Kanak-kanak mati tertembak senapang abang

KUANTAN 27 Julai – Seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli terbunuh apabila terkena tembakan senjata buatan sendiri milik abangnya di Kampung Bangas, Kuala Sentul dekat Maran, semalam.
Dalam kejadian pukul 7.45 petang, mangsa yang berumur 10 tahun dipercayai keluar memburu babi bersama abangnya yang berusia 16 tahun di hutan berdekatan rumah mereka.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, kedua-dua beradik tersebut dipercayai keluar berburu kira-kira pukul 7 petang. – Utusan