Pelajar terkilan komputer 1Malaysia alami kerosakan – New Sabah Times


Pelajar terkilan komputer 1Malaysia alami kerosakan

5th August, 2011

  • BEBERAPA orang pelajar di sebuah sekolah menengah di daerah Ranau yang menerima komputer riba 1Malaysia dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berasa terkilan kerana peralatan elektronik yang baru diterima itu telah menunjukkan beberapa kerosakan.

Tambah mengecewakan, ketika mereka membawa komputer riba tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah, mereka dimaklumkan bahawa sebarang urusan untuk membaiki kerosakan pada komputer riba tersebut bukan tanggungjawab mereka.

“Kami juga ada dimaklumkan yang kami perlu menanggung segala kos untuk membaiki komputer tersebut dengan menggunakan wang sendiri,” kata pengadu.

“Penjelasan ini adalah amat berbeza sekiranya dibandingkan dengan apa yang diperjelaskan kepada kami sewaktu mula-mula menerima komputer tersebut. Mereka menjelaskan bahawa komputer yang kami terima berada dalam jaminan untuk tempoh setahun yang mana segala kerosakan akan dibaiki oleh mereka.”

“Oleh itu, ketika komputer yang saya terima mula menunjukkan masalah, saya merujuk masalah ini kepada seorang guru di sekolah sebelum dinasihatkan untuk berjumpa dengan pegawai yang berkaitan di Jabatan Pelajaran.”

Pengadu turut menambah di mana dia telah ke Pejabat Pelajaran Daerah bersama dengan beberapa lagi rakannya yang turut mengalami masalah yang sama. “Setibanya di sana, kami di suruh untuk kembali ke sekolah dan tiada sebarang penyelesaian yang diberi.”

Sementara itu, jurucakap dana Jabatan Pelajaran Ranau ketika dihubungi ActionLine menjelaskan bahawa mana-mana pelajar yang mengahadapi masalah berkaitan dengan kerosakan komputer riba 1Malaysia yang diterima sepatutnya merujuk kepada pihakSKMM atau pembekal komputer tersebut.

“Mereka boleh mendapatkan nombor telefon pihak pembekal melalui pelekat berwarna merah yang terletak di bahagian belakang komputer itu. Selalunya sebelum mengedarkan komputer itu kepada pelajar kami pasti akan memberikan penjelasan mengenai dengan siapa yang mereka patut rujuk jika komputer terbabit menunjukkan masalah,” katanya.

Jurucakap terbabit juga menafikan yang pihak mereka tidak menjalankan tanggungjawab untuk membantu pelajar yang datang ke pejabat mereka berkaitan dengan masalah tersebut. “Kami tidak pernah menyuruh mereka membaiki komputer itu dengan wang mereka sendiri tetapi kami akan menasihatkan mereka supaya menghubungi SKMM atau pihak pembekal itu sendiri kerana hanya itu yang dapat kami lakukan untuk membantu mereka.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s