Pelajar dakwa dinodai teman lelaki beri pil khayal – Metro


Pelajar dakwa dinodai teman lelaki beri pil khayal

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KAJANG: Seorang pelajar perempuan tingkatan dua sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dirogol rakan lelakinya, pelajar tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16 Ogos lalu dan kejadian itu hanya dimaklumkan kepada guru di sekolahnya, kelmarin.

Menurut sumber, mangsa hanya memaklumkan kepada gurunya mengenai kejadian itu berikutan bimbang dimarahi ibunya.
“Mangsa memaklumkan kejadian berlaku 16 Ogos itu ketika dia mengikut rakan lelakinya yang berusia 15 tahun pulang ke rumah ketika ketiadaan kedua ibu bapanya.

 

“Rakan lelaki mangsa menyuruhnya menelan sebiji pil disyaki pil khayal dan mangsa hanya menurut sebelum berasa pening dan tidak sedarkan diri,” katanya.
Beliau berkata, apabila tersedar, mangsa mendapati dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian manakala rakan lelakinya sudah tiada.
Mangsa pada mulanya cuba menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan orang lain, namun, akibat tekanan perasaan, mangsa menceritakan kejadian itu kepada guru sekolahnya.

 

 

Guru terbabit kemudian memanggil ibu mangsa untuk memaklumkan perkara itu dan menasihatkan ibu mangsa melaporkan kepada polis.
Ibu mangsa yang terkejut membawa anaknya ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Padah main mercun – Utusan


Padah main mercun

 

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

 

MOHD. Amin Abdullah (kiri) dan Wan Mohd. Zakuan Wan Zadrim dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

 

KOTA BHARU 26 Ogos – Seorang murid tahun enam dan pelajar tingkatan satu sebuah sekolah di Tumpat, menjadi mangsa terbaru akibat bermain mercun di negeri ini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi, Wan Mohd. Zakuan Wan Zadrim, 12, dari Kampung Dalam Rhu, Tumpat, hilang empat jari tangan kiri selepas mercun buatannya tiba-tiba meletup.

Menurut Wan Mohd. Zakuan, ketika kejadian, ibunya, Saerah Samad, 42, keluar bekerja dan dia cuba membuat mercun buatan sendiri dengan memasukkan belerang ke dalam besi antena televisyen.

“Saya tengok ada budak yang buat mercun macam tu. Macam seronok sebab itu saya cuba. Saya potong antena dan masukkan belerang ke dalamnya.

“Belerang itu saya dapat dari mercun ketupat dan bunga api. Ketika saya cuba mengetuk kedua-dua hujung besi antena itu, tiba-tiba ia meletup,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini hari ini.

Tambahnya, dia yang masih sedar selepas kejadian tersebut dibawa ke Hospital Tumpat (HT) oleh jiran sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut.

“Selain putus empat jari, paha saya pula tercucuk besi antena. Saya sangat menyesal,” ujarnya.

Selang dua jam kemudian, Mohd. Amin Abdullah, 13, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Geting, hampir buta selepas mata kirinya terkena mercun botol ketika bermain bersama tiga rakannya di kawasan rumahnya di Kampung Geting, Tumpat kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Menurutnya, mereka bermain dengan menggali lubang untuk meletakkan mercun tersebut sebelum dinyalakan dan ditutup pula dengan sebiji tin kosong.

“Apa yang saya tahu, kalau buat begitu, bunyi letupan lagi kuat sebab itu saya dan rakan-rakan nak cuba. Mula-mula buat, tak menjadi, mercun tu tak meletup.

“Selepas itu kami cuba untuk kali kedua, seorang rakan saya telah nyalakan sumbu dan ketika saya cuba untuk menutupnya menggunakan tin tapi tak sempat kerana tiba-tiba ia meletup.

“Saya hampir buta sebab mercun. Lepas ini kalau dah balik rumah, saya nak buang semua mercun yang ada dan tak nak lagi main mercun,” katanya yang kini dirawat di HRPZ II.

3A 2B layak ke asrama penuh – Utusan


3A 2B layak ke asrama penuh

 

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan syarat kemasukan baru untuk murid miskin dan luar bandar ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pengambilan 2012.

Kata Timbalan Perdana Menteri, bagi murid daripada keluarga miskin, kelayakan minimum untuk ke SBP di bawah syarat kemasukan baru itu adalah 3A 2B.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menambah, bagi murid dari luar bandar pula, kelayakan minimum untuk ke SBP di bawah syarat kemasukan baru itu adalah 4A 1B.

‘‘Sehubungan dengan itu, murid daripada keluarga miskin dan murid dari luar bandar yang memperoleh keputusan seperti yang disebut akan diberi pertimbangan untuk kemasukan ke SBP.

‘‘Syarat kemasukan ini efektif untuk kemasukan ke SBP bagi tahun 2012,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Muhyiddin menambah, Kementerian Pelajaran menyedari ramai murid daripada keluarga miskin dan murid dari sekolah luar bandar yang ketinggalan dan kurang mampu untuk mendapatkan bantuan seperti kelas tambahan berbayar.

Malah katanya, ada juga antara mereka yang tidak dapat menumpukan pada masa pembelajaran yang sempurna kerana hidup keluarga yang susah.

‘‘Kementerian Pelajaran juga mendapati pendedahan kelompok ini kepada pengetahuan am dan dunia luar amat terhad disebabkan oleh kedudukan rumah, sekolah dan keluarga mereka yang kurang mampu,” katanya.

Justeru kata Muhyiddin, perubahan syarat kemasukan kepada golongan murid itu diyakini akan membantu murid tersebut mendapat pembelajaran yang lebih sempurna dan memberi peluang kepada mereka untuk ke SBP.

Matlamat utama tambah beliau, supaya murid-murid itu mendapat kelulusan pada peringkat tertinggi dan mampu merubah taraf hidup.

‘Habuan’ selamat dua adik maksiat – Metro


‘Habuan’ selamat dua adik maksiat

Oleh Mary Victoria Dass dan Mahaizura Abd Malik
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JOHOR BAHRU: Demi menyelamatkan dua adik perempuannya daripada terus bergelumang dosa, seorang kakak menempuh pengalaman pahit apabila putus jari kelengkeng akibat ditetak teman lelaki seorang adiknya.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Hidayah itu berkata, selain putus jari kelengkeng, jari manisnya cedera dan kecacatan itu menyebabkan dia kehilangan pekerjaan sebagai kerani di sebuah syarikat swasta.

“Lebih memilukan majlis perkahwinan saya yang sepatutnya diadakan akhir Jun lalu turut dibatalkan. Itu ‘habuan’ yang saya terima dalam usaha menyelamatkan dua adik daripada kancah maksiat,” katanya.

Menurutnya, insiden itu berlaku pada 24 Mei lalu di rumah sewa kedua-dua adik perempuannya, dikenali sebagai Aishah, 20 dan Ain, 16, di sebuah taman perumahan di sini dan mereka bersekedudukan dengan teman lelaki masing-masing.

 
“Kakak mana boleh bersabar dengan sikap mereka yang bukan saja tinggal bersekedudukan dengan lelaki bukan Islam itu sejak April lalu, malah teman lelaki seorang daripada adik saya juga terbabit penagihan dadah,” katanya.

Anak yatim ditaja gunting rambut sempena Aidilfitri – Utusan


Anak yatim ditaja gunting rambut sempena Aidilfitri

2011/08/27

KULIM: Memberi sumbangan kepada golongan tidak bernasib baik tidak terhad kepada pemberian wang serta barangan semata-mata, tetapi boleh juga dalam bentuk lain.

Bersandarkan kepada falsafah itu Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr Chin Tung Leung membawa tukang gunting rambut berpengalaman ke Asrama Pertubuhan Anak-anak Yatim Persatuan Bekas Perajurit Malaysia di sini, untuk menggunting rambut penghuninya sempena Aidilfitri.

Seramai 25 penghuni lelaki dan 27 perempuan menerima perkhidmatan itu, selain sumbangan kuih raya dan alat tulis menerusi program yang julung kali diadakan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya beliau berharap dengan program gunting rambut itu anak yatim terbabit dapat tampil kemas dan bersih terutama pada pagi Syawal ini.

Selain itu katanya, pihaknya juga menghulur bantuan kepada lebih 200 penerima daripada kalangan tidak bernasib baik di kawasan Parlimen Padang Serai bagi meringankan beban mereka sepanjang Ramadan ini. – BERNAMA