Pelajar perlu aktif sukan di sekolah untuk ke IPTA – Utusan


Pelajar perlu aktif sukan di sekolah untuk ke IPTA

01/07/2011 10:43pm

 

 

FARHANA JONI

 

SERDANG 1 Julai – Para pelajar perlu sentiasa meningkatkan prestasi dalam bidang kokurikulum atau sukan di sekolah bagi melayakkan mereka menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi awam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Hou Kok Chung berkata, kerajaan sentiasa memberi peluang kepada pelajar yang aktif dalam bidang sukan untuk menyambung pengajian ke IPTA.

“Pelajar yang aktif dalam bidang sukan tidak perlu bimbang mengenai peluang mereka untuk menyambung pengajian di IPTA kerana kerajaan sentiasa memberi keutamaan dan peluang kepada mereka.

“Mereka juga layak menerima biasiswa bagi menyambung pengajian di Kolej Komuniti atau IPTA lain sekiranya mereka berjaya meraih kejayaan hingga peringkat negeri atau kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sudut Satu Murid Satu Sukan (1M1S) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kembangan di sini hari ini. – Utusan

Bergelut lelaki berbogel – Harian Metro


Bergelut lelaki berbogel

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia belasan tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan saja dipukul, malah cuba diperkosa seorang lelaki ‘gila seks’ di sebuah tandas pusat beli-belah di Desa Petaling, kelmarin.

Bagaimanapun, selepas bergelut dengan lelaki berusia lingkungan 20-an dalam keadaan bogel itu lebih 30 minit, dia berjaya melarikan diri sebelum mendapatkan bantuan daripada orang ramai walaupun mengalami kecederaan.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, tindakan pantas pengurus dan pekerja pusat beli-belah berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila lelaki terbabit berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis.

Sumber polis berkata, mangsa yang bersendirian dikatakan pergi ke pusat beli-belah itu untuk menonton wayang.

 
“Mangsa bagaimanapun masuk ke tandas berhampiran panggung wayang berkenaan sementara menunggu waktu tayangan filem itu bermula,” katanya.

Lari ikut kekasih – Harian Metro


Lari ikut kekasih

Oleh Fatin Shahrullnizan
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Pujukan cinta teman lelaki yang baru berusia 15 tahun dipercayai menjadi punca seorang remaja perempuan Orang Asli melarikan diri dari rumah sejak empat hari lalu.

Ibunya, Yusnita Yunus, 35, berkata anaknya yang belajar di tingkatan dua, Khong Yin Yin, 14, berkenalan dengan remaja lelaki berkenaan melalui laman sosial facebook sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, Yin Yin hanya disedari hilang antara jam 1 pagi hingga jam 4.30 pagi, Isnin lalu. Yusnita yang tinggal di Persiaran Lembah Perpaduan Lembah Lake View, Ulu Kinta, dekat sini, berkata, anak sulungnya itu tidak pernah meninggalkan rumah rumah tanpa pengetahuan keluarga sebelum ini.

 

Menurutnya, dia terlalu risau berhubung kehilangan anaknya itu yang dianggap terlalu muda dan mudah diperdaya.
“Saya tidak tahu punca Yin Yin meninggalkan rumah tetapi ada meninggikan suara kepadanya kerana dia pulang lewat.
“Selama ini, Yin Yin tidak pernah berperangai sedemikian apatah lagi meninggalkan rumah lebih daripada sehari,” katanya.

 

 

Menurutnya, selain ke sekolah, anaknya itu hanya menghabiskan masa bersama rakan atau ke rumah keluarga angkatnya berhampiran.
Yusnita yang berketurunan Orang Asli suku Semai dan berkahwin dengan lelaki berketurunan Cina hanya menyedari kehilangan anaknya itu pagi Isnin lalu apabila mahu mengejutkan Yin Yin untuk ke sekolah.

 

“Saya berulang kali berusaha menghubunginya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) namun tiada jawapan dan bimbang keselamatannya, apatah lagi Yin Yin masih terlalu muda untuk menghadapi dunia luar. “Saya mengesyaki dia mengikut teman lelakinya namun tidak tahu identiti lelaki berkenaan dan berusaha menghubungi lelaki yang dipercayai berasal dari Parit itu, tetapi tiada balasan,” katanya.
Dia mendakwa pernah ditunjukkan gambar lelaki itu oleh anak saudaranya yang mengetahui hubungan rapat Yin Yin dengan remaja lelaki berkenaan.
“Saya tidak membenarkan anak menggunakan telefon bimbit tetapi teman lelakinya itu membelikan telefon bimbit tanpa pengetahuan saya dan suami,” katanya.
Dia yang membuat laporan di Balai Polis Tambun, di sini, pada hari Yin Yin hilang, yakin anaknya itu masih berada sekitar Ipoh atau daerah berdekatan kerana Yin Yin tidak membawa kad pengenalan dan wang ketika keluar rumah.

Empat termasuk seorang guru agama ditahan berkaitan BERSIH – Berita Harian


Empat termasuk seorang guru agama ditahan berkaitan BERSIH

2011/07/01

IPOH: Polis Perak hari ini menahan empat orang termasuk seorang guru agama dalam serbuan di sebuah premis pakaian di Kuala Kangsar, kira-kira 50 meter dari sini yang dikesan mencetak dan mengedar baju T tertera perkataan BERSIH, dipercayai bagi kegunaan ketika perhimpunan haram di ibu negara, Sabtu depan.

Serbuan yang dibuat hasil Ops Padam yang dilancarkan di sekitar daerah itu pada jam 12.30 tengah hari turut menemui 26 baju T bersama lima blok pencetak baju berkenaan.