Guru dan pelajar diingatkan jauhi perhimpunan haram 9 Julai – Bernama


Guru dan pelajar diingatkan jauhi perhimpunan haram 9 Julai

2011/06/29

KUANTAN: Semua guru dan pelajar sekolah diingatkan supaya tidak terbabit dengan perhimpunan haram yang dirancang oleh puak pengacau pada 9 Julai ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud berkata, guru dan pelajar adalah kakitangan kerajaan yang tidak wajar menyertai perhimpunan haram itu.

Beliau berkata, sekiranya mereka terbukti terbabit dalam perhimpunan itu, tindakan tatatertib akan dikenakan termasuk mengikut undang-undang negara.

“Saya mohon kepada semua guru supaya berfikir sebaik-baiknya dan bertindak sebagai kakitangan kerajaan yang bertanggungjawab sekiranya ingin menyertai perhimpunan itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Guru Besar ke-17 di sini hari ini.

Sementara itu, Abd Ghafar berkata, kementerian sentiasa melakukan penambahbaikan perkhidmatan guru di negara ini.

Katanya, usaha itu dilakukan secara berterusan dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan mengadakan perbincangan bersama dari semasa ke semasa. – BERNAMA

39 individu termasuk seorang kanak-kanak ditahan sebar risalah – Bernama


39 individu termasuk seorang kanak-kanak ditahan sebar risalah

2011/06/29

JOHOR BAHARU: Polis Johor menahan 39 individu termasuk seorang seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun di sekitar negeri ini kerana menyebarkan risalah berhubung penganjuran perhimpunan haram 9 Julai.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua 24 lelaki dewasa, 14 wanita dan kanak-kanak itu ditahan secara berasingan sejak Jumaat sehingga Isnin lalu.

“Penahanan pertama dilakukan terhadap seorang lelaki, di Kluang, pada Jumaat lalu. Pada hari yang sama, polis turut menahan dua lelaki dan empat wanita dalam satu sekatan jalan raya di Batu 43, Jalan Batu Pahat-Mersing serta merampas 5,567 risalah daripada mereka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, penahanan seterusnya dilakukan pada Sabtu terhadap 21 lelaki dan sembilan wanita yang menaiki sebuah bas persiaran dan sebuah kereta Toyota Hilux, di Tangkak, dekat Ledang.

Beliau berkata, dua daripada yang ditahan itu merupakan rakyat Filipina serta Korea Selatan dan polis merampas 1,435 risalah mengenai perhimpunan berkenaan daripada mereka.

Katanya, polis pada Isnin menahan seorang wanita di pasar malam Taman Perling, di sini, ketika wanita terbabit bersama suami dan anaknya yang berumur tujuh tahun sedang menyebarkan risalah mengenai perhimpunan itu kepada orang ramai.

“Suami wanita itu yang mendapat taraf pemastautin tetap di negara ini berjaya melarikan diri dan polis kini menubuhkan pasukan khas bagi mengesannya,” katanya.
Mohd Mokhtar berkata, kesemua yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 11(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas direkodkan keterangan.

Beliau berkata, Polis Johor menerima 107 laporan daripada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan dan orang perseorangan yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjuran perhimpunan berkenaan.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang risalah dan tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata, polis merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM766,450 ketika memeriksa sebuah kereta jenis Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan, kira-kira 100 meter dari plaza tol Pagoh, dekat Muar, Jumaat lalu.

Beliau berkata, pemandu kereta itu, dipercayai seorang wanita, bagaimanapun, melarikan diri selepas kereta yang dipandunya itu terbabas.

“Siasatan mendapati heroin seberat 22,215 gram dan syabu seberat 500 gram itu dibawa dari utara negara ini untuk diedarkan ke negeri ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 32 Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988,” katanya. – BERNAMA

Ajak makan sebelum noda – Harian Metro


Ajak makan sebelum noda

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

AMPANG: Sikap ramah dan mudah mengikut ajakan membawa padah buat seorang remaja perempuan apabila diperkosa seorang lelaki berusia 20-an di sebuah rumah di Kampung Melayu, di sini, kelmarin.

Difahamkan, pelajar tingkatan dua itu terpedaya dengan ajakan lelaki berkenaan itu menemaninya makan sebelum dia dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa baru saja pulang dari sekolah kira-kira jam 2 petang sebelum didatangi lelaki terbabit yang mengajaknya menemani makan tengah hari.

“Hanya kerana percaya kepada lelaki terbabit yang memang dikenalinya, mangsa mengikut saja lelaki itu dengan menunggang motosikal.

 
“Bagaimanapun, suspek dikatakan membawa mangsa ke rumah keluarganya dengan alasan keluarganya menyediakan makan tengah hari untuk mereka,” katanya.

Minda: Bendung bahasa SMS dalam urusan rasmi – Harian Metro


Minda: Bendung bahasa SMS dalam urusan rasmi

Oleh M Jasni Majed
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ISU bahasa muncul lagi. Kali ini mengenai Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang menjadi kegemaran pemilik telefon bimbit menghantar pelbagai pesanan, maklumat kepada rakan dan sebagainya. Di samping itu, pengguna Facebook dan Twitter juga tidak terkecuali menggunakan bahasa ringkas ketika berkomunikasi dengan rakan.

Isu mengenai SMS bukan baru kerana pada 2003 lagi pencapaian kelulusan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ketika itu dikaitkan dengan penggunaan simbol, kod dan kata singkatan tertentu oleh pelajar.

Ketika itu didapati sudah ramai calon peperiksaan yang menggunakan kata singkatan dalam esei mereka seperti yang dilakukan ketika bersembang atau menggunakan khidmat SMS. Kesannya ramai dianggap gagal menguasai kedua-dua subjek bahasa tersebut sehingga menjejaskan keputusan mereka dalam kedua-dua kertas berkenaan.
Kita tidak nafikan pada masa ini ramai antara pelajar yang memiliki telef
on bimbit. Meskipun mereka dilarang membawa ke sekolah tetapi mereka tetap mempunyai telefon bimbit kerana syarikat telekomunikasi sekarang pintar menarik minat pelbagai golongan untuk memiliki kemudahan itu yang bukan hanya untuk berkomunikasi tetapi juga untuk mengambil gambar, bermain game dan sebagainya.

 
Maka tidak hairanlah salah satu cara berkomunikasi golongan remaja atau pelajar sekolah sesama rakan ialah dengan menghantar SMS kerana dianggap lebih murah dan jimat berbanding membuat panggilan biasa. Kadang-kadang menjadi kegilaan pula bagi mereka berbalas-balas SMS sehingga hendak tanya tujuh belas darab tiga pun guna SMS.

Penularan bahasa SMS di kalangan remaja ada kaitan dengan pertambahan jumlah pelajar yang memiliki telefon bimbit. Harga telefon bimbit yang semakin murah kerana ia kini menjadi satu keperluan turut menjadi penyumbang kepada perkembangan bahasa SMS.

Malangnya, keasyikan menggunakan bahasa SMS ini terbawa-bawa pula ke dalam jawapan bagi kertas peperiksaan di sekolah sehingga guru-guru yang memeriksanya tidak tahu maksud kod dan kata singkatan seperti yang digunakan dalam khidmat SMS tersebut.

Malah, pensyarah pusat pengajian tinggi juga mendapati ada penuntut terbiasa dengan kata singkatan telah memasukkan kata singkatan berkenaan dalam tesis mereka.

Inilah antara kesan negatif penggunaan kata singkatan yang seakan-akan sudah menjadi sinonim dengan golongan pelajar dan remaja pada masa ini. Jika tabiat ini menjadi amalan, pelbagai pihak bimbang terhadap pencapaian pelajar dalam beberapa subjek terutamanya berkaitan bahasa.

Di samping itu, semua sudah sedia maklum bahawa penggunaan bahasa rojak akan lebih meluas penggunaannya di kalangan masyarakat dan jika dibiarkan, suatu masa nanti boleh memburukkan lagi imej dan kedudukan bahasa kebangsaan. Kemerosotan penguasaan bahasa Melayu juga turut dikaitkan dengan penggunaan bahasa SMS.

Suatu ketika dulu, Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Awang Sariyan berkata, singkatan perkataan, angka atau kod dan lambang menjadi pilihan penghantar SMS kerana ruang yang disediakan terhad. Oleh itu, lama-kelamaan SMS menjadi alat penghubung yang difahami, mudah, padat dan menjimatkan.

Hubungan yang dilakukan antara dua pihak dengan khidmat SMS dan apabila kedua-dua pihak memahami apa yang tercatat di telefon bimbit masing-masing sudah membuktikan bahawa hubungan tersebut sudah berjaya, tidak kira dalam bentuk apa sekalipun.

Maka oleh sebab itu, SMS sudah menjadi ruang sembang yang popular dan tidak mustahil pelbagai kata singkatan, lambang dan kod baru akan muncul dari semasa ke semasa.

Kebiasaan menggunakan gaya bahasa dalam SMS sudah semestinya terbawa-bawa ke dalam urusan rasmi jika tidak dikawal. Yang memburukkan keadaan, apabila pelajar menjadikan bahasa dalam SMS untuk tujuan penulisan, bererti ternyata bahawa ia sudah disalahgunakan.

Menghalang bahasa ringkas menular dalam urusan harian bukanlah mudah. Dalam percakapan harian pun kita sudah menggunakan sinkope, bahasa basahan dan sebagainya yang telah sedikit-sebanyak mencalarkan imej bahasa ibunda.
Jika dalam tulisan, penggunaan kata-kata tersebut akan lebih nampak kecacatannya kerana tulisan dipersembahkan dalam bentuk kekal, tidak seperti percakapan kecuali percakapan yang dirakamkan. Dalam percakapan atau pertuturan pula, kita hanya dibebani dengan masalah bahasa tidak baku, bahasa rojak, sinkope, neka bahasa remaja dan bahasa basahan. Tetapi dalam tulisan masalahnya lebih rumit kerana wujud kod atau angka dan lambang.

Oleh itu, kita sering melihat kata-kata singkatan menerusi khidmat SMS seperti ‘x’ (tidak) ; ‘4’ (untuk atau for); ‘cmna’ (macam mana); ‘u’ (awak); ‘g’ (pergi) ‘tq’ (terima kasih). Malah, terdapat pelbagai kod atau lambang yang selalu digunakan oleh golongan tertentu untuk berhubung dengan rakan yang difahami oleh golongan tertentu saja.

Usaha untuk membendung gejala kata singkatan dalam SMS tidak boleh dilakukan kerana penggunaan SMS sebagai alat perhubungan tidak menjejaskan pemahaman antara kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, untuk mengelak daripada berleluasanya penggunaan kata singkatan dalam SMS supaya tidak merebak dalam urusan rasmi, pelbagai ikhtiar perlu dilakukan. Adalah menjadi tugas guru di sekolah memastikan penggunaan kata singkatan tidak digunakan oleh pelajar dalam semua subjek terutamanya berkaitan bahasa.

Guru juga mestilah menggalakkan pelajar supaya tidak menggunakan kata singkatan ketika mengambil nota dalam setiap subjek yang diajar. Dengan cara ini akan dapat mengurangkan kebiasaan daripada menggunakan kata singkatan supaya tidak terbawa-bawa dalam penulisan berbentuk rasmi.

Media elektronik pula mestilah menapis setiap ucapan berbentuk SMS daripada orang ramai yang dipaparkan di televisyen supaya kata-kata singkatan yang digunakan oleh golongan remaja tidak menjadi ikutan pula oleh golongan lain.

Oleh sebab media elektronik besar pengaruhnya dibimbangi pengaruhnya akan cepat menular dan menjadi ikutan orang ramai.

Di samping itu, apa yang penting adalah sikap dan kesedaran kita dalam bahasa sangat penting demi menentu hala tuju bahasa kita pada masa akan datang.
Golongan remaja tidak boleh memandang remeh bahasa sendiri. Mereka perlu memikul tanggungjawab memartabatkan bahasa sendiri kerana bahasa itu identiti sesuatu bangsa.

Golongan pelajar yang menggunakan khidmat SMS untuk berhubung dengan rakan-rakan janganlah terlalu memikirkan ruang dan penjimatan wang sehingga membelakangkan bahasa apatah lagi menggadaikan masa depan mereka.

Jika kata-kata singkatan digunakan dalam peperiksaan oleh sebab terbiasa dengan bahasa SMS, mereka sebenarnya bukan hanya perlu memikirkan dengan mendalam mengenai nasib bahasa tetapi nasib mereka sendiri.

Pelajar maut jatuh tingkat empat sekolah – Harian Metro


Pelajar maut jatuh tingkat empat sekolah

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan enam ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan kelasnya di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di sini, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Nge Hoa Zheng, 18, ditemui mati kira-kira jam 9.20 pagi dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah blok sekolah berkenaan sebaik pelajar sebuah kelas di tingkat bawah blok berhadapan terkejut mendengar bunyi kuat seperti benda terjatuh.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata polis yang menerima panggilan daripada guru sekolah berkenaan tiba beberapa minit kemudian untuk menjalankan siasatan.

 

“Pihak hospital yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa mati di tempat kejadian kerana kecederaan serius di kepala.
“Unit Forensik tidak menemui sebarang unsur pergelutan dan jenayah di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat mendapati mangsa cedera di kepala dan patah pada beberapa tulang rusuk.

 

 

“Polis mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

300 tenaga pengajar AS bantu tingkat kemahiran BI: Muhyiddin – Berita Harian


300 tenaga pengajar AS bantu tingkat kemahiran BI: Muhyiddin
Daripada Norhayati Md Said

2011/06/29

WASHINGTON: Seramai 300 tenaga pengajar lepasan ijazah dari Amerika Syarikat akan membantu kerajaan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris pelajar di negara ini menerusi program Fulbright, mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia adalah kesinambungan pertemuan Datuk Seri Najib Razak dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Hillary Clinton, di New York dan di Kuala Lumpur sebelum ini.

Bagi peringkat awal, pegawai kanan AS yang dalam pertemuan Muhyiddin berjanji menghantar 50 pengajar mulai Januari tahun depan dan ditambah secara berperingkat.

“Program ini bukan saja dapat mengeratkan hubungan kedua-dua negara, malah membantu Kementerian Pelajaran meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris di kalangan pelajar,” katanya pada sidang media, di sini.

Muhyiddin berkata, program menghantar tenaga pengajar sukarela itu sudah lama dilaksanakan AS dan ditanggung oleh negara itu tetapi bagi program di Malaysia, kerajaan akan turut memberi peruntukan RM1.4 juta bagi memberi sedikit imbuhan kepada tenaga pengajar itu.

Katanya, program ini tidak akan mengganggu kurikulum pengajaran Bahasa Inggeris sedia ada sebalik mereka akan mengambil masa luar sekolah dengan menggunakan teknik pembelajaran menyeronokkan.

“Kita akan memeterai Perjanjian Persefahaman (MOU) bagi program berkenaan dan diharap dapat dilakukan sebelum hujung tahun.
“Tenaga pengajar ini akan diberikan orientasi supaya mereka dapat mengenali adat resam dan budaya rakyat Malaysia sebelum ditempatkan di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak serta dipantau seorang penyelia,” katanya.

Muhyiddin berkata, Terengganu sebenarnya sudah memulakan program berkenaan di negeri itu dan setakat ini maklum balas yang diberikan amat memberangsangkan sama ada daripada pelajar mahupun guru berkenaan.

“Pelajar sangat gembira dan lebih mudah menguasai Bahasa Inggeris manakala guru-guru terbabit pula sangat bersungguh-sungguh. Setakat ini Terengganu sudah melaksanakan 17 program seumpama itu.

“Kejayaan itu mungkin kerana teknik yang mereka ajar lebih menyeronokkan. Berikutan itu,kerajaan tidak akan mengadakan lagi projek printis dan akan terus meletakkan tenaga pengajar itu di sekolah yang akan dikenal pasti,” katanya.

Kesal tindakan melulu bapa murid tumbuk guru – Utusan Malaysia


Kesal tindakan melulu bapa murid tumbuk guru

KOTA BHARU 28 Jun – Jabatan Pelajaran Kelantan kesal dengan tindakan bapa seorang murid tahun empat memukul seorang guru lelaki kerana didakwa menampar anak lelakinya itu dalam satu insiden di sebuah sekolah rendah di Pasir Mas, Ahad lalu.

Timbalan Pengarahnya, Zahari Daud berkata, insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku sekiranya bapa murid terbabit terlebih dahulu merujuk perkara berkenaan kepada pihak sekolah untuk mendapat maklumat lebih tepat.

Ini kerana katanya, difahamkan murid berkenaan mengalami kecederaan akibat terjatuh di sekolah beberapa hari sebelum itu dan guru lelaki terbabit hanya menegur bagi mengetahui keadaannya.

Apa yang dikesalkan, katanya, ialah sikap ibu bapa murid terbabit yang dikatakan menolak pelawaan guru berkenaan untuk berbincang.

“Bapa murid terbabit bertindak memukul guru berkenaan. Saya kesal dengan tindakan tersebut. Sepatutnya ibu bapa berkenaan perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak sekolah,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian Anugerah Juara 2010 peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Turut hadir Pegawai PPD Pasir Mas, Ahmad Nordin Che Ismail.

Zahari diminta mengulas insiden seorang guru lelaki yang cedera di pipi kiri setelah ditumbuk oleh bapa seorang murid tahun empat kerana mendakwa guru terbabit menampar anak lelakinya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, guru terbabit, Azidi Abdullah, 44, juga nyaris dicederakan dengan sebilah parang yang dibawa oleh isteri lelaki berkenaan.

Mengulas lanjut, Zahari memberitahu, pihak sekolah telah menghantar laporan mengenai insiden itu kepada PPD untuk tindakan selanjutnya.

“Kita serahkan kes ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Saya menasihatkan ibu bapa supaya rujuk dahulu kepada pihak sekolah sekiranya berlaku sebarang perselisihan faham membabitkan anak mereka di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan ibu bapa murid terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.