Bunuh, kerat pelajar: Pengawal didakwa bunuh Nur Rahayu – Utusan Malaysia


Bunuh, kerat pelajar: Pengawal didakwa bunuh Nur Rahayu

15/07/2011 3:59pm

 

 

Oleh AZIZI MAJID

 

JOHOR BAHRU 15 Julai – Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh pelajar berusia 16 tahun, Nur Rahayu Qomarodin yang mayatnya ditemui dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan di Masai.

D. Kalaiselvan, 46, didakwa membunuh Nur Rahayu di ladang kelapa sawit Sungai Masai, Jalan Masai-Kong Kong, Masai di sini di antara pukul 2.30 pagi dan 2.50 pagi, 18 Jun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Lelaki itu hanya menganggukkan kepala tanda faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret, Hafizah Johor Arif Johor.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Keluarga mangsa turut melantik Khairul Azwad Sariman sebagai peguam pemerhati bagi mewakili mereka.

Hafizah kemudian menetapkan 20 September ini sebutan kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat ke atas mangsa diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan Nur Rahayu ditemui mati dalam keadaan tragis, dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dikerat dan dibakar ditemui di dua lokasi berasingan pada 3 Julai lalu. – Utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s