Pakai kasut buang tabiat – Harian Metro


Pakai kasut buang tabiat

Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: “Arwah tiba-tiba berperangai pelik apabila berlegar-legar dalam rumah sambil memakai kasut sebelum keluar bersama rakannya Jumaat lalu hinggakan isteri saya, Normi Kadir, 53, yang berasa janggal menegur.”

Begitu kata Zainol Abidin Muhammad, 63, bapa kepada seorang remaja, Abdul Azim, 17, yang maut bersama rakannya, Mohamad Asyraf Maslin, 19, selepas motosikal dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang elektrik sebelum terjunam dalam parit di Kampung Teluk Epa, di sini, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang, namun mayat kedua-dua mangsa hanya ditemui orang ramai kira-kira 40 minit kemudian.

 

Zainol Abidin berkata, dia tidak menyangka perlakuan pelik arwah yang disaksikan isterinya sehari sebelum itu memberi petanda anak bongsu daripada lima beradik itu akan meninggalkan mereka selama-lamanya. Menurutnya, dia ada menghubungi Abdul Azim kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu, namun arwah memberitahu berada di rumah rakannya di Kampung Talang, Beseri.
Katanya, arwah turut memaklumkan akan tidur di rumah rakannya dan dia memang sudah sedia maklum dengan aktiviti anaknya yang sering berada di rumah Mohamad Asyraf.
“Kira-kira jam 4 pagi (Sabtu), saya cuba menghubunginya lagi, tetapi tidak dijawab sebelum menghubunginya sekali lagi selepas Subuh. “Bagaimanapun, saya masih gagal bercakap dengannya dan menyangka dia masih tidur di rumah rakannya tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk menimpanya,” katanya.

 

 

Menurutnya, ketika keluar dari rumah menghantar kakak arwah ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar kira-kira jam 2 petang, dia sekali lagi menghubungi Abdul Azim bertanyakan sama ada dia mahu makan nasi ayam kegemarannya.
Namun, katanya, hatinya berkecai selepas menerima panggilan daripada abang Abdul Azim kira-kira jam 7 malam memberitahu mayat anak bongsunya ditemui tidak bernyawa oleh orang ramai di sebuah parit di Titi Chai.

 

“Saya terkejut dengan kejadian menimpa arwah, namun reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggangi Mohamad Asyraf dipercayai dipandu laju sebelum terbabas ke kanan jalan lalu merempuh tiang elektrik dan terhumban dalam parit.
“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s