PM Umum Peruntukan RM1.1 Juta Kepada SMJK Dan Sekolah Persendirian – Bernama


Khamis Julai 28, 2011
PM Umum Peruntukan RM1.1 Juta Kepada SMJK Dan Sekolah Persendirian

ALOR SETAR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.1 juta kepada tujuh buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Persendirian di Kedah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan di sini.

Turut menerima peruntukan itu ialah jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Ke-100 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 1 di Jalan Kuala Kedah di sini, katanya pada Majlis Bersama Rakyat serta sambutan 100 tahun penubuhan SMJK Keat Hwa di sekolah itu, Khamis.

Sekolah Menengah (Persendirian) Sin Min Sungai Petani dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan(SMJK) Keat Hwa masing-masing menerima sumbangan RM200,000.

Selain itu, SMJK Keat Hwa 2, SMJK Chio Min, SM (Persendirian) Keat Hwa, SM (Persendirian) Sin Min Alor Setar, SMJK Sin Min Sungai Petani dan jawatankuasa Perayaan Ulang Tahun Ke-100 SMJK Keat Hwa masing-masing menerima peruntukan RM100,000.

Najib yang dalam lawatan sehari ke negeri ini, menyampaikan sumbangan itu kepada wakil setiap sekolah pada majlis berkenaan.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Lembaga Pengelola SM (Persendirian) Sin Min Sungai Petani Ching Chuen Leong berkata sumbangan yang diterima oleh SMJK dan sekolah Persendirian Cina menunjukkan Perdana Menteri prihatin dengan nasib mereka.

“Selama ini SMJK dan persendirian hanya bergantung kepada sumbangan syarikat korporat dan juga dana daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membiayai operasi sekolah dan murid.

“Bantuan yang diterima dapat meringankan beban yang ditanggung pihak sekolah selama ini dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dan sekolah,” katanya.

Pengetua SM (Persendirian) Sin Min Alor Setar, Loo Tong Hua berkata beliau terharu dan berterima kasih kepada Perdana Menteri atas sumbangan yang disampaikan.

Katanya bantuan itu membolehkan pihak sekolah menambah baik kemudahan yang sedia ada di sekolah, seperti menambah bilangan komputer untuk kegunaan pelajar. – BERNAMA

Tertembak adik – Harian Metro


Tertembak adik

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUANTAN: Seorang anak Orang Asli terbunuh terkena tembakan senapang buatan sendiri selepas pulang memburu babi di Kampung Bangas, Kuala Sentul, Sungai Jerik, Maran, kelmarin.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dikenali sebagai Siti Nordiana bersama abangnya berusia 16 tahun masuk ke dalam hutan berdekatan perkampungan berkenaan untuk memburu haiwan liar itu.

Dua beradik Orang Asli terbabit pulang dengan ‘tangan kosong’ sebelum abangnya meletakkan senjata berkenaan di depan rumah mereka.

Melihatkan perkara itu, bapa mangsa berusia 57 tahun menyuruh remaja lelaki terbabit menyimpan senapang di dalam rumah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

 
Dipercayai, ketika hendak membersih dan menyimpan senjata terbabit, remaja lelaki berkenaan tertekan picu senapang buatan sendiri itu dan tembakannya mengenai tepat ke perut adik perempuannya yang berada berhampiran.