejarah di kelas lain sebelum terserempak dengan suspek, seorang pelajar Tingkatan Dua yang sedang bergaduh di kaki lima bangunan sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata polis sudah mengambil keterangan daripada saksi dan mangsa.

“Kita sudah ambil beberapa keterangan daripada mangsa dan saksi kejadian hari ini (semalam) dan akan menyiapkan kertas siasatan dalam masa terdekat.

“Jika siasatan selesai, polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya selewat-lewatnya Isnin ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 

Alahai budak Banting – Harian Metro


Alahai budak Banting

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Walaupun saya masih di tingkatan empat, kegilaan saya terhadap seks sangat kuat sehinggakan saya sanggup berulang-alik dari Banting ke Brickfields setiap hujung minggu semata-mata untuk melanggan pelacur.

“Malah, saya juga terpaksa menipu ayah kononnya saya mahu ke rumah kawan untuk mengulang kaji pelajaran dengan harapan ayah membenarkan saya meminjam motosikal Honda EX5 miliknya,” itu antara pengakuan seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Banting, yang hanya mahu dikenali sebagai Ezry (bukan nama sebenar), 16 yang ketagih seks sejak setahun lalu.

Melalui perbualan dengannya di sebuah rumah pelacuran di Brickfields baru-baru ini, tidak terdetik di hatinya untuk menipu ibu bapanya namun kerana kegilaan seks ‘melampau’ itu dia terpaksa menipu kedua-dua orang tuanya semata-mata untuk memuaskan nafsunya.

“Semuanya kerana pengaruh rakan yang membawa saya ke sini Februari tahun lalu. Sejak itu saya asyik teringat untuk datang lagi selepas kali pertama melangganinya.

“Saya tahu dari Brickfields ke Banting sejauh 160 kilometer pergi dan balik, tetapi saya tidak kisah dan sanggup. Malah, saya tidak keseorangan kerana saya turut ditemani seorang rakan sekolah yang bersama-sama melanggan pelacur di sini.

“Soal duit minyak kami tidak keberatan kerana selalunya kami ‘tong-tong’ (kongsi). Lagipun kami ke sini seminggu sekali saja iaitu pada hujung minggu,” katanya.

Menurutnya, demi mendapatkan ‘seks seminggu sekali’ itu, dia kadangkala menyimpan wang saku pemberian ibu bapanya serta turut membuat kerja sambilan di sebuah kedai makan di Banting milik kenalannya.

“Setiap hari ayah beri RM6 wang poket sebagai perbelanjaan. Baki wang yang saya tidak guna akan disimpan untuk melanggan pelacur pada hujung minggu,” katanya.

Rakan Ezry yang mahu dikenali sebagai Mizi, 16, berkata kegiatan melanggan pelacur dianggap sebagai pemberi semangat untuknya mengulang kaji pelajaran menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.

“Seronok sebenarnya di sini, bagaikan pesta. Mana tidaknya, kerana ayam-ayam (pelacur) di sini semuanya lawa dan murah, dengan hanya RM30 saya dapat memuaskan nafsu.

“Kalau dibanding di Banting dengan Brickfields banyak bezanya…Di Banting kawasannya sunyi sepi dan tiada pelacur tetapi di sini ‘heaven’ (seronok) sangat,” katanya.

Menurut Mizi, apa yang membuatkannya datang ke rumah pelacuran terbabit kerana pelacur di kawasan itu cantik termasuk dari Sabah dan Sarawak berusia lingkungan 18 hingga 23 tahun.

Sementara itu sumber berkata, kawasan pelacuran terbabit sentiasa dipenuhi pelacur warga Malaysia, Indonesia, India, China, Myanmar dan Bangladesh dengan harga serendah RM30 hingga RM50 bagi sekali perkhidmatan.

Katanya, antara perkhidmatan ditawar seks, onani, ‘urutan harimau’ dan lain-lain.

Harian Metro 3 Mac lalu melaporkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan premis pelacuran di kawasan berkenaan namun kegiatan itu kini kembali beroperasi seperti biasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi, berkata kawasan pelacuran berkenaan sudah beberapa kali diserbu pihak polis dan DBKL namun kegiatan itu masih diteruskan.

 

130 anak yatim bertemu pelumba F1 – Harian Metro


130 anak yatim bertemu pelumba F1

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEPANG: Keterujaan jelas terpancar di wajah 130 kanak-kanak dari rumah anak yatim dan sekolah di Putrajaya serta Perak, apabila berpeluang bertemu dua pelumba pasukan Lotus Renault GP (LRGP), selain menyaksikan sesi latihan perlumbaan Grand Prix Malaysia Petronas di Litar Antarabangsa Sepang, di sini, semalam.

Mereka adalah daripada Pertubuhan Kebajikan Yayasan Anak Yatim Piatu, Darul Aitam (Busarah), Temoh Perak; Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras, Kuala Lumpur; Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim Perak.
Sebelum dibawa bertemu dengan pelumba, Vitaly Petrov dan Nick Heidfeld, mereka terlebih dulu diberi peluang menyaksikan kehebatan kereta lumba daripada beberapa pasukan terkenal yang bertanding tahun ini pada sesi latihan.

 

Abdul Hakim Samsudin, 14, berkata, dia teruja apabila berpeluang menyaksikan kehebatan perlumbaan Formula Satu (F1).
Malah, katanya peluang bertemu secara bersemuka dengan dua pelumba LRGP menjadi kenangan manis buat dirinya.
“Saya akan menceritakan kehebatan pasukan dan perlumbaan ini kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang hadir ke Litar Antarabangsa Sepang.

 

 

“Terima kasih kepada Proton kerana membawa kami melihat perlumbaan berprestij ini, walaupun hanya dapat menyaksikan sesi latihan itu sudah memadai,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat Proton Holding Berhad (Proton), Izad Raya, berkata program itu adalah satu daripada tanggungjawab sosial syarikat bagi memberi peluang kepada kanak-kanak dan pelajar merasai sendiri kehangatan F1.

 

Cabul budak lima tahun – Harian Metro


Cabul budak lima tahun

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Perbuatan keji seorang pemandu ‘teksi sapu’ yang dibayar secara bulanan mencabul seorang kanak-kanak berusia 5 tahun berakhir apabila mangsa mendedahkan perbuatan terkutuk pemandu itu selepas menjadi mangsa sejak enam bulan lalu.

Difahamkan, lelaki yang berusia 56 tahun itu menyediakan perkhidmatan teksi sapu di kawasan persekolahan menggunakan kereta Perodua Viva.
Menurut sumber, ibu mangsa mengatakan anaknya kelihatan sentiasa murung sejak kebelakangan ini dan tidak banyak bercakap seperti biasa.

 

Risau dengan keadaan anaknya, ibu kanak-kanak terbabit mencuba pelbagai cara untuk mencari punca kemurungan kanak-kanak malang itu. Bagaimanapun, mangsa akhirnya menceritakan perbuatan terkutuk pemandu teksi sapu itu kepada ibunya selepas dipujuk ketika makan malam di restoran di Subang, beberapa hari lalu. Sumber itu berkata, setiap kali dijemput oleh pemandu keji itu, mangsa diarahkan supaya duduk di bahagian penumpang hadapan untuk memudahkan suspek meraba kemaluannya.
Susulan maklumat daripada mangsa, ibu kanak-kanak itu yang terkejut dengan kejadian itu membawa mangsa membuat laporan di Balai Polis USJ 8, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar mengesahkan suspek sudah ditahan dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

 

Raba kepala sebaik sedar – Harian Metro


Raba kepala sebaik sedar

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Selepas empat hari koma akibat dibelasah dua lelaki dengan topi keledar, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Gemas, Negeri Sembilan, Mohd Saufi Shamsul Baharin, 15, akhirnya menunjukkan perubahan positif.

Ketika dikunjungi di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam, Saufi dilihat sudah sedar dan kerap meraba bahagian kepalanya yang dipenuhi kesan jahitan pembedahan.
Selain memberi tindak balas positif terhadap pertanyaan doktor dan jururawat, remaja berkenaan turut dikatakan lebih suka berusaha sendiri duduk, makan serta minum tanpa mengharapkan bantuan.

 

Berikutan keadaan kesihatan yang semakin pulih, dia dipindahkan dari unit rawatan rapi (ICU) ke wad Pembedahan Neuro di hospital sama untuk pengawasan dan pemerhatian doktor.
Pengarah HSA, Dr Rooshaimi Merican A Rahim Merican ketika dihubungi mengesahkan Saufi stabil dan beransur pulih.
“Selepas dirawat di ICU, Saufi kini stabil dan mula ditempatkan ke wad biasa sejak semalam (kelmarin). Buat masa ini, dia juga sudah boleh duduk, makan bubur dan mengenali orang di sekelilingnya,” katanya.

 

 

Menurut Dr Rooshaimi, walaupun semakin pulih, Saufi masih diletakkan di bawah pemerhatian doktor.
“Melihat keadaan pesakit, kami yakin dia ingat dan mengenali orang di sekelilingnya selain tahu di mana dia berada,” katanya.

Usaha menemubual keluarga mangsa tidak berhasil berikutan Saufi dilihat hanya bersendirian di katil wad berkenaan.
Dalam kejadian jam 6 petang Isnin lalu, Saufi bukan saja muntah darah, malah koma selepas dibelasah dua lelaki menggunakan topi keledar di tempat menunggu bas di Kampung Londah.
Sebelum itu, mangsa dikatakan didatangi dua lelaki menaiki motosikal yang terus menghentak kepalanya. Dia yang mulanya hanya mengalami sedikit kesakitan pulang ke rumah seperti biasa lalu menceritakan kejadian kepada bapanya.
Tidak lama kemudian, mangsa pening dan hendak muntah lalu masuk ke dalam bilik air dan bapa mangsa yang terkejut, menghantarnya ke Klinik Kesihatan Gemas.
Saufi dikejarkan ke Hospital Segamat sebelum dirujuk ke HSA.

 

Pelajar koma muntah darah – Harian Metro


Pelajar koma muntah darah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TAMPIN: Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Gemas muntah darah dan koma selepas dibelasah dua lelaki menggunakan topi keledar di tempat menunggu bas di Kampong Londah, dekat sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, Mohd Saufi Shamsul Baharin, 15, dikatakan didatangi dua lelaki menaiki motosikal lalu terus menghentak kepalanya menggunakan topi keledar.
Selepas dibelasah, remaja itu sempat pulang sebelum dia mengalami muntah darah di dalam bilik air rumahnya lalu dikejarkan ke hospital.

 

Harian Metro difahamkan, pelajar itu yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan selama kira-kira tujuh jam bagi membuang darah beku dalam kepalanya.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, ketika kejadian, Mohd Saufi sedang menunggu bas bersama beberapa rakannya di tempat menunggu bas di situ.
“Tiba-tiba datang dua lelaki menaiki motosikal menyerang mangsa menggunakan topi keledar sebelum mereka melarikan diri. Dia yang mulanya hanya mengalami sedikit kesakitan pulang ke rumah seperti biasa lalu menceritakan kejadian kepada bapanya.

 

 

“Beberapa minit kemudian, pelajar itu berasa pening dan hendak muntah lalu masuk ke dalam bilik air rumahnya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata, bapa mangsa bagaimanapun terkejut selepas melihat anaknya muntah darah serta tidak bermaya lalu menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Gemas sejurus kemudian.

Menurutnya, Mohd Saufi bagaimanapun dikejarkan ke Hospital Segamat sebelum dipindahkan ke HSA kerana kecederaan yang dialaminya.
“Mangsa kemudian menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku dalam kepala yang dialami berikutan kejadian terbabit.
“Bapa Mohd Saufi kemudian membuat laporan polis mengenai kejadian menimpa anaknya pada malam hari yang sama,” katanya.
Beliau berkata, polis yang menerima laporan terus melakukan siasatan dan berjaya memberkas dua lelaki berusia 18 dan 20 tahun di sekitar Gemas tidak lama selepas itu bagi membantu siasatan kes terbabit.
Katanya, dua lelaki terbabit ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.

 

 

Pelajar dibelasah samseng sekolah – Utusan Malaysia


Pelajar dibelasah samseng sekolah

KUALA TERENGGANU 7 April – Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah agama di Marang, cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar dari sekolah lain dalam kejadian pagi ini.

Kumpulan yang dianggarkan seramai 20 pelajar itu bertindak ala samseng dengan pergi ke sekolah mangsa dan memanggilnya keluar dari kelas sebelum menariknya ke belakang makmal sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Wan Nur Azri Wan Mohamad, 17, dipukul bertubi-tubi oleh kumpulan pelajar yang dipercayai dari sebuah sekolah menengah berhampiran.

Rakan-rakannya yang kebetulan lalu di tempat kejadian terus memaklumkan kepada guru menyebabkan kesemua pelajar yang menyerang mangsa melarikan diri.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang.

Menurut ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, dia terkejut apabila dihubungi oleh anaknya yang meminta dia datang ke sekolah dengan segera tanpa mengetahui sebabnya.

Dalam pada itu, Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud ketika dihubungi memberitahu, laporan polis telah dibuat berhubung kes itu dan pelajar tersebut juga difahamkan dibenarkan untuk pulang ke rumah.

 

Guru wanita cedera ditumbuk pelajar – Utusan Malaysia


Guru wanita cedera ditumbuk pelajar

KANGAR 7 April – Seorang guru wanita, cedera di hidung dikatakan akibat ditumbuk oleh seorang pelajar tingkatan dua, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, Bukit Keteri, Padang Besar, dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku ketika guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, memanggil pelajar tersebut selepas melihat satu pergaduhan berlaku di luar sebuah kelas di sekolah itu, pukul 12.30 tengah hari.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri berkata, sebaik sahaja dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai pergaduhan itu, pelajar terbabit terus menumbuk guru berkenaan.

Menurutnya, guru itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini oleh rakan-rakannya untuk mendapatkan rawatan sebelum laporan dibuat kepada pihak polis.

“Ketika kejadian, guru berkenaan yang mengajar mata pelajaran Sejarah dipercayai dalam sesi pertukaran kelas,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, guru tersebut ketika ditemui di HTF enggan mengulas lanjut dan masih dalam keadaan terkejut ekoran kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima aduan mengenai kejadian tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, kata beliau, polis juga turut menerima satu lagi aduan daripada seorang pelajar sekolah yang sama mengenai kejadian dia ditendang oleh seorang pelajar lain dan siasatan sedang dijalankan.

 

Pelajar sekolah cedera ditikam – Utusan Malaysia


Pelajar sekolah cedera ditikam

KUANTAN 8 April – Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini cedera di kepala dan lengan kanannya akibat ditikam dengan pisau oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Taman Tas di sini, kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa didatangi beberapa lelaki yang mana salah seorang daripadanya mengaku sebagai anggota Ikatan Relawan Malaysia (Rela).

Katanya, lelaki-lelaki tersebut kemudian meminta mangsa menyerahkan kad pengenalan tetapi dia enggan berbuat demikian.

“Keengganan mangsa itu menyebabkan dia diserang oleh kumpulan berkenaan sebelum ditikam di lengan kanan serta kepalanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.