Pesara, pelajar sekolah menang – Utusan Malaysia


Pesara, pelajar sekolah menang

KHAIRUDIN Omar (tengah) bersama wakil Jabatan Pengarang, Norazrin Marzuki (kiri) dan wakil Jabatan Pemasaran Mohd. Jasmani memilih pemenang Peraduan Kumpul dan Menang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia di Ibu Pejabat Utusan Melayu, Kuala Lumpur, semalam.

 

KUALA LUMPUR – Pesara dan pelajar sekolah menengah diumum sebagai pemenang hadiah utama Peraduan Kumpul dan Menang siri kelapan anjuran akhbar Utusan Malaysia semalam.

Abu Talib Md. Taib, 57, dari Batu Pahat, Johor serta pelajar tingkatan tiga, Arsya Adnie Norashar dari Kota Bharu, Kelantan berjaya mencuri perhatian ahli panel dengan kreativiti kad bersaiz gergasi beserta borang jawapan.

Kedua-dua pemenang utama merangkul hadiah utama berupa wang tunai RM500 setiap seorang manakala 15 lagi pemenang saguhati menerima hadiah misteri daripada penganjur.

Pemilihan itu dilakukan oleh tiga panel hakim iaitu wakil Jabatan Pemasaran Kumpulan Utusan, Khairudin Omar, wakil Jabatan Pengarang, Norazrin Marzuki dan wakil Jabatan Pemasaran, Mohd Jasmani.

Khairudin berkata, Peraduan Kumpul dan Menang yang bermula pada 24 April lalu akan menguji pembaca meneka gambar termasuk tokoh, selebriti dan tempat pelancongan.

“Siri kelapan kali ini menampilkan gambar Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn,” katanya selepas memilih para pemenang di sini, semalam.

Beliau memberitahu, kesemua pemenang akan dihubungi sama ada melalui surat atau telefon dalam masa terdekat.

“Sambutan kali ini amat memberangsangkan apabila kita mendapat penyertaan daripada pelbagai peringkat umur dan pekerjaan termasuk kakitangan awam, swasta, pesara, suri rumah dan pelajar,” katanya.

Tambahnya, setiap siri peraduan memerlukan pembaca mengumpul keratan yang disiarkan mulai Ahad hingga Jumaat manakala borang disiarkan pada hari Sabtu.

Peraduan mudah itu kini memasuki siri kesembilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s