Pengetua diseru tingkatkan kualiti pengurusan untuk jayakan Wawasan 2020 – Bernama


Pengetua diseru tingkatkan kualiti pengurusan untuk jayakan Wawasan 2020

2011/07/27

KOTA KINABALU: Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru pengetua sekolah menengah supaya meningkatkan kualiti pengurusan bagi membantu menjayakan wawasan kerajaan untuk mentransformasikan pendidikan negara.

Ketika membuat seruan itu, beliau yakin pengetua yang berkualiti akan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan Wawasan 2020 seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekaligus mengangkat martabat pendidikan bertaraf dunia.

Salleh berkata soal kualiti adalah intipati penting yang mesti diambil kira dalam apa juga bidang pengurusan termasuk pengurusan sekolah.

“Pengetua yang berkualiti sudah tentu akan menghasilkan sekolah yang berkesan dan membawa banyak kecemerlangan kepada organisasinya,” katanya ketika berucap pada majlis malam mesra sempena persidangan pengurusan pendidikan pengetua sekolah menengah Sabah ke-35 di sini.

Salleh berkata antara amalan yang boleh meningkatkan kualiti pengurusan ialah bertimbang rasa, berperikemanusiaan dan melaksanakan tanggungjawab secara bersama. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s