Ustaz tertoreh kepala pelajar – Kosmo


Ustaz tertoreh kepala pelajar

 

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

 

zafiyah IBRAHIM menunjukkan kepala anaknya, Muhamad Hafidza yang terpaksa menerima beberapa jahitan di Kampung Pengadang Baru, Marang semalam.

 

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala selepas tertoreh pisau kecil yang dipegang seorang ustaz dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang dekat sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu didakwa berlaku ketika guru agama berusia 55 tahun berkenaan cuba menarik pelajar tingkatan dua itu yang berada di kelas bersebelahan kerana ponteng dari kelas sendiri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, ustaz berkenaan bertindak demikian selepas didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa, Muhamad Hafidza Wajahid, 14, yang dikatakan sengaja keluar dari kelas untuk ponteng.

Sebelum kejadian, menurut beliau, mangsa ada berjumpa dengan ustaz terbabit dan meminta kebenaran untuk keluar membuang air kecil.

Namun, ustaz itu enggan membenarkan mangsa keluar kerana mengesyaki dia mahu ponteng kelas.

SM St. Michael antara sekolah dipilih perintis Program Minda Sihat – New Sabah Times


SM St. Michael antara sekolah dipilih perintis Program Minda Sihat

5th August, 2011PENAMPANG: Sekolah Menengah St. Michael, Penampang menjadi antara enam buah sekolah di negara ini dipilih sebagai perintis untuk saringan kesihatan mental melalui program Minda Sihat-Menangani Stress Dalam Kalangan Murid di sekolah.

Lima lagi sekolah menengah yang terlibat dalam program itu di Semenanjung Malaysia, ialah SMK Dato Haji Ahmad Badawi , Seberang Perai (Pulau Pinang), SMK Simpang Bekoh Jasin (Melaka) SM Sains Teluk Intan (Perak) MRSM Gemenceh, Tamping (Negeri Sembilan) dan SMJK Katolik, Petaling Jaya (Selangor).

Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, keputusan untuk menjalankan projek printis di beberapa sekolah untuk program itu dibuat pada Januari lalu oleh Majlis itu dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

“Program ini dinamakan Program Minda Sihat bagi menangani stres di kalangan murid sekolah dengan menjalankan saringan mengenai sindrom bagi mengenal pasti tahap stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan projek perintis program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid di Sekolah St. Michael dekat sini, kelmarin.

Ia katanya, memberi pengetahuan dan kemahiran kepada guru-guru untuk mengenal pasti murid-murid yang mempunyai masalah mental, sebagai contohnya tekanan perasaan yang berterusan, kemurungan dan masalah emosi dan tingkah laku.

“Memberi kemahiran kepada murid-murid tentang cara-cara menangani stres dan mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku,” katanya.

Dalam program itu, katanya, saringan kesihatan mental akan dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap stres, keresahan dan kemurungan di kalangan pelajar.

“Alat saringan yang digunakan adalah Borang Saringan DASS(Depression, Anxiety, Stress Scale),” tambahnya.

Katanya, apabila siap hasil kajian yang dijalankan oleh Majlis itu, ianya akan diserahkan kepada Menteri Kesihatan untuk tindakan lanjut.

Katanya, peningkatan tahap stres sama ada di sekolah atau di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang perlu diambil perhatian untuk ditangani.

Turut hadir padam majlis itu. Pegawai Ke- sihatan Kawasan, Pejabat Kesihatan Kawasan Penampang, Dr. Mohd Saffree Jeffree dan Peng- etua SM St. Michael, Marie Yong Pik Hua.

Pelajar terkilan komputer 1Malaysia alami kerosakan – New Sabah Times


Pelajar terkilan komputer 1Malaysia alami kerosakan

5th August, 2011

  • BEBERAPA orang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Ranau yang menerima komputer riba 1Malaysia dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berasa terkilan kerana peralatan elektronik yang baru diterima itu telah menunjukkan beberapa kerosakan.

Tambah mengecewakan, ketika mereka membawa komputer riba tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah, mereka dimaklumkan bahawa sebarang urusan untuk membaiki kerosakan pada komputer riba tersebut bukan tanggungjawab mereka.

“Kami juga ada dimaklumkan yang kami perlu menanggung segala kos untuk membaiki komputer tersebut dengan menggunakan wang sendiri,” kata pengadu.

“Penjelasan ini adalah amat berbeza sekiranya dibandingkan dengan apa yang diperjelaskan kepada kami sewaktu mula-mula menerima komputer tersebut. Mereka menjelaskan bahawa komputer yang kami terima berada dalam jaminan untuk tempoh setahun yang mana segala kerosakan akan dibaiki oleh mereka.”

“Oleh itu, ketika komputer yang saya terima mula menunjukkan masalah, saya merujuk masalah ini kepada seorang guru di sekolah sebelum dinasihatkan untuk berjumpa dengan pegawai yang berkaitan di Jabatan Pelajaran.”

Pengadu turut menambah di mana dia telah ke Pejabat Pelajaran Daerah bersama dengan beberapa lagi rakannya yang turut mengalami masalah yang sama. “Setibanya di sana, kami di suruh untuk kembali ke sekolah dan tiada sebarang penyelesaian yang diberi.”

Sementara itu, jurucakap dana Jabatan Pelajaran Ranau ketika dihubungi ActionLine menjelaskan bahawa mana-mana pelajar yang mengahadapi masalah berkaitan dengan kerosakan komputer riba 1Malaysia yang diterima sepatutnya merujuk kepada pihakSKMM atau pembekal komputer tersebut.

“Mereka boleh mendapatkan nombor telefon pihak pembekal melalui pelekat berwarna merah yang terletak di bahagian belakang komputer itu. Selalunya sebelum mengedarkan komputer itu kepada pelajar kami pasti akan memberikan penjelasan mengenai dengan siapa yang mereka patut rujuk jika komputer terbabit menunjukkan masalah,” katanya.

Jurucakap terbabit juga menafikan yang pihak mereka tidak menjalankan tanggungjawab untuk membantu pelajar yang datang ke pejabat mereka berkaitan dengan masalah tersebut. “Kami tidak pernah menyuruh mereka membaiki komputer itu dengan wang mereka sendiri tetapi kami akan menasihatkan mereka supaya menghubungi SKMM atau pihak pembekal itu sendiri kerana hanya itu yang dapat kami lakukan untuk membantu mereka.”

NUTP Minta Unit NKRA KPM Tambah Baik SAPS Dengan Segera – Bernama


NUTP Minta Unit NKRA KPM Tambah Baik SAPS Dengan Segera

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwanya bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP Loke Yim Phing berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru-guru di seluruh negara mengenai SAPS, yangdiperkenalkan Julai lepas untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.

“Mereka (guru-guru) bukan tidak sanggup mematuhi tugas mereka, namun sistem berkenaan memang bermasalah sehingga menyebabkan mereka terpaksa menungguberjam-jam untuk key-in data peperiksaan seterusnya menyebabkan mereka tertekan.

“Oleh itu, kita berharap supaya sistem berkenaan dapat diperbaiki dengan segera,” katanya kepada pemberita di Wisma NUTP di sini Jumaat.

Sistem SAPS dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran secara talian bertujuan mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah diseluruh negara.

Sistem berkenaan, yang boleh dicapai semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah, sepatutnyamemudahkan guru memasukkan dan mengemas kini maklumat kelas, maklumat matapelajaran dan data pelajar di bawah jagaannya selain memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan.

Loke melahirkan kebimbangan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas akan terjejas kerana guru terlalu sibuk untuk memasukkan datapeperiksaan ke dalam sistem berkenaan.

“Sehinggakan ada guru yang sanggup meninggalkan proses P&P di kelas semata-mata mahu key-in data peperiksaan ketika sistem berkenaan berada dalamkeadaan baik,” katanya.

Beliau mencadangkan agar unit berkenaan melanjutkan tarikh akhir kemasukan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan dari 15 Ogos ini kepada akhir bulanini. – BERNAMA

Denda RM5,000, Penjara Jika Eksploitasi Kanak-Kanak – Bernama


Denda RM5,000, Penjara Jika Eksploitasi Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan polis bagi menangani isu kanak-kanak yang dieksploitasi untuk mengutip dana di tempat awam menerusi Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata Seksyen 32 akta tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali kepadamereka yang mengeksploitasi kanak-kanak untuk mendapatkan dana.

Katanya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang diselamatkan itu pula boleh dikenakan bon oleh mahkamah menurut Seksyen 30 akta yang sama bagi memastikanmereka tidak mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak terbabit.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memaklumkan kepada polis jika terdapat kes sedemikian dan tindakan akan diambil ke atas pihak yang mengeksploitasi kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Wakil Khas Amerika Syarikat untuk Masyarakat Islam Farah Anwar Pandith di kementeriannya di sini, Khamis.

Shahrizat berkata satu perbincangan antara agensi telah diadakan pada Selasa lepas yang bersetuju mengadakan operasi bersepadu untuk pihak JKM menyelamatkankanak-kanak terbabit manakala polis pula menahan, menyiasat dan mendakwa pihak yang mengeksplotasi kanak-kanak.

Sementara itu, pertemuan yang berlangsung hampir sejam petang ini antara lain membincangkan hubungan dua hala antara wanita di Amerika Syarikat danMalaysia terutamanya mengenai wanita Muslim dalam bidang keusahawanan dan ekonomi.

“Beliau berada di sini untuk mempelajari tentang apa yang telah kita lakukan dan mungkin ada idea atau cadangan yang beliau boleh bawa balik ke sana,” kataShahrizat.

Pandith berkata beliau banyak mempelajari mengenai usaha yang dilaksanakan oleh kementerian berkenaan, dan menggesa Malaysia supaya mengambil bahagiandalam inisiatif global Amerika Syarikat untuk menggalakkan wanita menyertai perkhidmatan awam.

“Ia adalah kerjasama antara Jabatan Negara dan tujuh kolej di Amerika Syarikat. Kami ingin melihat wanita Malaysia mengambil bahagian dalam usaha inidan universiti, NGO di sini… jadikan usaha global ini untuk melihat lebih banyak penyertaan wanita dalam sektor perkhidmatan di seluruh dunia.

“Ini merupakan mesyuarat yang sangat membuahkan hasil dan peluang yang amat baik untuk berkunjung semula ke Malaysia,” katanya.

Pandith, wakil khas pertama untuk mesyarakat Islam, menyandang jawatan itu sejak Jun 2009.

Tugas beliau termasuk mengadakan dialog dan menjalin perkongsian dengan masyarakat Islam di seluruh dunia berdasarkan kepentingan bersama dan salingmenghormati. – BERNAMA

Kerajaan Diminta Dakwa Dalang Paksa Kanak-Kanak Kutip Derma – Bernama


Kerajaan Diminta Dakwa Dalang Paksa Kanak-Kanak Kutip Derma

TAWAU: Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kalabakan menggesa kerajaan supaya menghukum dalang yang memperalat kanak-kanak untuk mengutip derma di tempat awam.

Ketuanya Datuk Hamisa Samat berkata kerajaan mesti lebih tegas menangani isu berkenaan memandangkan kegiatan itu sudah berterusan sekian lama tanpa tindakanberkesan pihak berkuasa bagi membendungnya.

“Masalah ini adalah masalah nasional kerana kes mempergunakan kanak-kanak bagi mengutip derma atas nama sekolah agama, pusat tahfiz dan rumah anak-anakyatim berlaku di seluruh negara termasuk di Sabah ini.

“Kebanyakan anak-anak ini berkeliaran di pusat beli belah, di kaki lima dengan membawa tabung berlabelkan nama sekolah agama, pusat tahfiz dan rumahanak-anak yatim, yang kita tidak tahu betul atau tidak kewujudannya.

“Kita percaya pihak tidak bertanggungjawab ini berani berbuat demikian kerana tidak ada tindakan berkesan yang diambil terhadap mereka,” katanyaselepas majlis penyerahan bantuaan di perkarangan Masjid Aman, Kampung Tanjung Batu Tengah, di sini.

Pada majlis berkenaan Hamisa, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Batu, menyerahkan bantuan Pusat Zakat Sabah sebanyak RM200setiap seorang kepada 20 orang golongan fakir miskin, mualaf dan balu.

Menurut Hamisa langkah tegas seperti tindakan mahkamah berkenaan perlu diambil sebagai amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab berkenaan bahawaperbuatana itu salah di sini undang-undang.

Beliau menyambut baik kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa kementerian itu akanbekerjasama dengan polis bagi menangani isu kanak-kanak yang dieksploitasi untuk mengutip dana di tempat awam menerusi Akta Kanak-Kanak 2001.

Hamisa berkata dalang kegiatan itu bukan sahaja mengabaikan kebajikan kanak-kanak berkenaan tetapi menyebabkan kanak-kanak itu tidak mendapat pendidikan sewajarnya kerana masa mereka dihabiskan untuk mengutip derma. – BERNAMA

3 murid ditahan – Harian Metro


3 murid ditahan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

ALOR SETAR: Polis menahan tiga murid sebuah sekolah tahfiz di Kuala Pegang, Baling kerana disyaki memukul, mendera dan meliwat tiga murid junior sekolah berkenaan sejak sebulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdullah, berkata semua suspek ditahan di surau sekolah tahfiz berkenaan kira-kira jam 2 pagi, Selasa lalu.
“Berdasarkan laporan ibu bapa mangsa pada 30 Julai lalu, kami menjalankan siasatan dan menahan ketiga-tiga suspek terbabit di surau tahfiz itu.

 

“Kami menahan mereka berikutan aduan bapa mangsa berhubung anaknya berusia sembilan tahun dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera tiga pelajar senior berusia 12 tahun.
“Berikutan itu, murid berkenaan terlantar di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan ketika menjalankan aktiviti keagamaan di sekolah tahfiz berkenaan, tetapi mereka dibebaskan sementara dengan jaminan polis kerana masih di bawah umur. “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii,” katanya. Semalam Harian Metro melaporkan seorang bapa kesal dengan tindakan tiga pelajar senior sebuah sekolah agama di Baling yang mendera dan meliwat tiga murid berusia sembilan tahun dan sepasang kembar berusia lapan tahun sejak 20 Jun lalu.

Impian 95% murid celik huruf hampir tercapai – Harian Metro


Impian 95% murid celik huruf hampir tercapai

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan melihat murid tahap satu dan dua celik huruf selain mampu menguasai kemahiran membaca, menulis serta mengira semakin menjadi kenyataan.

Ini berdasarkan pencapaian cemerlang inisiatif literasi dan numerasi di bawah program Saringan Literasi dan Numerasi (Linus) yang mencapai sasaran lebih awal daripada jangkaan kerajaan.
Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, Tengku Azian Tengku Shahriman berkata, pihaknya sebelum ini berpendapat sasaran 95 peratus murid celik huruf hanya dicapai menjelang hujung tahun.

 

“Bagaimanapun, setakat separuh pertama tahun ini (berakhir Jun) sudah 90 peratus dicapai untuk literasi Linus, manakala kadar numerasi Linus sudah memenuhi sasaran, 95 peratus. “Ini memberi ruang untuk pertumbuhan peratusan yang lebih besar berbanding sasaran tahunan kita….satu perkembangan sangat baik,” katanya ketika membentangkan laporan terkini Inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP) separuh tahun pertama 2011, di sini, semalam.
Laporan diterajui Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu), membabitkan enam NKRA termasuk Mengurangkan Jenayah, Membanteras Rasuah, Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar serta Mempertingkat Pengangkutan Awam di Bandar.

Kementerian Pelajaran digesa teliti modul pelajaran sekolah tahfiz – Harian Metro


Kementerian Pelajaran digesa teliti modul pelajaran sekolah tahfiz

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SUNGAI PETANI: “Saya minta Kementerian Pelajaran dan pihak berkaitan membuat siasatan segera kejadian seorang murid lelaki berusia sembilan tahun diliwat pelajar seniornya,” kata Ketua Umno Bahagian Baling, Datuk Abd Azeez Abd Rahim.

Abd Azeez berkata, dia juga mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap suspek walaupun pelaku di bawah umur dengan menjalankan siasatan terperinci.
“Pada masa sama, Kementerian Pelajaran juga diminta menyiasat semua sekolah pondok dan sekolah tahfiz yang beroperasi di negeri ini serta meneliti modul pelajaran dan program orientasi pelajar yang diguna pakai supaya kejadian sama tidak berulang.

 

“Pihak berkenaan perlu menyiasat status sekolah agama tahfiz terbabit serta modul digunakan kerana saya difahamkan semua tenaga pengajarnya terdiri daripada anak kepada mudir sekolah terbabit.
“Saya minta polis mengutamakan kes seumpama ini, selain mahu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Baling bertindak segera dan mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kejadian ini ditangani,” katanya ketika mengunjungi mangsa di sini, semalam.

Kencing dalam mulut – Harian Metro


Kencing dalam mulut

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SUNGAI PETANI: “Depa (tiga pelajar senior) melakukan seks bahagian belakang menyebabkan saya berasa sakit dan mahu menjerit, tetapi depa tutup mulut saya dengan tangan, selain diberi amaran tidak melaporkan kejadian kepada ibu bapa.”

Begitu kata murid yang mahu dikenali sebagai Din, sembilan tahun, dipercayai menjadi mangsa liwat tiga pelajar senior di sebuah sekolah tahfiz di Baling, dekat sini, pada bulan lalu.
Kejadian berlaku pada minggu kedua selepas mangsa memasuki sekolah itu pada 20 Jun lalu, namun kejadian terbabit hanya diketahui ibu bapanya ketika dijemput selepas sesi orientasi selama 40 hari pada 30 Julai lalu berikutan terdapat kesan lebam pada tubuhnya.

 

Din mendakwa dia bukan sahaja diliwat berulang kali oleh tiga pelajar berusia 12 tahun terbabit, malah dipukul dengan pelbagai objek selain diugut tidak menceritakan segala kejadian kepada sesiapa.
Menurutnya, perbuatan terbabit dilakukan tiga pelajar itu setiap hari, adakalanya pada waktu tengah hari, tetapi lebih kerap pada malam sama ada dalam bilik asrama, bilik air, surau dan tandas.
“Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 10 malam walaupun saya sedang tidur dalam bilik, tetapi mereka mengejutkan saya dan meliwat berulang kali. Saya hanya menangis kerana amat sakit.

 

 

“Saya tak boleh menjerit kerana mereka menutup mulut. Perbuatan itu berlaku beberapa minit sahaja dan sebelum keluar, mereka memberi amaran dan mengugut akan melakukan perbuatan lebih teruk jika diketahui orang lain,” katanya.
Selain diliwat, dia mendakwa dipukul dengan pelbagai objek antaranya kayu, kerusi, besi, penyangkut baju, getah paip serta ditumbuk, malah ketiga-tiga pelajar itu membuang air kencing ke dalam mulutnya.

 

Menurut Din, dia dan murid lain tidak mampu melawan kerana takut dengan tiga pelajar terbabit.
“Kejadian liwat dan dera berlaku berulang kali, namun saya tidak berani melaporkan kepada pengurusan sekolah kerana takut dipukul. Sebelum itu saya pernah dipukul dengan batang paip plastik kerana enggan bercakap akibat dipaksa makan tulang ikan oleh tiga pelajar itu.
“Pada mulanya, saya mahu memberitahu kejadian kepada ayah yang datang pada 25 Julai lalu, namun terpaksa berdiam diri dan memberitahu saya sihat kerana diberi amaran oleh pelajar itu dan pengurusan.
“Namun, saya lega apabila ayah datang pada 30 Julai lalu dan membawa saya keluar dari tahfiz itu sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan perubatan,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Sementara itu, bapa mangsa, Johari Pak Zain, 44, berkata kejadian menimpa anaknya disedari ketika datang ke tahfiz berkenaan pada 25 Julai lalu selepas rakannya membuat laporan polis berhubung kecederaan yang berlaku terhadap anak kembarnya.
Menurutnya, pada mulanya dia terkejut melihat ada kesan lebam dan kecederaan pada muka dan telinga anaknya, lalu bertanya kepada pengurusan tahfiz itu, namun diberitahu Din mungkin mengalami alahan manakala cedera di telinga akibat bermain.
“Saya cuba bertanya kepada anak, namun memberitahu dia sihat dan tidak ada apa yang berlaku. Saya akur penjelasan daripada pengurusan sekolah lalu pulang.
“Tetapi, saya terkejut apabila mendapati ada kesan lebam pada tubuh anaknya apabila kembali melawatnya pada 30 Julai lalu. Justeru, saya kini akan membuat laporan polis lagi terhadap pengurusan tahfiz berkenaan untuk tindakan,” katanya.