Guru kerja luar semakin serius, kementerian perlu kaji – Utusan


Guru kerja luar semakin serius, kementerian perlu kaji

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Kementerian Pelajaran perlu melakukan pemantauan yang menyeluruh berhubung fenomena guru membuat kerja ‘luar’ kerana ia boleh mengganggu dasar pendidikan negara.

Sambil menyifatkan fenomena itu semakin serius kebelakangan ini, Pensyarah Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran juga perlu menjalankan kajian mengenai perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

‘‘Oleh kerana tiada data yang dapat membuktikan hal ini berlaku, sukar untuk Kementerian Pelajaran mengambil langkah mengatasinya.

‘‘Pihak persatuan guru juga pasti akan menafikannya tetapi cubalah bertanyakan kepada ibu bapa kerana sebahagian besar daripada rungutan mengenai perkara ini datangnya daripada mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurut Anuar, antara kerja luar yang sinonim dengan guru adalah mengajar di kelas tuisyen berbayar, terlibat dengan perniagaan skim piramid (MLM), menjadi ejen insurans serta pelbagai produk seperti pakaian, aksesori perhiasan dan barangan kecantikan.

Katanya, disebabkan komitmen pemikiran, masa dan tenaga lebih terarah kepada kerja luar, ada guru yang mengabaikan tugasan hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

‘‘Akibatnya guru-guru ini secara fizikalnya akan menjadi letih dan tiada masa untuk membuat persediaan pengajaran.

‘‘Tidak hairan selepas 13 tahun anak-anak kita di sekolah rendah, namun masih belum berkeupayaan untuk menulis walau hanya sebaris ayat bahasa Inggeris dengan lengkap,” katanya.

Apa yang membimbangkan, kata Anuar, disebabkan sistem pendidikan negara tidak membenarkan ulangan kelas, pelajar yang gagal menguasai pelajaran juga akan tetap mengikuti kenaikan kelas.

Ditanya adakah faktor gaji menjadi penyebab utama, Anuar berkata, skim gaji guru ketika ini sebenarnya masih boleh memenuhi semua keperluan hidup dengan baik dan berkualiti.

‘‘Tetapi ada guru yang masih belum berpuas hati bila membandingkan pendapatannya dengan eksekutif di sektor korporat yang berpendapatan berlipat kali ganda.

‘‘Apa yang lebih diperlukan ialah memastikan setiap guru benar-benar memahami tanggungjawab mereka,” katanya.

2 Comments

  1. SALAM LEBARAN……..SALAM MERDEKARAYA……..
    KADANG2 TIMBULNYA ISU2 SEBEGINI KERANA SIKAP CEMBURU PIHAK BERKENAAN MELIHAT KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN SESEORANG YANG BERGELAR GUR DAN USAHA2 SAMPINGAN YANG DIJALANKAN (SEPERTI YG DINYATAKAN : AGEN MLM, AGEN INSURAN DSB)

    APA YANG SAYA SENDIRI NAMPAK…MEREKA YANG MELAKUKAN USAHA KERJA2 LUAR DAN ADA PENDAPATAN TAMBAHAN LEBIH BERSEMANGAT JUSTERU DAPAT MENJADI BAHAN MOTIVASI KEPADA ANAK2 DIDIK MEREKA UNTUK TERUS BERUSAHA. DISAMPING DAPAT MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH UNTUK MENYOKONG MENGADAKAN AKTIVITI MEMAJUKAN AKADEMIK PARA PELAJAR.

  2. SALAM LEBARAN……..SALAM MERDEKARAYA……..
    KADANG2 TIMBULNYA ISU2 SEBEGINI KERANA SIKAP CEMBURU PIHAK BERKENAAN MELIHAT KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN SESEORANG YANG BERGELAR GURU DAN USAHA2 SAMPINGAN YANG DIJALANKAN (SEPERTI YG DINYATAKAN : AGEN MLM, AGEN INSURAN DSB)

    APA YANG SAYA SENDIRI NAMPAK…MEREKA YANG MELAKUKAN USAHA KERJA2 LUAR DAN ADA PENDAPATAN TAMBAHAN LEBIH BERSEMANGAT JUSTERU DAPAT MENJADI BAHAN MOTIVASI KEPADA ANAK2 DIDIK MEREKA UNTUK TERUS BERUSAHA. DISAMPING DAPAT MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA PIHAK SEKOLAH UNTUK MENYOKONG MENGADAKAN AKTIVITI MEMAJUKAN AKADEMIK PARA PELAJAR.

    KALAU NAK KATA TIDAK KOMIT DENGAN KERJA TAK PAYA BUAT KERJA TAMBAHAN KAT LUAR PUN TETAP TAK ADA KOMITMEN TERHADAP TUGASNYA….

    JANGAN TUTUP RUANG REZEKI ORANG……
    KALAU ALLAH REDHA DAN BAGI REZEKI KEPADA MEREKA YANG BERKENAAN KENAPA PULA PERLU NAK HALANG MEREKA …

    NAK KATA PELAWAK NABIL..”LU PIKIRLAH SENDIRI.”……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s