Remaja diberkas rogol gadis – Utusan


Remaja diberkas rogol gadis

TELUK KEMANG 4 Sept. – Polis memberkas seorang remaja lelaki dan masih memburu rakannya kerana disyaki merogol seorang gadis berusia 16 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Pelanduk, dekat sini pada 28 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh berkata, remaja lelaki berusia 19 tahun itu ditahan semalam selepas mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Katanya, rakan suspek terbabit sudah dikenal pasti dan polis sedang memburu remaja berkenaan.

“Kejadian berlaku pukul 5.45 petang apabila mangsa yang berasal dari Bukit Pelanduk di sini ditahan kedua-dua suspek ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumah.

“Mangsa kemudian diajak oleh kedua-dua suspek ke sebuah ladang kelapa sawit berhampiran sebelum merogolnya,” katanya di sini hari ini.

Katanya, berikutan kejadian itu mangsa memaklumkan kepada keluarganya sebelum mereka membuat laporan polis.

“Salah seorang suspek yang merupakan kenalan mangsa ditahan di sekitar Bukit Pelanduk dan direman sehingga esok untuk membantu siasatan,” katanya dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s