Dakwaan tidak berasas – Harian Metro


Dakwaan tidak berasas

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Dakwaan susu 1Malaysia mengandungi bakteria dan mengakibatkan 191 murid di Melaka mengalami keracunan makanan kelmarin tidak berasas.

“Ini terbukti apabila keputusan ujian makmal dilakukan terhadap sampel stok susu yang sama adalah negatif dan bersih daripada sebarang pencemaran,” kata Ketua Komunikasi Korporat Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), Jad Mahidin dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Menurutnya, keracunan itu mungkin berlaku akibat alahan dan reaksi murid terhadap susu dan bukan kandungan susu itu.

 

Beliau berkata, susu 1Malaysia yang dibekalkan syarikatnya kepada lebih kurang 400,000 murid membabitkan sekolah di Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, bebas daripada bakteria bacillus cereus dan toksinnya tidak seperti didakwa Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM).
Selain itu, beliau berkata, ujian turut dilakukan di makmal bebas yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi penilaian terperinci.
“Ujian sama turut dilakukan oleh KKM dan JKNM, tetapi keputusan penuh masih belum diperoleh,” katanya.

 

 

Jad berkata, melihat kepada corak pemakanan murid yang mengalami keracunan seperti yang dilaporkan, hampir semua menunjukkan reaksi keracunan terhadap susu.
“Mereka ini mungkin menghadapi situasi ‘lactose intolerant’ yang mana apabila mereka jarang meminum susu, tahap enzim ‘lactase’ akan rendah dan menyebabkan reaksi terhadap susu seperti muntah dan cirit-birit kerana usus yang kurang ‘lactase’ tidak dapat mencerna susu dengan baik,” katanya.

 

Sebelum ini, Pengarah JKNM, Datuk Dr Azmi Hashim mendakwa kes keracunan makanan yang dialami murid sekolah di negeri itu berpunca akibat meminum susu dibekalkan Dutch Lady Malaysia menerusi Program Susu 1Malaysia.
Kejadian keracunan di lima sekolah itu menyebabkan baki susu di sekolah berkenaan dan di gudangnya turut disita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s