KUALA LUMPUR: Aktiviti debat di peringkat sekolah menengah perlu dipertingkat bagi melahirkan generasi yang berkeupayaan untuk berfikiran terbuka dan kreatif serta berwiba.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata untuk itu, pihaknya akan mengadakan kajian dengan bantuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk mempertingkatkan lagi kualiti perdebatan dan jumlah pelajar yang terlibat.
UIAM sejak 10 tahun lepas telah terlibat dalam penganjuran Kejohanan Debat Antara Sekolah (IDC) di peringkat sekolah menengah yang berjaya melahirkan pendebat berkualiti, katanya kepada pemberita selepas menutup IDC ke 10 (IDC) di sini, hari ini.
Beliau berkata kejohanan debat itu yang telah diadakan sejak 10 tahun lepas perlu dikaji semula bagi mempertingkatkan kualiti dan mutu kejohanan itu.
Saifuddin juga berharap pihak stesen televisyen di negara ini dapat memainkan peranan mereka dengan menyiarkan kejohanan itu bagi menarik lebih ramai pelajar berminat ke arah aktiviti berdebat serta membudayakan kegiatan itu di kalangan generasi muda.