Sentiasa awasi anak – Harian Metro


Sentiasa awasi anak

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak antara golongan yang sentiasa terdedah kepada bahaya dan lebih mudah menjadi mangsa penjenayah pada bila-bila masa jika keselamatan mereka tidak diberi perhatian, kata Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau mengulas kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang diculik selama tiga jam oleh sekumpulan lapan lelaki sebelum diikat tangan dan ditutup mulut dengan pita pelekat dalam kejadian di Taman Dato Senu, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari itu, mangsa, Dania Syazwana Azahar Ahmad, turut cedera di siku dan kaki selepas terjatuh dari dukungan seorang penculik ketika dia dilarikan ke tempat persembunyian. Bagaimanapun, dia dapat diselamatkan selepas seorang lelaki warga emas yang kebetulan melihat sekumpulan lelaki mengurung seorang kanak-kanak di belakang sebuah kedai kira-kira satu kilometer dari rumah kanak-kanak itu sebelum berani memukul kumpulan lelaki terbabit dengan kayu. Lee berkata, pada usia seawal 10 tahun kanak-kanak masih jagaan ibu bapa atau penjaga dan kejadian itu harus menjadi iktibar semua pihak golongan itu dalam keadaan kurang selamat dan berisiko menjadi mangsa penjenayah.

 

“Bagaimanapun, dalam kes itu penjenayah mungkin sudah mengetahui rutin harian mangsa serta mengetahui mangsa berseorangan hingga menyebabkan mereka bertindak berani walaupun di penempatan orang ramai.
“Ibu bapa pula jangan menganggap anak sentiasa selamat sebaliknya harus mengikuti perkembangan mereka menerusi telefon jika keluar bekerja dan terpaksa meninggalkan anak berseorangan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s