HTC Jetstream now available from AT&T


HTC’s first Honeycomb powered Android tablet is finally here. The HTC Jetstream is now available from AT&T for the cool price of $699.99 with a two year data contract. If you’re made or money or don’t feel like you want to pay AT&T $35/month for your internet connection, AT&T will sell you the HTC Jetstream for 849.99. The price is certainly high, but so are the specs on the HTC Jetstream.  HTC had equipped the Jetstream with some pretty amazing components which include a Qualcomm MSM8260 1.5 GHz Snapdragon dual-core processor, 32GB of internal storage, 10.1-inch capacitive display, 8 megapixel camera with dual LED flash, 1.3 megapixel front-facing camera, Bluetooth 3.0, and a 7300 mAh battery which is should give used more than 37 days of standby time of 12 hours of continual web browsing.

On top of all that, HTC is thrown in a few radios which enable the Jetstream to connect with Wi-Fi GSM/GPRS/EDGE and AT&T’s HSPA+ and LTE network. We’re sure that all the extra connectivity options is one of the culprits behind the unusually high price of the Jetstream.

HTC is still expected to unveil a Wi-Fi only version of the Jetstream for the European market sometime soon.  Are any of you planning on heading to your local AT&T store to purchase the new HTC Jetstream?

Permohonan Maktab Tentera Diraja(MTD) 2012/2013 Tingkatan 4


Permohonan Maktab Tentera Diraja(MTD) 2012/2013 Tingkatan 4

Tawaran ke Maktab Tentera Diraja sesi 2012-2013 ini terbuka kepada pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2011. Tawaran ini akan dibuka bermula Ogos sehingga 30 September 2011. Permohonan yang lewat dihantar tidak akan diproses.

Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia.
  • Jantina – Lelaki.
  • Tinggi Minimum – 152 sm.
  • Berat Minimum – 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
  • Ukuran dada 74 sm (biasa) dan 79 sm (tarik nafas).
  • Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti lasak.
  • Terbuka kepada pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan percubaan PMR mendapat 4A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggerís, Matematik dan Sains) dan berpotensi lulus cemerlang dalam Peperiksaan PMR sebenar Tahun 2011.
  • Pelajar perlu mengisi borang permohonan kemasukan BAT B 115 Pin 3/03 Maktab Tentera Diraja dan menduduki Ujian Khas MTD (UKMTD) sebagai prasyarat kemasukan ke tingkatan 4 di Maktab Tentera Diraja.
  • Pelajar yang mendapat keputusan markah yang cemerlang dalam Ujian Khas MTD (UKMTD) akan dipanggil untuk menghadiri Sesi Temuduga Akhir di MTD.
  • Pelajar yang berjaya dalam temuduga tersebut akan ditawarkan pengajian bagi tingkatan 4 di MTD tahun 2012 dengan syarat keputusan PMR sebenar calon mestilah sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia,Bahasa Ingerís, Matematik dan Sains).
CARA MEMOHON
  • Pemohon boleh mendapatkan borang permohonan kemasukan (BAT B 115 (Pin 3/03) di laman Web MTD iaitu www.rmc.edu.my secara percuma atau datang sendiri ke alamat seperti di bawah.
  • Bagi pemohon yang memohon Borang Permohonan melalui pos, sila sertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:

Sel Pemilihan
Pejabat Pegawai Pendidikan Kanan
Maktab Tentera Diraja
Kem Sungai Besi
57000 KULALA LUMPUR
  • Borang Permohonan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 30 September 2011. Borang Permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Ujian Khas MTD (UKMTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Sekiranya tiada jawapan diterima sehingga 30 Jan 2012, permohonan dianggap tidak berjaya.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sel Pemilihan MTD melalui talian telefon di nombor 03-90867470/7471.
  • Borang permohonan boleh didapati DI SINI. (Sila gunakan Internet Explorer 7 ke atas untuk mendapatkan borang ini)
(gunakan internet explorer 7 untuk mengakses link di atas)

Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu (1) Sesi 2012


Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu (1) Sesi 2012

Daftar Permohonan Online Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu (1) 2012 Bagi lepasan UPSR 2011 

Tarikh permohonan atas talian ke sekolah berasrama penuh bagi tingkatan 1 2012 mula di buka pada 1 September 2011 hingga 15 Oktober 2011..Permohonan ini adalah untuk calon yang menduduki peperiksaan UPSR sesi 2011.

PANDUAN AM

1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian;

2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT;

3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN;

4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum dicetak.PENGEMASKINIAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS CETAKAN DIBUAT.

5. Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan sebanyak DUA (2) SALINAN.

  •  SALINAN PERTAMA DIHANTAR KEPADA GURU BESAR SEKOLAH ASAL PEMOHON ;
  •  SALINAN KEDUA DIHANTAR KEPADA PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) YANG DIPILIH. Setiap CETAKAN  borang permohonan mestilah ditandatangani oleh pemohon dan disahkan oleh GURU BESAR.

PANDUAN KHUSUS

Panduan Khusus Mengisi Borang Permohonan Ke tingkatan 1 2012

Untuk Mengisi Permohonan klik pada pautan di bawah :

Borang Permohonan Online Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2012

*Pastikan Angka Giliran Mengikut slip pendaftaran UPSR 2011

*Bimbingan ibu bapa/guru amat diperlukan dalam mengisi borang permohonan ini.

3 anak mati depan mata – Metro


3 anak mati depan mata

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
REMUK...keadaan kereta yang meragut nyawa  tiga beradik.
REMUK…keadaan kereta yang meragut nyawa tiga beradik.

SIMPANG RENGGAM: “Kejadian berlaku sekelip mata. Saya dan isteri hanya mampu melihat kereta Perodua kancil dinaiki tiga anak bertembung sebuah kenderaan lain kira-kira 100 meter di depan kami dan hanya dipisahkan dua kereta lain,” kata bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan jalan raya, Koperal Patah Raji Muhamad, 50.

Dalam kejadian di Kilometer 113.6, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran Pekan Yong Peng di sini, pada jam 2.45 pagi semalam, anak sulung pasangan berkenaan yang memandu Perodua Kancil, Ahmad Zakwan, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala dua adiknya, Ahmad Zahinuddin, 18, serta Ahmad Zarif, 12, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Pahat (HBP).
Patah Raji dan isterinya, Sopiah Azmi, 48, yang menaiki kenderaan lain bersama dua lagi anak hanya tergamam melihat kereta dinaiki tiga beradik itu bertembung sebuah Proton BLM di depan mata sebelum memberhentikan kenderaan bagi membantu anak-anaknya.

 

Selain itu, ahli keluarga menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan namun tidak sempat menyelamatkan mangsa yang cedera parah di kepala dan badan. Pemandu Proton, Ho Hong Shou hanya cedera ringan.
Patah Raji yang bertugas di Balai Polis Simpang Renggam berkata, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Renggam Jaya di sini, selepas berhari raya di Kampung Limau Hantu, Pangkal Meleret, Machang, Kelantan pada hari raya kedua.
“Sepanjang perjalanan semuanya berjalan lancar. Pada mulanya kereta dipandu Ahmad Zahinuddin, namun ketika tiba di Muadzam Shah, Pahang, kami berhenti rehat seketika untuk melepaskan penat sebelum Ahmad Zakwan menggantikan adiknya.

 

 

“Sebelum bertolak saya sempat bertanya pada Ahmad Zakwan, sama ada dia boleh meneruskan perjalanan dan dia menjawab tidak ada masalah.
“Bagaimanapun, apabila tiba di lokasi, saya melihat kereta dinaiki tiga anak bertembung dengan sebuah kenderaan lain,” katanya.

 

Menurutnya, ketika berehat dia sempat berpesan kepada anaknya supaya memandu dengan berhati-hati, namun akur dengan ketentuan Ilahi selepas mereka bertiga maut dalam kemalangan. Diminta mengulas lanjut kejadian itu, Patah Raji yang masih sedih dengan pemergian tiga anak lelakinya hanya berlinangan air mata dan terpaksa ditenangkan saudara mara.
Sementara itu isterinya, Sopiah yang juga guru sekolah rendah di sini serta seorang anak perempuannya berusia 14 tahun, enggan mengulas lanjut tragedi menimpa keluarganya kerana masih trauma dengan kejadian itu.

‘Minta RM1 saya tidak lama hidup’ – Metro


‘Minta RM1 saya tidak lama hidup’

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PASIR PUTEH: “Pertengahan Ramadan lalu, dia asyik meminta RM1 daripada datuknya sambil melafazkan kata-kata ‘tidak lama hidup’ manakala tiga hari lalu, dia asyik bermanja dengan abang dan kakaknya, seolah-olah enggan berpisah dengan mereka.

“Pada pagi kejadian, dia juga sempat duduk di riba saya sambil merengek seperti bayi, padahal sebelum ini tidak pernah berbuat demikian,” kata Zaini Mat Hasan, 45, ibu kepada Nik Nur Hidayah Nik Man, 11, yang lemas ketika berkelah bersama keluarga di Lagun Kuala Semerak, Tok Bali, dekat sini, petang kelmarin.
Zaini yang juga orang kelainan upaya (OKU) berkata, masih terngiang-ngiang celoteh anaknya itu yang asyik meminta RM1 daripada datuknya, Arifin Awang, 70, sambil melafazkan kata-kata ‘tidak lama hidup’.

 

Katanya, dia tidak mengesyaki sikap pelik anaknya itu sehinggalah Nik Nur Hidayah pergi menghadap Ilahi akibat mati lemas, kelmarin.
“Sepuluh tahun lalu, ayahnya Nik Man Arifin meninggal dunia, kini gilirannya pula dan saya reda. Sejak kebelakangan ini, anak saya banyak bersikap pelik,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tengku Anis (HTA), di sini. Mengimbas kejadian berkenaan, Zaini berkata, dia dan anaknya bersama 20 ahli keluarga lain tiba di lagun itu pada jam 2.30 petang dari Kampung Gong Penaga, Jerteh, Terengganu untuk berkelah sempena cuti Aidilfitri.
Katanya, ketika itu, dia berada di tepi lagun bersama sepupu, Mohd Zamri Ibrahim, 37, sambil menikmati hidangan, manakala Nik Nur Hidayah mandi bersama kakaknya, Nik Nasuha, 16, dan saudaranya yang lain. “Tidak lama kemudian, saya terdengar suara jeritan meminta tolong dan melihat Nik Nur Hidayah dan Nik Nasuha tenggelam timbul di dalam air.

 

 

“Saya terus memanggil Mohd Zamri supaya segera memberi pertolongan kepada mereka sebelum berjaya menyelamatkan Nik Nasuha, namun Nik Nur Hidayah gagal diselamatkan apabila dia terus tenggelam ke dasar lagun,” katanya.

Dua remaja lemas di Lagun Kuala Semerak – Utusan


Dua remaja lemas di Lagun Kuala Semerak

MAYAT Nik Nur Hidayah Nik Man ditemui pukul 5.05 petang selepas lemas di Lagun Kuala Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, kelmarin. – UTUSAN/Torek Sulong

 

PASIR PUTEH 4 Sept. – Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini ditempuhi dengan kesedihan oleh dua keluarga apabila dua remaja mati lemas ketika sedang berkelah dan mencari kepah di Lagun Kuala Semerak dekat sini, semalam.

Dua mangsa yang lemas itu ialah Nik Nur Hidayah Nik Man, 11, dan Nik Nor Fatin Izzati Nik Mohd. Noor, 15.

Kejadian pukul 3.45 petang itu berlaku selepas mereka terjatuh ke dalam sebuah lubang pasir jerlus ketika mereka dan tiga lagi remaja sedang leka mandi dan mengharungi air.

Tiga lagi remaja yang juga sepupu Nik Nor Fatin Izzati berusia 12 hingga 15 tahun yang turut lemas bagaimanapun berjaya diselamatkan pengunjung.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Kamal Zainal berkata, kedua-dua mangsa dipercayai pergi ke kawasan lagun itu bersama keluarga masing-masing untuk berkelah dan mencari kepah.

Katanya, Nik Nur Hidayah adalah murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Awang berasal dari Kampung Gong Penaga, manakala Nik Nor Fatin Izzati, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gaal dari Kampung Gong Datuk.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga lagi iaitu sepupu mangsa kedua (Nik Nor Fatin Izzati) berjaya diselamatkan.

“Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan bersama sepasukan 10 anggota Bomba dan Penyelamat Daerah Pasir Puteh serta Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu.

“Pasukan itu menemui mayat Nik Nur Hidayah di dasar lagun berkenaan pada pukul 5.05 petang manakala mangsa kedua, Nik Nor Fatin Izzati, pukul 5.20 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jenazah Nik Nur Hidayah dikebumikan di kampung datuknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tembila manakala Nik Nor Fatin Izzati pula di Tanah Perkuburan Kampung Gong Datuk lewat malam tadi.

Bapa Nik Nor Fatin Izzati, Nik Mohd. Noor Junuh, 39, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama ahli keluarga yang lain sedang asyik mencari kepah sebelum dikejutkan dengan jeritan orang ramai.

“Air sungai di kawasan anak saya mandi cetek pada paras pinggang sahaja, ia menyebabkan arwah dan tiga sepupunya, Mohd. Halim Zaid, 12; Norhayati Samsuddin, 14; dan Nabila Azmi, 15, leka mengharungi air sungai sehinggalah tergelincir ke dalam lopak yang dalam,” katanya.

Ibu Nik Nur Hidayah, Zaini Mat Hasan, 45, pula berkata, kakak mangsa, Nik Nasuha, 16, telah cuba menyelamatkan adik bongsunya daripada lemas tetapi gagal.

“Malah Nik Nasuha sendiri nyaris lemas sama apabila mangsa berpaut erat pada badannya tetapi sempat diselamatkan oleh sepupunya, Mohd. Zamri Ibrahim, 37, yang menyaksikan kejadian itu,” ujarnya.

Zaini yang juga ibu tunggal kepada empat anak berkata, pagi sebelum kejadian itu, dia melihat Nik Nur Hidayah begitu manja dengannya dan sempat duduk di atas pangkuannya.

“Ia memperlihatkan sikap arwah yang ingin dibelai. Tiga hari lalu, sikap dan kelakuan arwah berlainan dan asyik bermanja dengan abang dan kakaknya seolah-olah enggan berpisah dengan mereka,” katanya.

Remaja diberkas rogol gadis – Utusan


Remaja diberkas rogol gadis

TELUK KEMANG 4 Sept. – Polis memberkas seorang remaja lelaki dan masih memburu rakannya kerana disyaki merogol seorang gadis berusia 16 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Pelanduk, dekat sini pada 28 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun itu ditahan semalam selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Katanya, rakan suspek terbabit sudah dikenal pasti dan polis sedang memburu remaja berkenaan.

“Kejadian berlaku pukul 5.45 petang apabila mangsa yang berasal dari Bukit Pelanduk di sini ditahan kedua-dua suspek ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumah.

“Mangsa kemudian diajak oleh kedua-dua suspek ke sebuah ladang kelapa sawit berhampiran sebelum merogolnya,” katanya di sini hari ini.

Katanya, berikutan kejadian itu mangsa memaklumkan kepada keluarganya sebelum mereka membuat laporan polis.

“Salah seorang suspek yang merupakan kenalan mangsa ditahan di sekitar Bukit Pelanduk dan direman sehingga esok untuk membantu siasatan,” katanya dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.