1,450 pelajar di Labuan terima sumbangan komputer riba – Bernama


1,450 pelajar di Labuan terima sumbangan komputer riba

2011/06/01

LABUAN: Seramai 1,450 pelajar di Labuan akan menerima komputer riba di bawah program 1Malaysia tahun ini.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, berkata komputer riba sumbangan kerajaan kepada pelajar yang layak itu mencerminkan keikhlasan kerajaan dan keseriusannya dalam memastikan pelajar-pelajar celik komputer.

“Bukan itu saja, kami dalam kerajaan juga ingin memastikan pelajar yang tidak mampu untuk memiliki komputer peribadi, memperolehi akses kepada maklumat berkaitan sekolah, menerusi internet,” katanya selepas menyampaikan komputer riba kepada pelajar di sini, hari ini.

Sejumlah 450 pelajar dari 27 sekolah menerima komputer riba 1Malaysia hari ini, manakala selebihnya akan mendapat komputer riba mereka sebelum hujung tahun.

Yussof seterusnya mengingatkan pelajar supaya tidak menyalahguna kumputer riba itu, dengan menjualnya untuk mendapat untung cepat, dan jika didapati mereka hendak menjualnya, komputer itu akan ditarik balik.

Beliau mencadangkan pihak berkuasa sekolah supaya memantau degan rapi penggunaan komputer riba itu, yang diagihkan di seluruh negara dibawah Rancangan Jalur Lebar Nasional, bagi meningkatkan keupayaan infrastruktur jalur lebar dan membawa internet kepada semua.

“Guru perlu memastikan pelajar menggunakan komputer riba mereka dengan bijak, dan mereka perlu membuat pemeriksaan setiap tiga bulan bagi memastikan ia tidak disalah guna,” katanya.
Yussof berkata, kerajaan sudah mengenal pasti tiga kampung di Labuan yang akan dijadikan kampung-WiFi sepenuhnya, dan ia dijangka dapat dilaksanakan sebelum hujung tahun ini.

Menurutnya, ia terdiri daripada Kampung Layangan, Kampung Lajau dan sebuah lagi yang masih belum ditetapkan, yang masih dikaji untuk memastikan ia benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. – BERNAMA

Bapa tiri durjana – Harian Metro


Bapa tiri durjana

Oleh Na’imah Mohamed
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Seorang pelajar berusia 15 tahun nekad melarikan diri ke rumah ibu saudaranya selepas tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak Mac lalu di rumah mereka di Ampang, di sini, kelmarin.

Lebih menyedihkan apabila perbuatan jijik bapa tirinya itu diketahui ibu kandungnya tetapi hanya mendiamkan diri berikutan takut ditinggalkan.

Menurut sumber, mangsa dijadikan hamba seks bapa tiri durjana berusia awal 30-an itu sejak Mac lalu dan dipaksa melakukan perbuatan terkutuk itu setiap kali lelaki terbabit mahukannya.

Malah, sejak Mac lalu, mangsa mendakwa 11 kali diperkosa bapa tirinya.

 

“Mangsa beberapa kali mengadu kepada ibu kandungnya mengenai perbuatan terkutuk lelaki itu tetapi tidak diendahkan.

“Malah, ibu mangsa hanya menasihati anaknya agar bersabar dengan perbuatan keji lelaki itu bagi mengelakkan dia ditinggalkan,” katanya.