Bebas tuduhan tembak adik – Metro


Bebas tuduhan tembak adik

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

MARAN: Seorang remaja lelaki Orang Asli yang tertembak adiknya dengan senapang buatan sendiri sehingga mangsa terbunuh, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dua pertuduhan bunuh tanpa niat dan memiliki senjata api.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membebaskan remaja terbabit dengan bon jaminan berkelakuan baik mengikut Seksyen 91(1) Akta Kanak-Kanak 2001 tanpa cagaran selama dua tahun selepas tertuduh mengaku salah.
Remaja terbabit yang berusia 15 tahun dari Kampung Bangas, Kuala Sentul, di sini, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan berkenaan selepas kesnya disebut kali pertama pada 2 Ogos lalu, manakala pendakwaan dilakukan Norazlin Mohamad Yusoff.

 

Mengikut pertuduhan pertama, remaja itu didapati dengan cuai menyebabkan kematian secara tidak sengaja apabila tertembak adik perempuannya yang berusia 10 tahun dan tembakan itu terkena bahagian tangan dan perut sebelah kanan menggunakan selaras senapang buatan sendiri di rumah mereka di Kampung Bangas antara jam 7 malam hingga 8.15 malam, 26 Julai lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Manakala, pertuduhan kedua remaja terbabit didakwa memiliki dua laras senapang buatan sendiri yang juga tiruan di rumahnya antara jam 7 malam hingga 10.40 malam, 26 Julai lalu dan mengikut Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 (Akta 206), remaja itu boleh dihukum penjara setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

 

 

Mahkamah kemudian menangguhkan keputusan hukuman bagi kedua-dua kesalahan itu sementara menunggu laporan akhlak remaja terbabit daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Remaja terbabit kemudian dikenakan ikat jamin RM3,000 dan RM1,000 bagi kesalahan pertama serta kedua dan keluarganya membayar wang jaminan berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s