Kementerian tegas laksana belajar Sains, Matematik dalam BM – Bernama


Kementerian tegas laksana belajar Sains, Matematik dalam BM

04/07/2011 5:21pm

 

KUALA LUMPUR 4 Julai – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran tegas dengan pendirian untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu demi memartabatkan penggunaan bahasa itu sebagai bahasa pengantar utama pendidikan negara.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, selaras dengan pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Kementerian telah melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 2011 bagi murid Tahun 1.

“Melalui KSSR ini, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dalam Bahasa Melayu,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini. – Bernama

8,812 unit kuarters guru masih kosong – Bernama


8,812 unit kuarters guru masih kosong

2011/07/04

KUALA LUMPUR: Sejumlah 8,812 unit kuarters guru masih kosong dan tidak diduduki berikutan pelbagai faktor, termasuk kekangan peruntukan untuk menaik taraf kuarters berkenaan, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata antara faktor lain ialah lokasi kurang sesuai, bayaran elaun Imbuhan Tetap Perumahan (IPT) serta elaun Sara Hidup (COLA), pemotongan keseluruhan ITP dan 50 peratus COLA bagi yang menduduki kuarters serta keadaan fizikal yang tidak diselenggara.

“Terdapat juga berlaku pengurangan pelajar di satu-satu sekolah, menyebabkan bilangan guru-guru di sekolah terbabit berkurangan, akibatnya berlaku kekosongan unit kuarters guru.

“Setakat ini kekosongan kuarters guru berjumlah 8,812 bukan 3,000 seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan. Sekiranya peruntukan dapat diberikan oleh Kementerian Kewangan, sebahagian besar pusat latihan akan diubah suai untuk kegunaan pendidikan,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman mengenai rancangan kementerian terhadap kuarters yang terbiar dan digelar sebagai “kuarters hantu” seperti dilaporkan Berita Harian baru-baru ini.

Pada Mei lalu, akhbar itu melaporkan kira-kira 3,000 unit kuarters guru, khususnya di luar bandar di seluruh negara dikatakan terbiar begitu saja kerana tidak didiami guru yang bertugas di kawasan berkenaan atas pelbagai faktor, termasuk lokasinya yang tidak sesuai dan tidak diselenggara dengan sempurna.

Wee berkata, beberapa cadangan sudah dikenal pasti bagi membantu mengatasi masalah pengisian kuarters untuk kakitangan mereka, seperti menawarkan kepada agensi dan kementerian lain yang memerlukan kuarters untuk kakitangan mereka dan semakan semula pemotongan IPT serta COLA. – BERNAMA

Jerut diri selepas disaman – Harian Metro


Jerut diri selepas disaman

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PILU...Chinnammah (kiri) menceritakan kejadian. Gambar kecil, Rajathurai.
PILU…Chinnammah (kiri) menceritakan kejadian. Gambar kecil, Rajathurai.

JASIN: Akibat tertekan selepas disaman polis, seorang remaja nekad menggantung diri dalam bilik di rumahnya di Taman Bemban Utama, di sini, kelmarin.

Mayat, M Rajathurai, 15, ditemui ibunya, S Chinnammah, 49, dalam keadaan leher diikat dengan kain kira-kira jam 5 petang selepas membuka pintu bagi melihat anaknya tidur.
Empat jam sebelum ditemui mati, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban itu disaman kerana menunggang motosikal tanpa lesen di Bemban.

 

Chinnammah berkata, dia tidak menyangka anak bongsunya bertindak demikian selepas tertekan akibat disaman.
Katanya, kejadian bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas dia meminta anaknya ke kedai berhampiran membeli makanan.
Bagaimanapun, dia mendakwa tidak mengetahui anaknya itu menaiki motosikal dan menyangkakan keluar menaiki basikal seperti kebiasaannya.

 

 

“Saya mula gelisah kerana kelibatnya belum dilihat berikutan sudah terlalu lama keluar.
“Tiba-tiba muncul kereta polis di depan rumah dan anak saya masuk ke rumah sebelum mengambil MyKadnya.

 

“Saya yang terkejut terus bertanya kepada polis terbabit dan mereka menjelaskan anak saya ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen berhampiran pekan Bemban,” katanya selepas ditemui di rumahnya, semalam.
Menurutnya, dia terus ke Balai Polis Bemban yang terletak dua kilometer dari rumahnya bagi mengetahui kejadian sebenar.
Katanya, dia mengakui memarahi anaknya dengan tujuan menasihatinya sebelum membawanya pulang.
“Ketika menarik tangannya, dia menggigil dan saya terus membawanya pulang. “Selepas makan, dia terus masuk bilik yang dijadikan tempat kami sekeluarga sembahyang dan tidur.
“Dua kali saya menjenguknya dan ketika mahu menyuruhnya ke kedai, saya terkejut apabila mendapati dia tergantung dengan leher dicerut kain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
ibu kepada empat anak itu.
Dia cuba mengejutkan anaknya itu tetapi tiada tindak balas dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke Hospital Jasin.
“Ketika tiba di Jabatan Kecemasan, dia disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dibedah siasat,” katanya.
Dia berkata, anaknya akan tidur jika mempunyai masalah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Dibelasah enam lelaki – Harian Metro


Dibelasah enam lelaki

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HULU SELANGOR: Hanya kerana berebut teman wanita, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun cedera dibelasah dengan kayu oleh sekumpulan enam lelaki di sebuah padang permainan taman perumahan, Batang Kali, dekat sini, Khamis lalu.

Mangsa yang juga pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah turut ditumbuk dan disepak beberapa kali. Berikutan kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis.
Menurut sumber, semuanya bermula kira-kira jam 9 malam Khamis lalu apabila mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari surau selepas menunaikan solat berjemaah bersama beberapa rakan lain.

 

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba mangsa dan rakannya dihalang sekumpulan enam lelaki yang dipercayai menunggu mangsa di kawasan itu.
“Seorang daripada mereka terus menyerang mangsa dengan menarik bajunya sementara beberapa rakan suspek yang lain menghalang rakan mangsa memberikan bantuan,” katanya.
Sumber berkata, mereka menolak mangsa sehingga jatuh sebelum memukul dengan kayu selain menyepak dan menumbuk muka mangsa.

 

 

“Melihat keadaan mangsa yang longlai dan menanggung kesakitan, rakan mangsa merayu supaya tidak terus memukul mangsa sebelum mereka kemudiannya berhenti.
“Apabila keenam-enam mereka mahu beredar dari padang permainan berkenaan, seorang daripada mereka berpatah balik dan memberi amaran kepada mangsa supaya tidak memberitahu keluarganya,” katanya.

Remaja putus jari diserang – Harian Metro


Remaja putus jari diserang

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun putus satu jari tangan kanan akibat dilibas dengan parang seorang lelaki yang dikatakan berang dengan tindakan bapa mangsa mendesaknya membayar hutang dalam kejadian di rumah mangsa di Taman Bangi Jaya, Semenyih, dekat sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian jam 10.40 malam itu, suspek bersama lapan rakannya datang ke rumah bapa mangsa dengan membawa parang, topi keledar dan sebatang besi dipercayai mahu mencederakan bapanya itu kerana mendakwa dipaksa membayar wang yang dipinjamnya.
Difahamkan, sebelum kejadian bapa mangsa yang berusia 66 tahun itu terlebih dulu menerima panggilan telefon daripada suspek memberitahu mahu datang ke rumah kononnya untuk melangsaikan hutangnya sejak setahun lalu. Menurut sumber, pada mulanya bapa mangsa menyangkakan suspek datang bersendirian namun terkejut sejurus melihat lapan lelaki dipercayai samseng tiba di hadapan rumahnya dengan membawa senjata tajam.

 

Kata sumber, sebaik tiba suspek memberitahu dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk melangsaikan hutang.

Pakai kasut buang tabiat – Harian Metro


Pakai kasut buang tabiat

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: “Arwah tiba-tiba berperangai pelik apabila berlegar-legar dalam rumah sambil memakai kasut sebelum keluar bersama rakannya Jumaat lalu hinggakan isteri saya, Normi Kadir, 53, yang berasa janggal menegur.”

Begitu kata Zainol Abidin Muhammad, 63, bapa kepada seorang remaja, Abdul Azim, 17, yang maut bersama rakannya, Mohamad Asyraf Maslin, 19, selepas motosikal dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang elektrik sebelum terjunam dalam parit di Kampung Teluk Epa, di sini, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang, namun mayat kedua-dua mangsa hanya ditemui orang ramai kira-kira 40 minit kemudian.

 

Zainol Abidin berkata, dia tidak menyangka perlakuan pelik arwah yang disaksikan isterinya sehari sebelum itu memberi petanda anak bongsu daripada lima beradik itu akan meninggalkan mereka selama-lamanya. Menurutnya, dia ada menghubungi Abdul Azim kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu, namun arwah memberitahu berada di rumah rakannya di Kampung Talang, Beseri.
Katanya, arwah turut memaklumkan akan tidur di rumah rakannya dan dia memang sudah sedia maklum dengan aktiviti anaknya yang sering berada di rumah Mohamad Asyraf.
“Kira-kira jam 4 pagi (Sabtu), saya cuba menghubunginya lagi, tetapi tidak dijawab sebelum menghubunginya sekali lagi selepas Subuh. “Bagaimanapun, saya masih gagal bercakap dengannya dan menyangka dia masih tidur di rumah rakannya tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk menimpanya,” katanya.

 

 

Menurutnya, ketika keluar dari rumah menghantar kakak arwah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar kira-kira jam 2 petang, dia sekali lagi menghubungi Abdul Azim bertanyakan sama ada dia mahu makan nasi ayam kegemarannya.
Namun, katanya, hatinya berkecai selepas menerima panggilan daripada abang Abdul Azim kira-kira jam 7 malam memberitahu mayat anak bongsunya ditemui tidak bernyawa oleh orang ramai di sebuah parit di Titi Chai.

 

“Saya terkejut dengan kejadian menimpa arwah, namun reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi Mohamad Asyraf dipercayai dipandu laju sebelum terbabas ke kanan jalan lalu merempuh tiang elektrik dan terhumban dalam parit.
“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mati tergantung selepas disaman – Berita Harian


Mati tergantung selepas disaman

2011/07/04

JASIN: Seorang pelajar berusia 15 tahun dijumpai mati tergantung di rumahnya di Taman Bemban Utama dekat sini, petang kelmarin, selepas menerima saman polis kerana kesalahan trafik.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mayat M Rajathurai yang juga pelajar Sekolah Menengah Seri Bemban ditemui ibunya ketika membuka pintu bilik yang tidak berkunci.

S Chinammah, 49, berkata beliau terkejut dengan kejadian itu selepas beberapa jam anaknya menerima saman daripada polis atas kesalahan trafik yang dilakukannya.

“Semuanya bermula apabila saya meminta dia (Rajathurai) ke kedai untuk membeli barang tetapi menyuruhnya berjalan kaki atau berbasikal.

“Bagaimanapun, saya tidak menyangka anak saya menaiki motosikal milik rakan abangnya secara senyap untuk ke kedai, “ katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Chinammah berkata, beliau hanya mengetahui anaknya itu disaman polis selepas kereta peronda datang ke rumahnya untuk mengambil Mykad.

Katanya, polis yang membawa anaknya itu turut memaklumkan Rajathurai ditahan di persimpangan taman perumahan kerana tidak memakai topi keledar serta tiada lesen memandu.
“Selepas memberikan Mykad, polis membawa anak saya ke balai berhampiran, kira-kira dua kilometer dari rumah dan di sana mereka mengeluarkan saman kepada anak saya.

“Saya menegur kesalahannya dan sepanjang perjalanan membawa dia pulang ke rumah dengan berjalan kaki, Rajathurai kelihatan seperti ketakutan dan hanya diam sehingga sampai di rumah,” katanya.

Katanya, kali terakhir beliau melihat anaknya itu ketika sedang makan nasi sebelum masuk ke biliknya untuk tidur kira-kira jam 3 petang.

“Saya menjenguknya dua kali dan lihat dia sedang tidur, namun kira-kira jam 5 petang ketika masuk semula ke biliknya untuk meminta pertolongan membeli kelapa, Rajathurai kelihatan tergantung di siling dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi, “ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di SK Mempagar, Beaufort Sabah


Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di SK Mempagar, Beaufort Sabah

 

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah diadakan dengan jayanya di SK Mempagar, Beaufort Sabah pada 2 Julai. Pada hari tersebut pelbagai program dijalankan seawal jam 6.30 pagi. Didahului ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Mempagar, Encik Tajudin Hj. Asari sebelum bermulanya acara larian tepat jam 7.45 pagi.

Antara program yang dijalankan ialah senam aerobik, tarian poco-poco bersama ibubapa, guru dan murid, dan acara kemuncak larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia tepat jam 7.45 pagi.

Berakhirnya acara larian, perlawanan bola sepak antara guru lelaki dan bapa murid serta perlawanan bola jaring antara guru perempuan dan ibu murid dijalankan serentak. Menjelang jam 9.30 pagi, murid bermain permainan mengikut kumpulan sukan masing-masing seperti badminton, bola jaring, bola sepak, dan bola baling.

Hadiah perlawanan bola sepak dan bola jaring telah disampaikan oleh Guru Besar SK Mempagar.