71 pelajar tinggal sehelai pinggang, asrama terbakar – Utusan


71 pelajar tinggal sehelai pinggang, asrama terbakar

Anggota Bomba dan Penyelamat Sukarela membantu memadam kebakaran di blok Asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anom Tunku Abdul Rahman di Jitra, Kedah, semalam.

 

KUBANG PASU 14 Ogos – Seramai 71 penghuni asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Anum Tunku Abdul Rahman, Jitra di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila empat daripada enam bilik asrama itu musnah dalam kebakaran hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, semua barangan keperluan termasuk pakaian pelajar tingkatan satu hingga lima terbabit hangus.

Pengusaha kantin sekolah itu, Zaidi Muhammad, 38, berkata, ketika kejadian dia sedang memasak di dewan makan yang terletak berhampiran asrama putera itu.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kecil dan saya terus meninjau keadaan di luar dewan makan ini.

“Saya ternampak kepulan asap keluar dari tingkat atas asrama putera itu lalu terus memaklumkan kepada warden asrama. Dia mengarahkan semua penghuni asrama keluar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Latt berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku dalam kebakaran tersebut.

“Semua pelajar selamat dan akan ditempatkan di bangunan lain di sekolah tersebut buat sementara waktu.

“Pihak kami akan mengambil langkah yang bersesuaian untuk memastikan kesemua pelajar terlibat dapat meneruskan pelajaran dengan selesa,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mat Isa berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.31 petang dan berjaya mengawal api kira-kira 18 minit kemudian.

“Empat buah jentera bomba dan satu lori tangki air dikejarkan ke tempat kejadian bersama 87 anggota termasuk dari bomba sukarela,” katanya dan memberitahu punca serta kerugian masih disiasat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s