Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


Lirik : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Bersatu kita menuju

Paradigma yang baharu

Satu tekad dan harapan

Menyahut cabaran dunia

Pendidik berkualiti

Demi mencapai visi

Dengan azam yang murni

Membentuk akhlak terpuji

#Corus

Guru…

Pendidik insan dengan setulus hati

Membimbing generasi

 Masa depan

Guru…

Penjana transformasi pendidikan Negara

Menjayakan hasrat yang murni

1Malaysia

Pendidik berinovasi

Menghasilkan kreativiti

Bersedia hadapi cabaran

Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti

Membentuk akhlak terpuji

Mengimbangkan rohani

Jati diri dan jasmani

Lirik : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara


Lirik : Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Bersatu kita menuju

Paradigma yang baharu

Satu tekad dan harapan

Menyahut cabaran dunia

Pendidik berkualiti

Demi mencapai visi

Dengan azam yang murni

Membentuk akhlak terpuji

#Corus

Guru…

Pendidik insan dengan setulus hati

Membimbing generasi

 Masa depan

Guru…

Penjana transformasi pendidikan Negara

Menjayakan hasrat yang murni

1Malaysia

Pendidik berinovasi

Menghasilkan kreativiti

Bersedia hadapi cabaran

Arus tanpa sempadan

Pendidik yang berkualiti

Membentuk akhlak terpuji

Mengimbangkan rohani

Jati diri dan jasmani

Ibu bapa perlu ada ilmu kesan kecacatan anak di peringkat awal: Najib – Bernama


Ibu bapa perlu ada ilmu kesan kecacatan anak di peringkat awal: Najib

2011/05/03

IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata ibu bapa harus mempunyai ilmu dan pengetahuan asas untuk membolehkan mereka mengesan kemungkinan berlakunya kecacatan pada anak-anak ketika masih di peringkat awal.

Beliau berkata, dengan adanya ilmu, ibu bapa juga boleh mengambil tindakan pencegahan yang perlu untuk mengelak kecacatan di kalangan kanak-kanak menjejaskan potensi dan kebolehan mereka.

Katanya, dari segi tindakan pencegahan, ibu bapa mesti faham faktor yang membawa risiko tinggi yang boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami kecacatan.

“Contoh punca besar yang sering dipandang ringan ialah bila anak-anak demam panas, ada ibu bapa yang tidak mengambil tindakan untuk menurunkan suhu badan mereka, terapinya cukup mudah iaitu dengan meletakkan ais di dahi mereka sudah memadai.

“Tetapi kerana tidak sedar dan tiada pengetahuan bahawa demam panas dengan suhu yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan pada kanak-kanak, jadi dalam banyak kes tindakan mudah seperti ini pun tidak dilakukan oleh ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Program Setia Bakti “Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan kepada Kanak-Kanak” di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini. – BERNAMA

Pendidikan berkualiti matlamat utama kerajaan: Muhyiddin – Bernama


Pendidikan berkualiti matlamat utama kerajaan: Muhyiddin

2011/05/03

PUTRAJAYA: Matlamat utama kerajaan ialah untuk menjadikan pendidikan berkualiti sebagai landasan bagi melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, matlamat itu cukup penting dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang memerlukan sejumlah besar tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

“Peluang biasiswa yang disediakan kerajaan selain menunjukkan keprihatinan untuk membangunkan keupayaan generasi muda, ia juga dapat memberi kesempatan kepada pelajar untuk terus menyerlahkan potensi diri masing-masing,” katanya pada majlis penyampaian Biasiswa Nasional 2011 di sini hari ini.

Muhyiddin berharap semua penerima biasiswa itu dapat menggunakan peluang keemasan itu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka di dunia.

“Tingkatkan ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang yang diceburi agar ia menjadi wahana utama dalam pembentukan modal insan yang berkualiti seterusnya menyumbang kepada peningkatan daya saing negara,” katanya.

Pada majlis itu Muhyiddin turut menyampaikan Surat Tawaran Biasiswa Nasional 2011 kepada 30 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka yang diiktiraf kerajaan dalam bidang pilihan masing-masing. – BERNAMA

Muhyiddin bertemu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah, Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah – Bernama


Muhyiddin bertemu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah, Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah

2011/05/03

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bertemu dengan ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah yang dilantik berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Datuk Omar Mohd Hashim dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu manakala Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara UiTM), Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam sebagai timbalannya.

Jawatankuasa itu turut dianggotai lapan ahlilain iaitu Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Pakar Sejarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM); Prof Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Pakar Prasejarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Prof Dr Danny Wong Tze Ken dari Jabatan Sejarah UM; Prof Dr Ranjit Singh a/l Darshan Singh dari Universiti Utara Malaysia (UUM); Ketua Jabatan Sejarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya Dr Ismail Ali; Penolong Prof Dr Shamrahayu Abdul Aziz dari Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM); Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Neilson Ilan Mersat dan Dr Benedict Topin dari Persatuan Kebudayaan Kadazandusun.

Perjumpaan itu berlangsung di Kementerian Pelajaran di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan, Kementerian Pelajaran menyatakan bahawa
jawatankuasa tersebut ditubuhkan bertujuan membantu mengkaji semula kandungan kurikulum dan buku teks Sejarah Sekolah Menengah bagi memastikan ia mampu melahirkan pelajar yang mempunyai perasaan cinta akan tanah air dan sekali gus memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri sebagai warga negara Malaysia.

Katanya, selaras dengan status mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar, pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air diajar agar mereka dapat memahami dan mengamalkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa serta negara Malaysia.
“Matlamat ini diharap dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa khas itu juga ditubuhkan Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran bagi tempoh setahun dan berperanan dalam empat aspek utama.

Aspek itu adalah menentukan hala tuju perkembangan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam merealisasikan keperluan semasa dan cabaran masa depan; mengkaji kesesuaian kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah dan buku teks Sejarah yang sedia ada dengan hasil pembelajaran Sejarah yang menekankan kepada penghayatan dan pengalaman perpaduan serta patriotisme; mengkaji ketepatan fakta dalam kurikulum dan buku teks sejarah; dan membuat perakuan hasil kajian dalam bentuk laporan kepada Menteri Pelajaran. – BERNAMA

Guru ditangkap basah dakwa dianiaya suami – Harian Metro


Guru ditangkap basah dakwa dianiaya suami

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ALOR SETAR: “Saya akui saya ada membuat salah hingga ditangkap khalwat. Tetapi apa yang dimaklumkan oleh sumber itu tidak benar sama sekali,” kata seorang guru wanita yang ditangkap khalwat malam Khamis lalu.

Harian Metro Jumaat lalu menyiarkan laporan mengenai guru wanita berusia 34 tahun itu yang ditangkap khalwat bersama teman lelakinya berusia 30-an yang juga seorang guru di sebuah rumah sewa di Kampung Telok Malek, Jitra, Khamis lalu.
Sumber memaklumkan guru itu keluar rumah kerana merajuk dengan suaminya dan meninggalkan anak perempuan tunggalnya yang kini berusia 13 tahun bersama suami untuk memudahkannya berjumpa dengan kekasihnya itu.

“Saya meninggalkan rumah kerana tidak tahan sikap suami yang panas baran dan sering memukul saya. Bukannya merajuk kerana pertengkaran kecil,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Harian Metro, di sini, kelmarin.
Katanya, sejak berkahwin pada 1996, dia beberapa kali dipukul suami jika mereka bergaduh sehinggalah kemuncaknya pada 27 September 2007 apabila suaminya itu menumbuknya di kepala dan menendang kakinya sehingga bengkak.
Katanya, sehari selepas kejadian dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Jitra dan meninggalkan rumah mereka dengan turut membawa anak perempuan tunggal mereka itu.

“Saya juga tidak pernah meninggalkan anak perempuan kami dengannya. Saya yang menjaga anak kami dan tidak pernah meninggalkannya kepada sesiapa terutama kepada dia (suami). Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar sudah menyerahkan hak penjagaan anak kepada saya pada 22 Februari 2009. Jadi, mana mungkin anak boleh berada dengan dia,” katanya. Katanya, kira-kira setahun kemudian, dia membuat permohonan fasakh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, dan kini kes itu sudah empat tahun tertangguh gara-gara sikap suaminya yang kerap gagal hadir ke mahkamah dan enggan melepaskannya.
“Saya minta dia lepaskan saya. Jangan aniaya saya begini,” katanya.

Dia turut mendakwa suaminya itu pernah berkata dia sengaja berbuat demikian kerana mahu membalas perbuatannya meninggalkan rumah bersama anak sekali gus menganiayanya.
“Dia juga kerap mengganggu saya, malah sanggup mencabut fius elektrik di rumah menyebabkan saya dan anak bergelap dan kepanasan di dalam rumah,” katanya.
Katanya, suaminya itu turut meninggalkan hutang bank berjumlah RM20,000 yang kini terpaksa ditanggungnya apabila lelaki itu enggan membayarnya.
Guru itu berkata, suaminya hanya membayar sebanyak RM900 dan memberi dua keping cek bernilai RM10,000 dan RM9,100 namun tidak dapat ditunaikan kerana ia cek tendang.
“Kini saya terpaksa menanggung hutang itu dan perlu menjelaskan ansuran kepada bank setiap bulan. Kerana kesempitan wang, saya terpaksa mencari kerja sampingan dengan mengasuh anak orang dan mengadakan kelas tuisyen,” katanya.

Seorang lagi maut – Harian Metro


Seorang lagi maut

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TELUK INTAN: Episod sedih terus menyelubungi keluarga mangsa nahas pacuan empat roda yang terjunam dalam parit kelmarin apabila seorang lagi mangsa maut kira-kira tujuh jam selepas kejadian itu.

Mangsa, R Rajaletchumy, 9, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.30 malam kelmarin selepas bertarung nyawa kira-kira tujuh jam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan.
Rajaletchumy adalah mangsa ketiga yang maut apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu bapa saudaranya, V Menan Raj, 21, terbabas sebelum terhumban dalam sebuah parit di Lorong Tokong Siam, Kampung Selabak, Jalan Padang Tembak, dekat sini.

Ketika kejadian, kenderaan yang dinaiki Rajaletchumy bersama tiga lagi adik beradiknya iaitu R Mugilan, 13, R Thivaran, 7 dan R Vimal, 2, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Jaya di sini selepas menjemput Mugilan dari sekolah.