Kes disiplin pelajar menurun – Utusan Malaysia


Kes disiplin pelajar menurun

 

Oleh HAMDAN TAWADI
pengarang@utusan.com.my

 

BATU PAHAT 17 Julai – Kes disiplin melibatkan pelajar sekolah menurun kepada 0.06 peratus tahun lalu berbanding 0.08 peratus pada 2009.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peranan yang dimainkan oleh semua pihak, termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru, ibu bapa dan pihak sekolah menyumbang kepada penurunan kes disiplin itu.

“Ini sesuatu yang sangat baik dan diharapkan berterusan kerana disiplin adalah asas untuk kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Khairat Kematian di sini, hari ini.

Mohd. Puad berkata, terdapat enam kategori kes disiplin membabitkan pelajar sekolah iaitu buli, gangsterisme, kelucahan, kekemasan diri, ponteng sekolah dan ketepatan masa.

Menurut beliau, kes buli turut mencatatkan penurunan iaitu 0.4 peratus tahun lalu berbanding 0.6 peratus pada 2009.

Beliau memberitahu, buli bukan hanya melibatkan tindakan secara fizikal, tetapi turut membabitkan membuli secara lisan dan kementerian telah melancarkan portal e-Buli sebagai satu usaha bagi menangani perkara itu.

Katanya, mangsa buli boleh meluahkan perasaan serta mendapatkan panduan sewajarnya bagi menangani masalah itu dengan mengunjungi portal tersebut di http://ebuli.upsi.edu.my yang dibangunkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Mohd. Puad berkata, ibu bapa dan guru juga boleh memanfaatkan portal e-Buli bagi berkongsi pengalaman dan mengendalikan isu buli membabitkan pelajar sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s