Muhyiddin Arah Pembelajaran Inggeris Dikaji Semula – Bernama


Ahad Ogos 7, 2011
Muhyiddin Arah Pembelajaran Inggeris Dikaji Semula

SEGAMAT: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dikaji semula bagi memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai bahasa penting itu sebagai bahasa kedua.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran melaksanakan kajian itu.

Menyatakan pandangan beratnya terhadap soal menguasai bahasa tersebut oleh pelajar, Timbalan Perdana Menteri berkata, penguasaan Bahasa Inggeris adalahpenting kerana ia bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa dan ekonomi.

“Bagaimana sistem pendidikan negara selama 13 tahun, dengan lima tahun di sekolah menengah, masih tidak mampu membuatkan murid-murid kita menguasai BahasaInggeris dengan baik.

“Saya sendiri tidak mampu menjawapnya,” katanya ketika berucap sempena lawatannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Maokil, Labis di sini Sabtu. Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata, kajian itu yang akan dikendali Bahagian Kurikulum Bahasa Inggeris akan melihat sama ada kelemahan ituberpunca dari kekurangan guru Bahasa Inggeris, peralatan atau punca-punca lain.

Katanya, murid-murid mungkin beranggapan bahawa kemampuan menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua itu tidak penting untuk mereka, sehinggamengakibatkan mereka berhadapan dengan masalah ketika di peringkat universiti.

Beliau menolak tanggapan pelaksanaan dasar “Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris” (MBMMBI), telah mengakibatkan Kementerian Pelajaranmengabaikan penguasaan Bahasa Inggeris.

“Itu tanggapan yang salah, saya dan Kementerian Pelajaran sentiasa menekankan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,” katanya.

Muhyiddin juga berkata, kementeriannya telah melakukan audit menyeluruh tentang kedudukan infrastruktur pendidikan negara, dalam usahanya untukmenyediakan keperluan infrastruktur yang diperlukan oleh sekolah-sekolah.

Walaupun kementeriannya menerima peruntukan pembangunan di antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setiap tahun, tetapi katanya, ini tidak mencukupi keranabilangan sekolah di negara ini adalah besar serta pertumbuhan penduduk yang pesat memerlukan pembinaan sekolah-sekolah baru.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Felda. – BERNAMA

Diserang lebah – Harian Metro


Diserang lebah

Oleh MICHELLE GUN
michellegun@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SANTUBONG: Aktiviti santai 22 pelajar cemerlang bersama dua guru dari sebuah sekolah menengah swasta antarabangsa di tapak perkhemahan Kem Permai, di sini, semalam bertukar kecoh apabila mereka diserang sekumpulan lebah yang mengakibatkan dua daripada mereka cedera teruk.

Kejadian jam 10.30 pagi itu berlaku ketika pelajar mempelajari cara memasak ayam pansoh (sejenis masakan dalam buluh masyarakat Dayak) di kawasan sejam setengah berjalan kaki dari tapak perkhemahan mereka.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila sarang lebah yang terletak berdekatan diganggu asap daripada api yang digunakan untuk memasak.

Menurut seorang pelajar yang tidak mahu dikenali, serangan berlaku secara mengejut menyebabkan mereka tidak sempat melarikan diri sehingga dua rakannya cedera teruk.
“Ketika itu kami membuat unggun api untuk memanggang ayam pansoh sebelum tiba-tiba merasai kesakitan akibat disengat di seluruh badan dan pada masa sama saya terdengar rakan lain menjerit kesakitan.
“Kami lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri daripada serangan lebah itu sehingga beberapa rakan saya cedera akibat terjatuh,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, mereka berlindung di belakang sebatang pokok besar dan terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam sementara menunggu bantuan kecemasan tiba.
“Dua rakan saya disengat dengan teruk tetapi bernasib kerana keadaan mereka masih stabil dan kami takut untuk kembali ke kem kerana bimbang diserang serangga itu,” katanya.

Difahamkan, seorang jurulatih yang bersama kumpulan berkenaan meminta bantuan kakitangan kem sebelum memaklumkan kejadian kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Hospital Umum Sarawak.
Sementara itu, jurucakap JPAM berkata, mangsa tidak mengganggu sarang lebah terbabit dan percaya serangan berpunca daripada asap unggun api yang digunakan untuk memasak.
“Dua pelajar cedera teruk manakala yang lain, termasuk guru mereka, cedera ringan. Semua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, JPAM ketika melakukan operasi menyelamat terpaksa menggunakan pemadam api untuk menghalau lebah itu dan kejadian terbabit yang pertama di Kem Permai.

Kegiatan luar bentuk keperibadian pelajar – Harian Metro


Kegiatan luar bentuk keperibadian pelajar

Oleh ROSELAN ABD MALEK
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LIPIS: Pembabitan pelajar dalam kegiatan luar perlu digalakkan kerana ia dapat membentuk keperibadian tinggi selain mewujudkan semangat kekitaan ketika berpersatuan.

Justeru, pembabitan aktif pelajar dalam badan beruniform seperti pengakap tidak sia-sia apabila Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Muhammad Shahrum Osman menyerahkan basikal kepada mereka sebagai rangsangan untuk terus aktif dalam persatuan itu dalam satu majlis di sini, semalam.
Beliau yang juga Bendahari Pengakap Malaysia berkata, 115 ahli pengakap daerah Lipis menerima basikal sebagai hadiah istimewa kerana bergiat aktif dalam persatuan itu.

 

Katanya, basikal itu boleh dijadikan sebagai aktiviti riadah untuk ahli pengakap selain menyihatkan badan dengan aktiviti berfaedah.
Turut hadir dalam majlis berkenaan, Pesuruhjaya Latihan Pengakap Negara, Shukor Muslim dan Pegawai Pelajaran Daerah Lipis, Basiron Abdullah Hasyim.
Dr Muhammad Shahrum juga berkata, sebagai orang muda, ahli pengakap perlu menghindari gejala tidak sihat atau boleh merosakkan diri.

 

 

“Ahli pengakap perlu menunjukkan teladan baik dan menjadi contoh kepada remaja lain.
“Justeru, mereka perlu sentiasa menjaga disiplin dan mematuhi segala undang-undang Negara, sekali gus menjaga nama baik pertubuhan pengakap,” katanya.

 

Sementara itu, pengakap Halim Ismail, 16, berkata pemberian basikal itu memberi satu suntikan semangat baru untuk dia bergiat aktif dalam pengakap dan melakukan kerja-kerja kebajikan.

Kurikulum Bahasa Inggeris dinilai semula: TPM – Berita Harian


Kurikulum Bahasa Inggeris dinilai semula: TPM

2011/08/07

MUHYIDDIN menyampaikan hadiah  kepada tokoh pelajar, Mohd Nazri Md Najib sambil diperhatikan Ahmad  (tiga dari kiri) di SMK FELDA Maokil, semalam. - Foto BERNAMA

MUHYIDDIN menyampaikan hadiah kepada tokoh pelajar, Mohd Nazri Md Najib sambil diperhatikan Ahmad (tiga dari kiri) di SMK FELDA Maokil, semalam. – Foto BERNAMA

PAGOH: Kementerian Pelajaran sedang menilai semula kurikulum pengajaran Bahasa Inggeris kerana didapati gagal membantu pelajar menguasai bahasa berkenaan meskipun selepas 13 tahun belajar di peringkat rendah dan menengah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu kerana kementerian meletakkan matlamat supaya setiap pelajar menguasai dua bahasa selepas tamat persekolahan iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris.

“Ketua Pengarah Pelajaran sudah diarah melihat semula kurikulum Bahasa Inggeris di sekolah kenapa sampai hari ini anak-anak yang masuk universiti pun masih rendah dan amat sederhana sekali tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

“Kita nak lihat anak luar bandar menguasai dua bahasa, selain Bahasa Melayu tapi Bahasa Inggeris tidak boleh diabaikan supaya setiap anak kita yang masuk sekolah dapat kuasai dua bahasa,” katanya ketika berucap dalam lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) FELDA Maokil di sini, petang semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Tahir Mohd Taat; ADUN Jorak, Datuk Dr Sharuddin Salleh serta Pengetua SMK FELDA Maokil, Noor Hashimah Hassan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, semakan juga perlu dibuat mengenai penugasan guru opsyen Bahasa Inggeris yang kemungkinan mengajar subjek lain di sekolah masing-masing.

“Kalau kita belajar Bahasa Arab pun cuma perlu ambil tempoh setahun dua saja untuk menguasainya… kenapa belajar Bahasa Inggeris selama 13 tahun tapi tak mampu kuasai?,” katanya.

Kem Motivasi Ala Banduan Tidak Sesuai Untuk Remaja, Kanak-Kanak – Shahrizat Abdul Jalil – Bernama


Sabtu Ogos 6, 2011
Kem Motivasi Ala Banduan Tidak Sesuai Untuk Remaja, Kanak-Kanak – Shahrizat Abdul Jalil

KUALA LUMPUR: Remaja dan kanak-kanak tidak patut mengikuti program motivasi ala banduan seperti yang berlaku di Johor, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata tiada jaminan program seumpama itu berkesan dalam membendung masalah melibatkan golongan tersebut.

“Kajian antarabangsa juga mendedahkan penglibatan dalam program seperti itu gagal menghalang kanak-kanak daripada terjebak dengan masalah seperti penyalahgunaan dadah, jenayah, malah ia menggalakkan mereka untuk bertindak sebaliknya,” kata Shahrizat dalam satu kenyataan, Jumaat.

Beliau berkata pihaknya lebih cenderung mengesyorkan pendekatan pemulihan yang boleh mengembalikan mereka kepada kehidupan biasa menerusi latihan semulaserta rawatan bersesuaian untuk membaiki kesilapan yang dilakukan.

Shahrizat juga mengingatkan kesalahan penderaan terhadap kanak-kanak boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.

Kenyataan beliau itu adalah susulan laporan media mengenai dakwaan pelajar dari tiga buah sekolah menengah di Johor Baharu, bahawa mereka didera secaramental dan fizikal ketika menyertai kursus motivasi yang dijalankan secara berasingan oleh Jabatan Penjara di sana. – BERNAMA

Kementerian Pelajaran Diminta Kaji Semula Sukatan Subjek Bahasa Tamil – Bernama


Sabtu Ogos 6, 2011
Kementerian Pelajaran Diminta Kaji Semula Sukatan Subjek Bahasa Tamil

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diminta mengkaji semula sukatan mata pelajaran bahasa Tamil di peringkat sekolah rendah bagi mengekalkan kepentingan bahasa ibunda kaum India itu.

Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan berkata, sukatan sedia ada tidak membantu murid menguasai bahasa itu khususnya selepas subjek sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

“Dulu mereka (pelajar India) pergi sekolah boleh sebut angka-angka dalam bahasa Tamil berbanding sekarang, ini kerana (bahasa Tamil) tidak diajar di sekolah, ini akan mencacatkan pendidikan bahasa Tamil,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Persatuan Gabungan Kebajikan Guru-guru Bersara Sekolah Tamil Malaysia, di sini hari ini.

Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut meminta penerbit buku teks bahasa Tamil mengkaji sukatan dan isi kandungan buku teks terbabit.

Mengenai persatuan itu, Saravanan berharap anggotanya yang kebanyakan bekas guru dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam sektor pendidikan dapat memainkan peranan bagi memartabatkan pembangunan pendidikan untuk kaum India.

Dalam perkembangan lain, Saravanan menegaskan bahawa kerajaan tidak akan merobohkan mana-mana rumah ibadat termasuk kuil sedia ada.

Malah katanya, rumah ibadat yang terlibat dengan projek pembangunan di ibu kota akan dipindah dan diberi tapak alternatif serta tanah hak milik kekal untuk pembinaan kuil baru.

Katanya kerajaan memperuntukkan RM200,000 untuk tujuan pemindahan dan pembinaan kuil baru itu.

Beliau mengulas mengenai kuil Sri Maha Kaliamman di Jalan Cochrane di sini, yang didakwa akan dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.

Tapak kuil itu adalah milik Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri dan akan dibangunkan untuk tujuan komersial. – BERNAMA

25,000 Murid Sekolah Rendah, Pra Sekolah Di Terengganu Khatam Al-Quran Oktober Ini – Bernama


Sabtu Ogos 6, 2011
25,000 Murid Sekolah Rendah, Pra Sekolah Di Terengganu Khatam Al-Quran Oktober Ini

KUALA TERENGGANU: Yayasan Islam Terengganu (YIT) akan mengadakan program khatam al-Quran yang membabitkan sejumlah 25,000 kanak-kanak Oktober ini.

Pengarahnya, Md Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, seramai 7,000 kanak-kanak prasekolah YIT, Kemas dan Jabatan Perpaduan, manakala 18,000 lagi murid sekolah rendah.

“Program ini salah satu usaha untuk menyemarakkan syiar Islam di negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata program itu merupakan usaha kerajaan negeri bagi memastikan murid sekolah rendah khatam Al-Quran sebelum mereka ke sekolah menengah.

Dalam perkembangan lain, YIT akan membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk membina asrama Institut Pendidikan Islam Yayasan Islam di Kampung Binjai, Kemaman pada akhir tahun ini bagi menampung lebih ramai pelajar.

Md Kamaru Al-Amin juga berkata YIT bercadang membelanjakan RM5 juta untuk membina pondok di Kampung Pelandang, Hulu Terengganu awal tahun depan di atas tanah wakaf seorang penduduk kampung. – BERNAMA

‘Aduan tak benar’ – Harian Metro


‘Aduan tak benar’

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: “Aduan itu tidak benar. Penggunaan kekerasan tidak dibenarkan, malah ia dasar jabatan ini,” kata Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar, mendedahkan hasil siasatan kes aduan Program Pencegahan Jenayah ‘Price Of Freedom’ di Pusat Latihan Pegawai Penjara Kluang, minggu lalu.

Menurutnya, hasil siasatan penuh Lembaga Siasatan Jabatan Penjara mengenai aduan penderaan fizikal seperti disepak, ditumbuk, ditempeleng dan dicekik mendapati perbuatan itu tidak benar.
“Aduan yang disiasat ini sudah dilaporkan kepada pihak polis dan jabatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana kakitangan, sekiranya hasil siasatan polis mendapati mereka menggunakan kekerasan atau mengambil tindakan luar batasan Peraturan Penjara dan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

 

Sebelum ini, 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang mengikuti program motivasi anjuran sekolah itu di Pusat Latihan Pegawai Penjara Kluang mendakwa mengharungi pengalaman mengerikan apabila didera petugas.
Malah, dalam kursus tiga hari dua malam itu yang dianjurkan Koperasi Penjara (Kopen), mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, tetapi turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antaranya digari hingga mengalami trauma.
Zulkifli berkata, siasatan itu mendapati aduan penyediaan makanan dan pakaian banduan kepada peserta kursus tidak benar.

 

 

“Makanan disediakan kepada peserta adalah dari kantin kakitangan dan bukan disediakan kepada banduan. “Ia disediakan dalam bekas khas program latihan dan bukannya bekas untuk banduan. Malah, pakaian yang disediakan kepada peserta juga adalah pakaian khas program dan bukan pakaian banduan,” katanya. Beliau berkata, beberapa aspek lain turut disiasat termasuk simulasi pemeriksaan yang dilakukan kepada peserta terbabit.

Cikgu ketuk – Harian Metro


Cikgu ketuk

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar lelaki berusia sembilan tahun di sebuah sekolah rendah di sini mendakwa kepalanya sering diketuk manakala badannya ditumbuk seorang guru lelaki di sekolahnya.

Difahamkan, kejadian itu bukan pertama kali berlaku sebaliknya mangsa mendakwa sering dipukul guru berusia lingkungan 30-an itu sejak empat bulan lalu.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9 pagi kelmarin, pelajar itu sekali lagi ditumbuk di badan selain kepalanya diketuk guru terbabit hanya kerana dia tidak menjawab soalan yang diberikan dengan betul.

 

Selepas pulang ke rumahnya di Jalan Klang Lama di sini dan memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapanya, mangsa dibawa ke Balai Polis Petaling untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.
“Mangsa memberitahu, dia sering dipukul tanpa sebab manakala dalam kejadian terbaru, mangsa mendakwa dipukul guru terbabit menggunakan tangan hanya kerana salah menjawab satu soalan diberikan,” kata sumber.
Menurutnya, bapa mangsa yang terkejut dengan aduan anaknya itu cuba menenangkan mangsa kerana mendakwa takut untuk pergi ke sekolah.

 

 

Difahamkan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan sebaliknya kini trauma dan takut untuk meneruskan sesi persekolahan.
Sehubungan itu, bapa mangsa membawa anaknya itu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru berkenaan selain bimbang sekiranya perkara buruk terjadi kepada anaknya pada masa depan.

Lebam disyaki didera ibu – Harian Metro


Lebam disyaki didera ibu

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Bukit Rambai, dekat sini, dipercayai menjadi mangsa didera ibu kandungnya sendiri hingga lebam pada anggota badan termasuk tangan.

Difahamkan kejadian berkenaan hanya disedari guru tadika selepas seminggu mangsa mengalami penderaan menyebabkannya membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga.
Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah melawat mangsa di rumahnya bulan lalu sebelum membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

 

Katanya, doktor yang merawat mangsa mengesahkan dia dipercayai didera berdasarkan kesan kecederaan dialaminya.
“Kejadian difahamkan berlaku pada 21 Julai lalu yang mana mangsa yang juga anak ketiga daripada empat beradik dikatakan didera ibunya.
“Siasatan pegawai JKM juga mengetahui bahawa keluarga mangsa dikategorikan bermasalah kerana ibunya terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

 

 

“Selain itu, ibu mangsa juga dikatakan bernikah melalui sindiket dan perkahwinannya tidak didaftarkan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Daud Arbah mengesahkan menerima laporan kes berkenaan dan pihaknya sudah mengambil tindakan menyelamatkan kanak-kanak itu.

 

Katanya, Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Melaka Tengah, Muslim Abdullah dan Nurhezlin Jaafar sudah membuat permohonan bagi perintah jagaan sementara kanak-kanak terbabit di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, kelmarin.
“Kami berjaya mendapat perintah jagaan sementara diputuskan Majistret Muhammad Hazri Hanafi bagi menempatkan kanak-kanak itu di bawah penjagaan orang yang layak iaitu, ibu saudaranya mengikut peruntukan Seksyen 17 (1) (e) Akta Kanak-Kanak 2011,” katanya.