Guru muda perlu bimbing masyarakat hargai perjuangan – TPM – Bernama


Guru muda perlu bimbing masyarakat hargai perjuangan – TPM

10/07/2011 7:42pm

 

SHAH ALAM 10 Julai — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah penting bagi guru-guru muda selaku pembimbing masyarakat untuk bukan sahaja memahami tetapi mendukung cita-cita hasil perjuangan nenek moyang dalam mendapatkan kemerdekaan.

Katanya, ini amat penting supaya apa yang dibina dan dinikmati oleh keluarga besar rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama seperti kemajuan, keamanan dan perpaduan hasil titik peluh dan penat lelah mereka yang terdahulu tidak dapat dirosakkan oleh pihak tertentu dengan mudah.

“Saya percaya kita harus bangkit dan bangun dan pertahankan prinsip-prinsip pokok, jangan dirungkai hingga terburai kerana kalau hendak dibangunkan semula adalah amat sukar,” katanya semasa berucap pada majlis penutup Konvensyen Guru-guru Muda (KOGUM) 2011 yang bermula Jumaat lepas.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, rakyat Malaysia yang telah mengecap 54 tahun kemerdekaan dan dilimpahi keamanan dan kemakmuran ingin menikmati kemajuan itu tetapi malangnya ada pihak yang ingin merosakkan dan menghancurkan impian itu dengan menganjurkan perhimpunan haram. — Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s