Pendidikan teknikal, vokasional dinaik taraf tarik pelajar terbaik – Bernama


Pendidikan teknikal, vokasional dinaik taraf tarik pelajar terbaik

2011/05/05

PUTRAJAYA: Kerajaan berusaha menjadikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) sebagai pilihan utama pelajar-pelajar terbaik di negara ini seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata Jabatan Pembanguan Kemahiran akan memastikan kurikulam semua pusat latihan kemahiran memenuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan selaras dengan bidang ekonomi yang diberi keutamaan.

Sebagai langkah penyeragaman dan pengiktirafan persijilan TEVT, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan diguna pakai sebagai persijilan tunggal kebangsaan bagi TEVT.

“TEVT selepas ini diharapkan bukan lagi menjadi aliran pilihan kedua ataupun terakhir bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam pencapaian akademik sahaja tetapi akan menjadi aliran pilihan utama pelajar-pelajar terbaik di negara ini,” katanya ketika melancarkan Kempen SkillsMalaysia 2011 anjuran Kementerian Sumber Manusia di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, kaunselor di sekolah menengah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing pelajar supaya lebih ramai pelajar memilih aliran TEVT.

Penjenamaan SkillsMalaysia adalah satu daripada 19 projek permulaan dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 11 Januari lalu.

Muhyiddin berkata, kerajaan menyediakan peluang yang lebih luas kepada lepasan latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap kemahiran setaraf dengan kelayakan ijazah, sarjana dan doktor falsafah.
“Melalui peluang peningkatan ini, tenaga mahir pengetahuan dapat dilahirkan selaras dengan perubahan teknologi. Amalan baik dari negara maju seperti Australia dan Jepun dijadikan sebagai rujukan dalam merancang peluang latihan ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga melancarkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi melahirkan pekerja berpengetahuan, iaitu 70 peratus latihan di tempat kerja sebenar di industri dan 30 peratus di pusat latihan.

Kerajaan mensasarkan seramai 27,500 perantis dilatih dengan melibatkan 967 syarikat bagi tempoh 2011 hingga 2015 di bawah SLDN.

Sejak 2006 hingga 2010, seramai 25,021 perantis dilatih membabitkan 1,028 syarikat dalam pelaksanaan SLDN.

Seiring dengan peningkatan pelajar, Muhyiddin berkata, kerajaan mensasarkan menyediakan 13,200 orang tenaga pengajar yang mahir dan berkualiti menjelang 2020 di bawah Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).

“Untuk memudahkan pengambilan ini, laluan kemasukan ke profesion tenaga pengajar vokasional yang fleksibel akan diwujudkan dan syarat yang menyukarkan kemasukan mereka akan dikaji semula,” katanya. – BERNAMA

hd


Update – HTC Desire HD Firmware Over The Air (FOTA) update (for Europe)
Your phone will receive a notification of FOTA update when it is made available. Simply press OK to accept the update via a data connection such as Wi-Fi or GPRS/3G. After installing the update, you can confirm a successful update by confirming the Build number (From the Home Screen go to MENU> Settings> About Phone> Software Information> Software number). The new Build number after the update will be 2.36.405.5. Update: Android 2.3 upgrade. NotePlease back up your data first before upgrading your phone. We recommend using a free Wi-Fi hotspot or an unlimited data plan to apply this update. If not, standard data connection charges may apply. For any questions, please contact us at http://www.htc.com/www/CA_Hotline.aspx

Ibu sahabat bocor rahsia – Harian Metro


Ibu sahabat bocor rahsia

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HULU SELANGOR: Takut kekasih memutuskan hubungan, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sanggup menyerahkan ‘mahkota’ dirinya kepada teman lelaki berusia 16 tahun, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa pelajar tingkatan dua sebuah sebuah sekolah menengah, di sini, dikatakan dibawa teman lelakinya itu iaitu pelajar tingkatan empat sekolah sama pulang ke rumahnya.
Menurut sumber, ketika dalam perjalanan berlaku pertengkaran menyebabkan teman lelaki mangsa mengugut untuk memutuskan hubungan mereka.

“Mangsa yang tidak mahu hubungan mereka berakhir cuba memujuk teman lelakinya sebelum mangsa dibawa pulang ke rumah teman lelakinya itu.
“Sebaik tiba di rumah, mangsa diajak masuk ke dalam bilik,” katanya.
Beliau berkata, mangsa hanya membiarkan teman lelakinya itu merogolnya.

Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa pelajar lelaki itu tiada di rumah kerana keluar bekerja. Sumber berkata, mangsa dihantar pulang ke rumahnya sebelum keesokannya mangsa yang berasa tidak selesa menceritakan kejadian itu kepada rakan sekelasnya.
Berikutan itu, rakan mangsa yang ‘seronok’ mendengar pengakuan itu menceritakan semula kejadian itu kepada ibunya.

“Ibu rakan mangsa yang terkejut dengan cerita itu berjumpa ibu mangsa sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Ibu tiri dera dua anak perempuan – Harian Metro


Ibu tiri dera dua anak perempuan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SEGAMAT: “Saya punya sukalah,” itu jawapan diberikan seorang ibu yang didakwa melakukan penderaan fizikal terhadap dua anak perempuan tirinya di rumahnya di Pekan Labis, di sini, sejak beberapa bulan lalu.

Wanita terbabit didakwa menyucuk dawai panas di pipi, memukul, mencubit dan menendang bahagian sulit dua anak perempuan tirinya itu tanpa belas kasihan.
Akibatnya, seorang daripada mangsa yang berusia sembilan tahun cedera di bahagian alat sulit akibat ditendang.

Tragedi menimpa dua beradik berumur sembilan dan 11 tahun itu disedari bapa saudara mereka, K Muthu, 55, selepas kedua-duanya datang menemuinya dan mengadu didera, 30 April lalu.
Menurut Muthu yang juga seorang kontraktor, anak saudaranya turut mengadu dipukul tiga beradik tiri mereka.
“Saya terkejut apabila kedua-duanya datang menemui saya dan mengadu dipukul serta didera bukan saja oleh ibu tiri, malah tiga beradik tiri yang berumur 13 hingga 19 tahun sejak beberapa bulan lalu.

“Saya yang geram dengan perkara itu berjumpa ibu tiri mereka dan selepas ditanyakan mengapa dia mendera anak saudara saya, wanita terbabit menjawab ‘Saya punya sukalah’,” katanya, semalam.
Bengang dengan kejadian terbabit, Muthu membuat laporan di Balai Polis Labis pada Selasa lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali mengesahkan menerima laporan kes terbabit.
“Belum ada tangkapan dibuat setakat ini dan kes masih disiasat. Kami juga menunggu laporan perubatan dua kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Isteri Perdana Menteri Lesotho lawat Pusat Anak Permata Negara – Bernama


Isteri Perdana Menteri Lesotho lawat Pusat Anak Permata Negara

2011/05/05

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri Lesotho, Mathato Mosisili hari ini meluangkan masa selama satu jam melawat Pusat Anak Permata Negara di Presint 16 di sini.

Beliau diiringi ahli Majlis Permata, Tunku Datuk Nazihah Tunku Mohd Rus dan Datuk Fauziah Ismail serta isteri Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Datin Nor Zaidah Omar.

Pada sesi lawatan itu jurulatih Permata, Mahanom Basri yang juga Presiden Persatuan Taska Negeri Selangor memberi penerangan ringkas mengenai perjalanan dan operasi pusat itu yang dikhaskan untuk kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun.

Mahanom berkata, Mathato melahirkan rasa kagum dengan penubuhan Pusat Anak Permata Negara yang diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Beliau berkata pusat Permata ini sangat baik untuk pendidikan awal kanak-kanak selain mempunyai kelengkapan yang mencukupi,” katanya kepada Bernama.

Mathato sedang mengiringi suaminya Pakalitha Mosisili yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke negara ini sejak semalam. – BERNAMA

Tanah untuk sekolah dirampas? – Utusan Malaysia


Tanah untuk sekolah dirampas?

PULAU PINANG 4 Mei – Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menyediakan tanah bagi menggantikan tapak yang dicadangkan untuk Sekolah Rendah dan Menengah St. George di Balik Pulau yang telah diambil alih oleh sebuah sekolah antarabangsa.

Pemangku Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata, tindakan tersebut perlu kerana The Titular Roman Catholic Bishop Of Penang selaku pemilik tanah itu telah meminta sekolah berkenaan dikosongkan pada atau sebelum 2016 seperti dalam surat yang dihantar kepada Kementerian Pelajaran pada 24 November 2010.

Bagaimanapun, kerajaan DAP Pulau Pinang telah bertindak memberi kelulusan pembinaan sekolah Prince Of Wales International School walaupun mengetahui tentang kegunaan sebenar tanah itu.

“Kami tidak mahu mengetahui sama ada wujud penyelewengan atau kesalahan yang dilakukan mana-mana pihak, sebaliknya kami hanya mahu kerajaan negeri menyediakan satu tapak ganti yang sesuai supaya sekolah itu dapat dibina.

“Tanah itu dulunya telah diberikan secara percuma kepada Kementerian Pelajaran untuk tujuan pembinaan sekolah kerajaan dan tidak sepatutnya ia diubah sedemikian rupa tanpa mengambil kira keperluan penduduk setempat,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Sementara itu, Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) menjelaskan, tanah di Lot 726 itu adalah sebahagian daripada 120 hektar tanah yang diluluskan untuk kerajaan negeri terdahulu bagi projek pembangunan bercampur iaitu taman perumahan dan hab pendidikan.

600 guru bersara diambil – Utusan Malaysia


600 guru bersara diambil

Oleh HELMI MOHD FOAD dan MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 4 Mei – Kementerian Pelajaran menyasarkan untuk mengambil semula seramai 600 guru bahasa Inggeris yang telah bersara bagi mengajar subjek berkenaan di sekolah-sekolah menjelang 2013.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, setakat ini seramai 168 pesara guru bahasa Inggeris telah menerima tawaran tersebut dan akan ditempatkan di sekolah yang berdekatan tempat tinggal mereka.

Katanya, usaha tersebut adalah bagi menjayakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) setelah kerajaan memansuhkan Program Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

”Ini termasuk melatih 10,000 guru bahasa Inggeris pada tahun ini dan 12,000 guru lagi dilatih semula dan mengambil 375 guru penutur jati dalam bahasa Inggeris untuk ditempatkan di sekolah-sekolah.

”Jadi tidak timbul lagi soal sama ada kerajaan akan berpatah balik dan menghidupkan semula PPSMI. Apa yang kita lakukan ialah pemansuhan secara berperingkat sehingga 2015,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Rapat 1Malaysia: Transformasi Pendidikandi sini hari ini.

Lebih 1,000 warga pendidik hadir pada seminar sehari anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Institut Perkembangan Minda (Inmind), Gagasan Pendidikan Melayu Selangor dan Jabatan Pelajaran Selangor.

Hadir sama Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan dan Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Inmind, Datuk Salomon Selamat.

Mohd. Puad berkata, kementerian juga sudah bersiap sedia untuk mencetak buku teks kedua-dua subjek tersebut dalam bahasa Malaysia untuk kegunaan murid-murid di sekolah.

”Buat masa ini, kita memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris atau dwibahasa termasuk bagi menjawab soalan peperiksaan,” katanya.

Mengenai transformasi pendidikan, beliau berkata, warga pendidik perlu berani dan mengamalkan sikap autokratik yang positif jika mereka serius untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini.

”Sikap autokratik yang positif bermakna satu keputusan yang tegas perlu dibuat selepas beberapa perbincangan diadakan bersama beberapa pihak yang terlibat,” katanya.