‘Aduan tak benar’ – Harian Metro


‘Aduan tak benar’

Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: “Aduan itu tidak benar. Penggunaan kekerasan tidak dibenarkan, malah ia dasar jabatan ini,” kata Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar, mendedahkan hasil siasatan kes aduan Program Pencegahan Jenayah ‘Price Of Freedom’ di Pusat Latihan Pegawai Penjara Kluang, minggu lalu.

Menurutnya, hasil siasatan penuh Lembaga Siasatan Jabatan Penjara mengenai aduan penderaan fizikal seperti disepak, ditumbuk, ditempeleng dan dicekik mendapati perbuatan itu tidak benar.
“Aduan yang disiasat ini sudah dilaporkan kepada pihak polis dan jabatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana kakitangan, sekiranya hasil siasatan polis mendapati mereka menggunakan kekerasan atau mengambil tindakan luar batasan Peraturan Penjara dan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

 

Sebelum ini, 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Uda, Johor Bahru yang mengikuti program motivasi anjuran sekolah itu di Pusat Latihan Pegawai Penjara Kluang mendakwa mengharungi pengalaman mengerikan apabila didera petugas.
Malah, dalam kursus tiga hari dua malam itu yang dianjurkan Koperasi Penjara (Kopen), mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, tetapi turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antaranya digari hingga mengalami trauma.
Zulkifli berkata, siasatan itu mendapati aduan penyediaan makanan dan pakaian banduan kepada peserta kursus tidak benar.

 

 

“Makanan disediakan kepada peserta adalah dari kantin kakitangan dan bukan disediakan kepada banduan. “Ia disediakan dalam bekas khas program latihan dan bukannya bekas untuk banduan. Malah, pakaian yang disediakan kepada peserta juga adalah pakaian khas program dan bukan pakaian banduan,” katanya. Beliau berkata, beberapa aspek lain turut disiasat termasuk simulasi pemeriksaan yang dilakukan kepada peserta terbabit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s