Dua beradik dikhuatiri lemas terjatuh longkang – Utusan Malaysia


Dua beradik dikhuatiri lemas terjatuh longkang

08/07/2011 2:50pm

 

 

Oleh Ainol Amriz Ismail

 

SEREMBAN 8 Julai – Dua beradik dikhuatiri lemas dihanyutkan arus deras selepas terjatuh dalam Kolam Takungan Jabatan Pengairan dan Saliran Seremban 2, di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 12.45 tengah hari membabitkan mangsa yang berusia 7 dan 8 tahun.

Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan pasukan Bomba dan Penyelamat Seremban 2. – Utusan

Mayat kedua-dua adik-beradik lemas ditemui – Bomba – Bernama


Mayat kedua-dua adik-beradik lemas ditemui – Bomba

08/07/2011 9:14pm

 

SEREMBAN 8 Julai – Dua adik-beradik berusia tujuh dan lapan tahun mati lemas selepas dihanyutkan air deras ketika bermain longkang pada 12.30 tengah hari tadi di Taman Garden Homes, Seremban 2.

Menurut jurucakap bomba, mangsa adalah Aqhari Aqwa Saprudin, 8, dan adiknya, Ariff Hidayatullah, 7, yang tinggal di Taman Garden Homes, tidak jauh dari sekolah mereka.

Mayat pertama iaitu Ariff dijumpai dalam kolam takungan air yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian oleh penyelam bomba Seremban 2 pada 2.45 petang.

Mayat abangnya, Aqhari ditemui pada 4.45 petang tadi dalam kolam tangkungan yang sama.

Kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Tuanku Ja”afar untuk dibedah siasat, katanya. – Bernama

Muhyiddin lancar penambaikan kaedah atasi keciciran murid – Bernama


Muhyiddin lancar penambaikan kaedah atasi keciciran murid

2011/07/08

BANGI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap masalah keciciran murid dalam pembelajaran dapat diatasi dengan pelaksanaan sistem Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terutamanya dalam menguasai kemahiran 4M — membaca, menulis, mengira dan menaakul.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata ini kerana usaha memperkenalkan PBS dalam proses menilai dan mentaksir pencapaian murid merupakan langkah penting untuk menentukan tahap penguasaan murid secara bersistematik pada setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran.

Ketika melancarkan Buku PBS di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 di sini hari ini, beliau berkata PBS, yang merupakan penambahbaikan kepada sistem pentaksiran untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah, dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun ini dan Tingkatan 1 pada 2012.

Muhyiddin berkata kangkah itu bersesuaian dengan konsep “no child is left behind” (tidak ada seorangpun kanak-kanak tercicir) seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat yang meletakkan standard tertentu dan mewujudkan matlamat yang boleh diukur dan menjurus kepada penambahbaikan hasil pembelajaran.

Melalui maklumat yang dikumpul dalam pentaksiran yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru atau pihak sekolah dapat memberi maklumat balas yang konstruktif serta mengambil langkah susulan yang bersesuaian bagi memastikan kelemahan setiap murid dapat diatasi agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran. – BERNAMA

Ibu bapa lega murid selamat – Utusan Malaysia


Ibu bapa lega murid selamat

MUAR 7 Julai – Ibu bapa kanak-kanak yang menjadi tebusan dalam kejadian di Pusat Jagaan dan Didikan (Tadika) Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong di sini hari ini, melahirkan rasa lega dan syukur apabila semua mangsa selamat tanpa kecederaan.

Kesemua 30 kanak-kanak berusia antara dua hingga enam tahun serta empat orang guru itu berjaya diselamatkan kira-kira pukul 4 petang selepas sepasukan polis menyerbu masuk ke dalam tadika itu.

Salah seorang bapa kepada kanak-kanak yang menjadi tebusan, Tan Cheak Tan, 40, berkata, dia bimbang mengenai keselamatan anaknya, Tan Ying Lee, 4, sepanjang insiden tebusan selama lebih lima jam itu.

“Bila semua orang sudah dibawa keluar, pada masa itu, saya baru dapat rasa lega kerana anak saya dan semua orang selamat,” katanya yang dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 11 pagi.

Seorang lagi bapa kanak-kanak tebusan, Low Mei Tang, 32, dia tidak tentu arah sepanjang drama tebusan tersebut dan hanya mampu berdoa untuk keselamatan anaknya, Goh Jie Seng, 3.

“Pihak polis datang begitu ramai dan keadaan begitu mencemaskan, namun saya lega kerana semuanya berjaya diselesaikan dan semua orang selamat,” katanya.

Kebimbangan sama turut dikongsi sama oleh bapa kepada salah seorang guru tadika itu, Mohd. Sah Abdul Karim, 58, yang tidak menyangka kejadian tersebut boleh berlaku di tempat anaknya mengajar.

“Anak saya, Nor Azah, 22, baru mengajar di tadika itu beberapa bulan lalu dan saya terkejut apabila diberitahu ada orang kurang siuman mengurung semua orang di dalam tadika itu,” katanya.

Katanya, setelah menunggu berjam-jam dengan penuh debaran, dia bersyukur anaknya berjaya diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

Suspek nampak baik tapi sering berubah laku – Utusan Malaysia


Suspek nampak baik tapi sering berubah laku


 

MUAR 7 Julai – “Lelaki itu nampak macam baik. Dia boleh dukung kanak-kanak, tetapi tiba-tiba dia boleh arahkan seorang guru memukul kepalanya dengan tukul besi. Jika tidak, murid-murid tadika akan dicederakan.”

Detik-detik mencemaskan itu antara pengalaman yang dilalui oleh Pengetua Pusat Jagaan dan Didikan (Tadika) Serikids, Khoo Chon Den, 50, serta tiga guru dan 30 kanak-kanak lain yang menjadi tebusan seorang lelaki kurang siuman yang bersenjatakan parang dan tukul di Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong di sini, hari ini.

Katanya, disebabkan semua guru takut untuk memukul suspek dengan tukul itu, kesemua yang berada di dalam rumah itu dikumpulkan di dalam sebuah bilik di tingkat atas tadika.

Menurut Chon Den, kesempatan berada dalam bilik itu digunakan untuk dia mengunci pintu itu dari dalam dan suspek hanya mampu berlegar-legar di luar bilik tersebut tanpa dapat mencederakan sesiapa.

Dia memberitahu, suspek yang berusia 40 tahun itu menceroboh masuk pukul 9.15 pagi melalui salah satu pintu belakang tadika tersebut.

“Dengan membawa tukul, dia meminta kami mengikut arahannya dan mengugut akan mencederakan kanak-kanak jika tidak memberi kerjasama,” katanya.

Dia bersyukur kesemua selamat dalam kejadian itu dan berterima kasih kepada polis yang menjalankan tugas dengan sempurna.

Dalam pada itu, menurut salah seorang penduduk, Soh Yoke Chong, dia terpinga-pinga apabila dihalau pergi oleh guru tadika semasa mahu menghantar anaknya ke tadika itu.

“Tiap-tiap hari apabila saya menghantar anak, cikgu akan datang membuka pintu pagar, tetapi hari ini tiada. Apabila dia keluar, guru itu memberitahu kunci tiada dan tadika ditutup sambil memberi isyarat mata.

“Sebab tidak berpuas hati, saya telefon cikgu itu dan kali ini lelaki itu keluar dan menyuruh anak saya ditukarkan ke tadika lain,” katanya.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena sedang berlaku, wanita itu menghubungi suaminya yang kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Drama tebusan tadika Sungai Abong – Utusan Malaysia


Drama tebusan tadika Sungai Abong

 

Oleh KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my

 

LELAKI yang cedera ditembak oleh sepasukan Unit Tindakan Khas kerana menjadikan kanak-kanak dan guru Tadika Serikids sebagai tebusan di Taman Sungai Abong Cemerlang, Muar, Johor, semalam.

 

MUAR 7 Julai – Nyawa 30 kanak-kanak dan empat orang guru menjadi taruhan dalam kejadian tebusan oleh seorang lelaki yang bersenjatakan tukul besi dan parang di Pusat Jagaan dan Didikan (Tadika) Serikids di Taman Sungai Abong Cemerlang, Sungai Abong di sini, hari ini.

Lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai kurang siuman dan seorang penagih dadah itu menceroboh masuk tadika yang terletak di sebuah rumah banglo dua tingkat itu kira-kira pukul 9.15 pagi sebelum mengurung semua penghuninya.

Pihak polis dan ahli keluarga lelaki tersebut yang tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10 pagi cuba berunding dengan suspek meminta supaya semua tebusan dibebaskan, namun gagal.

Setelah rundingan gagal, sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) menyerbu masuk ke dalam tadika itu pukul 3.40 petang dan suspek telah ditembak di bahagian kepala mengakibatkan dia mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di hospital malam ini.

Insiden tebusan tersebut berakhir pada pukul 4 petang dengan kesemua tebusan iaitu empat guru wanita dan 30 kanak-kanak berusia antara 2 hingga 6 tahun itu berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, suspek dalam kes tersebut dipercayai individu sama dalam kes serangan seorang lelaki kurang siuman yang mencederakan kanak-kanak menggunakan tukul di Tadika Sinario di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman di sini pada 10 Mac tahun lalu.

Katanya, pihak polis juga percaya suspek adalah orang sama dalam kejadian tiga kanak-kanak ditikam di hadapan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Jalan Sakeh, Sungai Abong pada 12 Januari 2009.

Mengimbas detik-detik kejadian tebusan di Tadika Serikids hari ini, Jalaluddin berkata, polis mendapat maklumat mengenainya pukul 10 pagi dan sebuah kereta peronda dihantar ke premis itu.

“Suspek dikatakan mengurung kesemua empat guru dan 30 kanak-kanak di dalam sebuah bilik di tingkat atas dan dia turut mengunci semua pintu di tadika itu.

“Usaha untuk berunding dengan suspek dilakukan sejak pukul 11 pagi hingga 3 petang dan suspek telah mengemukakan beberapa tuntutan tidak logik, termasuk meminta sepucuk pistol automatik,” katanya.

Tambahnya, salah seorang detektif dapat mengecam dan mengenal pasti identiti suspek dan telah membawa bapa saudara, kakak serta adik suspek untuk memujuknya namun usaha itu gagal.

Katanya, polis yakin kesemua tebusan berada dalam keadaan selamat untuk satu serbuan dilakukan setelah menemui sekeping kertas yang diremukkan dan dilempar keluar oleh salah seorang guru tadika itu mengatakan dalam bahasa Cina: 30 kanak-kanak dan guru dikunci di dalam bilik atas.

Menurutnya, semasa serbuan dilakukan, banyak kerusi telah diselerakkan di bahagian tangga oleh suspek dan dia yang berada di tingkat atas juga bertindak menghalang kemaraan pihak polis dengan menyembur alat pemadam api.

Katanya, suspek cuba bertindak agresif dengan menggunakan tukul sebagai senjata dan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan mengenai bahagian kepalanya menyebabkan dia mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.

Suspek disahkan meninggal dunia di hospital pukul 9.15 malam ini.

“Mengenai seorang kanak-kanak yang dikatakan telah dicederakan, suspek telah berbohong mengenainya semasa rundingan dilakukan dan kesemua tebusan adalah selamat tanpa kecederaan,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

‘Aku bunuh semua’ – Harian Metro


‘Aku bunuh semua’

Oleh Salman Hamat, Ahmad Tajol Ansar Ibrahim, Mohd Harzrul Aminuddin dan Sharifah Zulaikha Syed Amali
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KAWAL...anggota polis mengusung suspek untuk hantar ke hospital.
KAWAL…anggota polis mengusung suspek untuk hantar ke hospital.

SELESAI...anggota UTK keluar dari pusat jagaan.
SELESAI…anggota UTK keluar dari pusat jagaan.

MUAR: “Bunuh aku, kalau tak aku bunuh semua budak yang ada.” Itu ugutan lelaki dipercayai pesakit mental yang menceroboh sebuah taska di sini dan menjadikan 30 kanak-kanak serta empat guru sebagai tebusan selama hampir tujuh jam, bermula jam 9 pagi semalam.

Ugutan lelaki bersenjatakan parang, tukul besi, pistol pengokot (stapler) dan alat pemadam api itu disuarakan kepada Penolong Pengetua Pusat Jagaan Serikids, Khoo Chon Den, 50, sambil mengacukan tukul besi kepadanya.

Khoo yang ketakutan dan serba salah, bagaimanapun enggan berbuat demikian selepas memikirkan penyerang lelaki itu bersikap baik terhadap semua tebusan termasuk mendukung seorang kanak-kanak untuk ke bilik air.

“Lelaki itu menghulurkan saya tukul besi dan menjerit supaya saya membunuhnya, namun saya tidak memenuhi tuntutannya itu kerana takut.

 
“Saya bimbangkan keselamatan semua kanak-kanak yang ada, namun pada masa sama tidak mahu menjadi pembunuh.

Bapa dakwa guru cuai – Harian Metro


Bapa dakwa guru cuai

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUANTAN: Seorang murid tahun dua yang mengikuti latihan sukan sekolah, kini bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, akibat disengat tebuan pada 20 Jun lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Muhamad Al-Amin Ibrahim, 8, dari Kampung Darat Sungai Ular bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular, di sini, belum sedarkan diri akibat cedera di kepala, leher, rusuk, lengan dan belakang badan.
Bapa angkat mangsa, Aziz Mamat, 49, berkata dia mendapat tahu kejadian terbabit melalui isterinya, Rosilawati Abdul Rahman, 39, sebelum bergegas pulang ke rumah.

 

“Isteri memberitahu dia yang berada di rumah didatangi guru yang membawa anak kami pulang dan memberitahu dia disengat tebuan sebelum mendapati keadaannya separuh sedar.
“Isteri bertanyakan mengenai kejadian terbabit, namun guru memberitahu anak kami disengat di luar kawasan sekolah padahal sarang tebuan itu berada di sebuah bangunan sekolah itu,” katanya.
Menurutnya, melihat keadaan dan rupa anaknya bertukar kebiruan dia membawanya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dipindahkan ke HTAA.

 

 

Katanya, sehingga kini, anaknya sudah 18 hari menerima rawatan dan dipercayai paru-parunya dijangkiti kuman.
Aziz berkata, susulan itu dia merujuk Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang untuk mengambil tindakan lanjut berikutan kecuaian guru yang mendakwa lambat menghantar anaknya ke HTAA Kuantan.

 

“Saya sedih apabila melihat keadaannya ketika menerima rawatan yang menyeksakan.
“Bayangkan 10 sengatan tebuan sehingga menyebabkan bisa serangga itu merebak ke paru-parunya,” katanya ketika ditemui, semalam.
Katanya, dia difahamkan, sarang tebuan itu yang berada di bangunan sekolah sudah dibuang sepasukan anggota bomba dan penyelamat sehari selepas kejadian terbabit.
Menurutnya, dia sudah membuat surat aduan untuk diserahkan kepada Pengarah JPN selain akan mengambil tindakan undang-undang selepas mendapati kecuaian berlaku dalam sekolah berkenaan.

Tengkorak Ayu ditemui – Harian Metro


Tengkorak Ayu ditemui

Oleh Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: “Alhamdulillah, biarpun sedih dengan nasib menimpa anak kesayangannya kami, saya tetap bersyukur kerana polis menemui semua cebisan mayat termasuk tengkorak, sekali gus mempercepatkan urusan pengebumian.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terbabit terutama pihak berkuasa yang bertungkus-lumus melakukan pencarian itu,” kata Qomarodin Bajuri, 43, bapa remaja yang dibunuh kejam sebelum dikerat dan dibakar di sini, semalam.
Anaknya, Nurrahayu, 16, dipercayai dibunuh selepas ditinggalkan berseorangan berhampiran sebuah pondok pengawal keselamatan berdekatan rumah keluarganya di Pekan Seri Alam, dekat sini.

 

Menurut Qomarodin, sejak kehilangan anaknya itu mereka sekeluarga sedih dan bimbang hingga diberitahu sebahagian jenazahnya ditemui di dua lokasi berbeza.
Katanya, berita mengenai penemuan hampir semua cebisan jenazah termasuk kepala sedikit sebanyak mengubat kerinduan keluarga dan melegakan kerana dapat mengebumikannya dengan sempurna.
“Saya menerima panggilan dari polis dan dibenarkan menuntut jenazah Ayu bermula semalam selepas hampir semua cebisan jenazah termasuk serpihan tulang dan tengkorak ditemui.

 

 

“Kami akan membuat tuntutan di Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini sebelum melakukan solat jenazah di Surau Al-Ikhlas di Pulai Utama, di sini, selepas selesai solat Jumaat. “Walaupun belum melihat keadaan mayat Nurrahayu, saya dan keluarga bersedia dan reda kerana lebih penting kami mengebumikannya dengan sempurna dan berpusara.
“Bagaimanapun, kami belum membuat keputusan di mana akan mengebumikannya sama ada di tanah perkuburan Gelang Patah atau di Kangkar Pulai esok (hari ini),” katanya.

 

Tengkorak remaja perempuan berkenaan ditemui di ladang kelapa sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini, petang kelmarin, iaitu lokasi sama sebahagian anggota tubuhnya ditemui sebelum ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ruslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan penemuaan berkenaan dan keluarga Nurrahayu boleh menuntut mayatnya di HSI untuk dikebumikan. Akhbar ini melaporkan kehilangan pelajar tingkatan empat berkenaan pada 2 Julai lalu, selepas dihantar pulang oleh teman lelakinya pada 18 Jun lalu.
Pada 3 Julai lalu, misteri kehilangan Ayu terjawab apabila polis menemui beberapa anggota badan yang dikerat dan dibakar di dua lokasi termasuk di sebuah tanah perkuburan Hindu di Masai dan di ladang kelapa sawit Sungai Tiram itu.
Jarak Ayu ditinggalkan (pondok pengawal keselamatan) dengan lokasi penemuan mayatnya di tanah perkuburan Hindu di Masai serta ladang sawit di Sungai Tiram, Ulu Tiram dekat sini kira-kira 15 kilometer (km) manakala jarak Ayu ditinggalkan dengan lokasi rumah kongsi bapanya kurang 200 meter.
Menurut Roslan, polis masih menyiasat kes pembunuhan Nurrahayu dan berharap mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.
Katanya, buat masa ini polis masih menyiasat seorang suspek yang juga pengawal keselamatan berhampiran rumah mangsa di sebuah tapak pembinaan di Pekan Seri Alam di sini, sejak Ahad lalu.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabit bersalah.

Polis tembak kepala suspek – Harian Metro


Polis tembak kepala suspek

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MUAR: Drama tebusan lima jam membabitkan 30 murid sebuah tadika dan empat guru wanita berakhir pada jam 3.05 petang semalam, selepas polis menggempur tadika itu dan menembak suspek di kepala, menyelamatkan semua mangsa tanpa kecederaan.

Polis melepaskan tembakan tepat pada kepala suspek yang semakin agresif apabila dia cuba memukul seorang anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjalankan usaha menyelamat.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata lelaki berkenaan dikenali sebagai Loi Hui Chung, 30, meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, pada jam 9.15 malam tadi. Menurutnya, pihaknya bergegas ke lokasi dan mendapati pusat jagaan kanak-kanak itu ditawan suspek bersenjata.

 

“Rundingan bermula jam 11 pagi dan suspek mula membuat beberapa tuntutan tidak masuk akal termasuk sepucuk pistol dan peluru.
“Pada masa sama kami berjaya berkomunikasi dengan seorang guru yang membaling nota melalui tingkap memaklumkan dia dan mangsa lain berada dalam keadaan selamat,” katanya.