Kes buli di sekolah catat penurunan – Harian Metro


Kes buli di sekolah catat penurunan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

TANJUNG MALIM: Kes buli di sekolah mencatat penurunan sebanyak 9.42 peratus tahun lepas hasil pelbagai usaha pencegahan yang dilakukan banyak pihak antaranya sekolah, ibu bapa dan Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kementeriannya menerima sebanyak 2,617 laporan kes buli di sekolah sepanjang tahun lepas berbanding 2,889 kes pada tahun 2009 dan 3,107 kes pada tahun 2008.
“Penurunan itu suatu petanda baik dalam usaha kita memerangi gejala buli di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Portal E-Buli di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.

 

Pelancaran portal itu turut dihadiri Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Aminah Ayob dan wakil persatuan ibu bapa, guru dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta.
Portal yang bertujuan membantu mangsa buli dan menangani penularan gejala tidak sihat itu boleh dilayari menerusi laman web http://ebuli.upsi.edu.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s