Rahsia kaki ponteng – Harian Metro


Rahsia kaki ponteng

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Akibat ketagih seks, dua pelajar sebuah sekolah di Ampang di sini sanggup ponteng bagi melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam tandas sebuah restoran di Taman Melawati sejak Mac sebelum rahsia mereka terbongkar, Selasa lalu.

Difahamkan, pasangan terbabit masing-masing pelajar tingkatan tiga dan empat sering ponteng sekolah dan menjadikan restoran berkenaan sebagai tempat melepak bersama rakan lain sebelum bertukar kepada adegan panas dalam tandas.

Kejadian itu hanya diketahui guru mereka apabila pelajar perempuan berusia 15 tahun itu menceritakan perbuatan terkutuk mereka kepada guru berkenaan selepas didesak beberapa kali.

Malah, pelajar terbabit kini dalam ketakutan selepas diugut pasangannya untuk mendedahkan hubungan seks mereka kepada ibu bapanya dan rakan jika dia enggan menyerahkan wang sebanyak RM150 bagi menyimpan rahsia mereka.

 
Sumber berkata, guru itu yang prihatin dengan masalah dihadapi pelajarnya mendekati pelajar perempuan berkenaan ketika kelas bengkel jahitan kira-kira jam 9 pagi Selasa lalu untuk bertanya kenapa dia kerap ponteng.

Hamba seks tiga tahun – Harian Metro


Hamba seks tiga tahun

Oleh Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Seorang lelaki sanggup menjadikan anak tirinya sebagai hamba seks setiap kali isterinya tiada di rumah, sejak tiga tahun lalu.

Mangsa yang berusia 12 tahun berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila sering dijadikan tempat pemuas nafsu bapa tirinya itu di rumah mereka di Taman Cheras Utama, Batu 9. Akibat tidak tahan diperlakukan sebegitu, mangsa yang ditemani ibunya bertindak nekad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang (IPD), kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, suspek berusia 36 tahun itu bekerja sebagai pemandu lori merogol mangsa dalam bilik tidurnya sejak mangsa berusia sembilan tahun.

 

“Akibat perceraian, hanya mangsa yang tinggal bersama ibu kandung dan suspek manakala adik-beradiknya yang lain tinggal bersama bapa kandungnya.
“Kesempatan itu digunakan suspek merogol mangsa berulang-kali tanpa ada rasa bimbang perbuatannya itu diketahui isterinya,” katanya.
Bimbang perbuatan kejinya itu diketahui isteri, suspek bertindak mengugut memukul mangsa jika perbuatannya itu dimaklumkan kepada isterinya.

 

 

Oleh kerana bimbang dipukul, mangsa berdiam diri terhadap perbuatan yang dilakukan terhadapnya.
Bagaimanapun, selepas sekian lama berdiam diri dan memendam perasaan, mangsa nekad menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan polis.

 

Rashid berkata, bertindak atas maklumat yang diterima daripada mangsa, sepasukan polis dari IPD Kajang pergi ke rumah mangsa sebelum menahan suspek.
“Suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini membantu siasatan.
“Pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan mangsa dirogol,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lapan tahun dan sebatan. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang bapa ditahan kerana disyaki mencabul anak gadisnya yang berusia 15 tahun sejak dua tahun lalu di Taman Bukit Mutiara.
Bapa berusia 42 tahun itu dikatakan sering mengarahkan mangsa berbogel sebelum bertindak meraba kemaluannya berulang kali.
Dalam kejadian terbaru, suspek bertindak berani a mengajak anak gadisnya itu untuk tidur sekatil dengan niat mencabul mangsa.
Mangsa nekad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, berdasarkan maklumat diterima, polis menahan suspek kira-kira jam 10 malam.

Semak dasar biasiswa JPA – Bernama


Semak dasar biasiswa JPA

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata semakan secara menyeluruh dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dilakukan tahun depan.

Perdana Menteri berkata, semakan itu termasuk sama ada memperuntukkan tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang di peringkat kemasukan universiti dan menawarkan dermasiswa untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mereka mengikuti kursus prauniversiti seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi atau A-level.
Beliau berkata, dasar sedia ada patut disemak semula kerana kerajaan juga mengambil kira pemberian biasiswa di peringkat SPM bukan idea yang bagus kerana ia setaraf dengan O-level.

 

“Memberikan biasiswa di peringkat SPM bukan idea yang bagus. Malah, jika pelajar cemerlang dalam O-level, tidak bermakna mereka cemerlang dalam A-level mereka.
“Jadi akan diadakan semakan menyeluruh terhadap dasar kami tahun depan,” katanya ketika menjawab soalan seorang pemanggil ketika ditemubual di konti Radio One FM di Sri Pentas, semalam.
Pemanggil itu mahu tahu mengenai rungutan MCA berhubung perkara itu dan kaedah sebenar pengagihan biasiswa JPA.

 

 

Program sejam itu yang dihoskan Jack Yap Chaun Ming, Nicholas Ong Sea Wei dan Jane Ng Meng Hui turut disiarkan secara langsung di ntv7.
Najib berkata, tujuan utama pemberian biasiswa untuk mereka yang berjaya mencapai keputusan amat baik dan mendapat tempat di universiti terkemuka.

 

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga tidak mahu menghantar semua pelajar cemerlang ke luar negara kerana universiti tempatan juga memerlukan mereka untuk mengekalkan kedudukan baik institusi berkenaan di peringkat dunia.
“Kita selalu merungut bahawa universiti kita tidak diberi penilaian yang tinggi daripada segi ranking di peringkat dunia, ini adalah bercanggah daripada segi mengenai apa yang kita mahu capai, jadi semua elemen perlu dikaji semasa kami merumuskan dasar baru itu nanti.
“Tetapi, biasiswa tetap diperuntukkan jika anda mampu mendapat keputusan yang amat cemerlang dan tempat di universiti terkemuka dengan institusi itu dikenal pasti kemudian,” katanya.
Bagi soalan mengenai pengagihan biasiswa, Najib berkata, kerajaan sudah mengumumkan bahawa pelajar yang mendapat 8A+ dalam SPM diberikan biasiswa JPA tetapi tidak pernah berjanji mereka ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.
Perdana Menteri berkata, kerajaan mencuba sebaik mungkin berlaku adil, tetapi pelajar tidak perlu bimbang kerana mereka masih mempunyai akses kepada biasiswa yang ditawarkan program 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Jadi, mereka yang berasa terlepas peluang, akan ada pusingan kedua dan 1MDB akan memilih pelajar ini, menghantar mereka sama ada ke universiti awam dan swasta di sini seperti Universiti Monarch atau Universiti Nottingham,” katanya.
Awal bulan ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dipetik sebagai berkata, 1MDB menawarkan 500 biasiswa kepada pelajar SPM yang memperoleh 8A+ untuk belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan IPTS, pada tahun ini. – Bernama

Ibu rela dinoda demi anak – Harian Metro


Ibu rela dinoda demi anak

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim
mfirdaus@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PETALING JAYA: Pilihan setan. Itu situasi getir terpaksa dipilih seorang wanita berusia 40 tahun sama ada mahu dirinya atau anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol dalam kejadian pecah rumah di Kampung Subang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dan anaknya tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia 30-an yang pada mulanya mahu merompak.
Demi menjaga kesucian anaknya, si ibu dirogol suspek sambil detik hitam terbabit disaksikan kanak-kanak itu. Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa keluar bekerja.

 

Sumber polis berkata, mangsa dan anaknya yang tidur nyenyak di rumah berkenaan dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali.
“Tersentak dengan itu, mangsa merayu dikasihani selain memberitahu akan menyerahkan semua barangan berharga miliknya kepada suspek asalkan dia dan anaknya tidak disentuh,” katanya.
Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

 

 

“Terkejut dengan itu, mangsa merayu dan berusaha mempertahankan dirinya. Namun, wanita itu mengalah apabila suspek mengugut untuk menodai anak perempuannya jika melawan.
“Selepas dirogol, suspek mengambil beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 sebelum melarikan diri,” katanya.

 

Mangsa menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian.
Katanya, selepas mangsa memberi keterangan, dia dan anaknya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk pemeriksaan dan rawatan.
Difahamkan, sehingga kini suspek belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan insiden itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 376 Kanun Keseksaan (KK).

3 pengsan tepi wakaf – Harian Metro


3 pengsan tepi wakaf

Oleh Mohammad Ishak
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
CEDERA...Mohd Zailani dibawa 
ke Hospital Besut.
CEDERA…Mohd Zailani dibawa ke Hospital Besut.

BESUT: Tindakan sekumpulan remaja berkumpul di sebuah wakaf di Kampung Durian Telor, Pasir Akar, Hulu Besut, di sini, mengundang padah apabila tiga cedera apabila wakaf itu ditimpa pokok dipanah petir, kelmarin.

Kejadian berlaku pada jam 5.30 petang ketika sekumpulan 12 remaja berusia antara 15 dan 40 tahun ceria berbual sambil beberapa orang daripada mereka membalas khidmat pesanan ringkas menerusi telefon bimbit masing-masing.
Bagaimanapun, keasyikan mereka terganggu apabila berlaku ribut petir disusuli hujan lebat, namun remaja terbabit tidak berganjak meninggalkan wakaf berkenaan.

 

Namun, tindakan mereka membawa padah apabila panahan petir pada sebatang pokok besar di tepi wakaf tempat remaja terbabit berkumpul turut terkena tiga daripada mereka menyebabkan mangsa cedera dan pengsan.
Mangsa, Mohd Sahadam Nik Mar, 17, Muhamad Fariz Ismail, 15, dan Mohd Zailani Keria, 23, tercampak dari wakaf berkenaan.
Rakan mangsa, Saiful Bahari Ramli, 15, berkata ketika kejadian dia panik melihat ketiga-tiga mangsa jatuh ke tanah dari atas wakaf berkenaan.

 

 

“Melihat tiga rakan kami jatuh tersembam, kami panik dan melarikan diri kerana terkejut selain bimbang menjadi mangsa.
“Panahan petir itu terkena pokok di sebelah wakaf menghasilkan bunyi letupan kuat dan menggerunkan,” katanya.

 

Menurutnya, selepas hujan dan petir reda, beberapa penduduk kampung dimaklumkan kejadian itu bergegas datang dan membawa semua mangsa ke Hospital Besut bagi mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mangsa yang pengsan hanya cedera ringan dan keadaan mereka tidak membimbangkan meskipun masih trauma.
Saiful berkata, sudah menjadi kelaziman wakaf itu menjadi tempat remaja berkumpul setiap petang dan kejadian kelmarin yang pertama seumpamanya berlaku di kampung berkenaan.

Gangguan di padang – Harian Metro


Gangguan di padang

Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BANTU...seorang pelajar wanita dibawa keluar dari surau untuk dibawa pulang ahli keluarga selepas diserang histeria di SMK Tasek, Simpang Ampat, semalam.
BANTU…seorang pelajar wanita dibawa keluar dari surau untuk dibawa pulang ahli keluarga selepas diserang histeria di SMK Tasek, Simpang Ampat, semalam.

NIBONG TEBAL: “Apabila seorang kawan diserang histeria di padang, saya membantu dengan memapahnya yang ketika itu menjerit-jerit menyebut pelbagai perkataan kasar.

“Tapi, tidak lama selepas itu, jeritannya terngiang-ngiang di fikiran saya sebelum saya pula turut meracau,” kata seorang mangsa serangan histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Simpang Ampat, semalam.

Pelajar perempuan berusia 14 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, serangan histeria berlaku jam 11 pagi membabitkan kira-kira 30 pelajar perempuan sekolah berkenaan.

Pada mulanya, serangan membabitkan sebahagian pelajar yang menjalankan aktiviti sukan di padang sekolah sebelum ia merebak kepada pelajar lain yang berada di kelas dan kantin.

 
Lin berkata, akibat serangan histeria itu, dia berada dalam keadaan separuh sedar dan dapat mengingati dirinya dipapah ke kantin sebelum dirawat seorang pengamal perubatan tradisional.

Budak agih hasil curi – Harian Metro


Budak agih hasil curi

Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
RAMPAS...Ahmad Sofi menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek.
RAMPAS…Ahmad Sofi menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek.

KOTA KINABALU: Dalam usia baru mencecah lapan tahun, seorang murid sekolah rendah di sini mungkin mencatat rekod perompak termuda di negara ini apabila ditahan bersama dua rakannya selepas memecah masuk pangsapuri seorang pensyarah dan melarikan barang bernilai lebih RM20,000.

Kegiatan penjenayah cilik itu bersama dua rakan masing-masing berusia 15 dan 29 tahun terbongkar selepas polis menyerbu ‘markas’ mereka yang berhampiran pangsapuri itu, kira-kira jam 1.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata ketika diserbu ketiga-tiga mereka asyik membahagikan barangan curi dari rumah berkenaan.

 

Menurutnya, kira-kira jam 1 tengah hari pada Isnin lalu, seorang pensyarah pusat pengajian tinggi tempatan membuat laporan polis selepas rumahnya dipecah masuk dan kehilangan kamera digital, tiga komputer riba, empat telefon bimbit dan barang kemas dengan kerugian keseluruhannya dianggarkan RM20,000.
“Sebaik menerima laporan mangsa, polis menjalankan siasatan dan mengesan tiga individu dipercayai terbabit kejadian itu di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian.
“Dalam serbuan ke atas rumah itu polis menahan tiga suspek termasuk seorang murid sekolah yang berusia lapan tahun,” katanya pada sidang media IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam.

 

 

Ahmad Sofi berkata, dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, polis menemui semula semua barangan dicuri.
Menurutnya, siasatan polis mendapati ketiga-tiga suspek memecah masuk rumah berkenaan dengan mengumpil tingkap sebelum melarikan barang berharga mangsa.

 

“Kemungkinan suspek berusia lapan tahun itu masuk terlebih dulu sebelum membuka pintu bagi memudahkan dua rakannya menyelinap masuk. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Ahmad Sofi berkata, ketiga-tiga suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Lelaki disyaki rogol anak tiri ditahan – Berita Harian


Lelaki disyaki rogol anak tiri ditahan

2011/06/24

KAJANG: Penderitaan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menjadi mangsa dera, cabul dan rogol bapa tirinya sejak tiga tahun berakhir, kelmarin, apabila polis menahan pemandu lori berusia 35 tahun di rumahnya di Cheras di sini.

Kanak-kanak itu dikatakan mendiamkan diri selama ini kerana ibu kandungnya sendiri enggan mempercayai setiap kali dia mengadu dirogol bapa tirinya, malah dipukul dengan alasan mereka-reka cerita.

Malah, bapa kandungnya yang kini berada di Perlis turut tidak membantu untuk menyelamatkannya, setakat mengirim wang dan memintanya ke rumah abang kandungnya di Wangsa Maju di sini, untuk mengadu.

Dengan bantuan abang kandungnya dia membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, dekat sini, kelmarin.

Bertindak atas aduannya, polis menahan bapa tiri kanak-kanak itu di Cheras, petang kelmarin. Lelaki itu kini direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata mangsa tidak mampu untuk melawan.

Langkah perkasa bahasa Melayu – Utusan Malaysia


Langkah perkasa bahasa Melayu

 

Oleh MD. AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my

 

Mohd. Puad Zarkashi (kanan) mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010, Abu Bakar Buyong di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, semalam.

 

KUALA LUMPUR 23 Jun – Penggunaan bahasa Melayu pada persidangan antarabangsa diharap dapat dilaksanakan tahun ini dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan itu.

Ia merupakan antara langkah yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan untuk memperkasakan bahasa Melayu, selain digunakan dalam surat-surat rasmi kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan swasta.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, cadangan-cadangan itu akan dibawa kepada makluman Kabinet terlebih dahulu sebelum pekeliling mengenainya dapat dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Tidak salah untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam persidangan antarabangsa termasuk dalam penyampaian ucaptama kerana penterjemah disediakan untuk para peserta.

“Kebanyakan wakil negara lain menggunakan bahasa kebangsaan sendiri ketika berucap seperti peserta China bercakap dalam bahasa Mandarin, peserta Asia Barat menggunakan bahasa Arab dan peserta Indonesia menggunakan bahasa Indonesia.

“Namun, apabila dalam perbincangan, dialog dan sebagainya, kita akan menggunakan bahasa Inggeris. Mesyuarat-mesyuarat dan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di peringkat tempatan juga diharap menggunakan bahasa kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-55 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata, jika surat-menyurat melibatkan syarikat dari negara luar, bahasa Melayu digunakan dengan terjemahannya sekali.

Beliau menyeru GLC supaya mendukung usaha memartabatkan bahasa Melayu dengan menggunakannya semasa mesyuarat peringkat atasan mahupun bawahan.

“Kadangkala individu perseorangan tidak menggunakan bahasa kebangsaan walaupun dalam majlis yang menggunakan bahasa Melayu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, pihaknya menyasarkan penglibatan bukan Melayu sebanyak 30 peratus dalam aktiviti melibatkan bahasa dan kesusasteraan.

“DBP mendapat kerjasama baik daripada persatuan dan Dewan Perniagaan Cina untuk memperkasakan bahasa kebangsaan menerusi penganjuran pelbagai aktiviti seperti pertandingan.

“Kami juga ada membantu 61 sekolah menengah persendirian Cina bagi memperkasakan guru bahasa Melayu.

“Harapan kami, bahasa kebangsaan diperkasakan dalam semua peringkat kerana ia menunjukkan jati diri sesuatu bangsa,” katanya.

Cemerlang SPM hanya dapat dermasiswa – Utusan Malaysia


Cemerlang SPM hanya dapat dermasiswa

KUALA LUMPUR 23 Jun – Mulai tahun depan, pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya akan mendapat dermasiswa daripada kerajaan untuk melanjutkan pengajian masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana dasar sedia ada yang memberi biasiswa kepada pelajar dengan hanya mengambil kira keputusan SPM mereka bukan lagi idea yang baik untuk diteruskan.

Menurut beliau, biasiswa hanya akan diberi kepada pelajar jika mereka mendapat tempat di universiti terkemuka yang akan disenarai oleh kerajaan kelak serta mencatat keputusan cemerlang secara konsisten.

“Hanya kerana anda memperoleh keputusan cemerlang di peringkat O Level tidak bermakna anda akan lulus cemerlang di peringkat A Level,” katanya ketika ke udara secara langsung dari konti Radio One FM di Sri Pentas hari ini.

Dalam pada itu Perdana Menteri berkata, mulai tahun depan juga, polisi sedia ada dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar cemerlang akan dikaji semula secara menyeluruh, namun beliau tidak menghuraikan mengenai perincian kajian semula itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini memberitahu, kajian semula itu turut membabitkan kuota.

Menurut Najib, buat masa ini kerajaan telah membuat ketetapan bahawa semua pelajar yang mendapat 8A+ layak menerima biasiswa JPA, tetapi tidak semua mereka akan dihantar ke universiti luar negara.