Cikgu nyaris diperkosa – Harian Metro


Cikgu nyaris diperkosa

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Seorang guru wanita yang mahir berurut hampir diperkosa seorang pelanggan lelaki yang datang ke rumahnya konon mengalami sakit badan dan mahu berurut.

Difahamkan, lelaki terbabit yang tinggal di Kepong, mendakwa mengetahui mengenai kemahiran cikgu itu melalui rakannya sebelum datang ke rumah wanita terbabit.

Sumber berkata, semuanya bermula kira-kira jam 10 malam Selasa lalu apabila lelaki terbabit datang seorang diri ke rumah wanita itu kononnya mahu berurut.

“Wanita berusia 38 tahun itu mempelawa lelaki terbabit masuk ke rumah, namun enggan mengurut lelaki terbabit sehingga seorang anak saudara suspek datang ke rumahnya bagi menemaninya.

 
“Selepas anak saudara lelaki itu yang berusia lingkungan 20-an tiba, wanita berkenaan memulakan urutan. Ketika berurut, lelaki itu dikatakan bertanya dengan wanita itu mengenai Islam,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

1 Comment

  1. As salam. boleh saya tahu dimana rumah cikgu yang pandai mengurut dan boleh saya dapat nombor telefon cikgu ni untuk dihubungi. Ini kerana saya tengah mencari org yang betul-betul pandai mengurut. kebetulan selepas saya bersalin anak yang ketiga saya tak sempat nak berurut, jadi satu badan rasa sakit dan peranakkan saya rasa tak selesa.

    Jadi sekiranya cik noraina tidak keberatan untuk memberi nombor cikgu ni atau adakah cikgu ni trauma dan tidak berurut lagi selepas kejadian yang berlaku terhadap cikgu ni. Saya rasa simpati sgt dengan cikgu ni, dah la tolong org, org ni plak ambil kesempatan. Mmg kejam dan zalim betul . Saya harap harap cikgu seorang yang kuat dan tabah.

    Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s