Tak putus terima rezeki – Metro


Tak putus terima rezeki

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GOMBAK: Penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Raudhatul Al-Faeez, di sini, bersyukur kerana tidak putus-putus menerima bantuan, terutama sepanjang Ramadan dan selepas Aidilfitri yang dirayakan minggu lalu.

Bantuan itu diterima daripada pelbagai pihak termasuk akhbar nombor satu negara, Harian Metro (HM) yang menyumbangkan barangan keperluan dapur dan beg sekolah menerusi Program Titipan Kasih Khas Aidilfitri, semalam.
Pengasasnya, Zahrina Saat berkata, rumah kebajikan berkenaan baru mencecah usia setahun dua bulan sejak ia mula beroperasi 25 Julai tahun lalu, namun sumbangan yang diterima daripada pihak yang prihatin terhadap nasib 40 anak yatim yang dikelolakannya, sangat berharga.

 

“Walaupun baru beroperasi dan terletak di kawasan jauh, dengan sumbangan dihulurkan ini, sekurang-kurangnya kami tahu sudah ada pihak di luar sana yang menyedari masih ada anak yatim yang benar-benar memerlukan bantuan di sini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan itu, semalam.
Pada majlis itu, Pengarang Eksekutif (Berita) Harian Metro merangkap Pengerusi Program Titipan Kasih, Othman Mamat, menyerahkan sumbangan beras, sos cili dan rempah-ratus serta beg sekolah kepada penghuni rumah berkenaan yang berusia enam hingga 16 tahun.
Pengasas bersama, Mohammad Hifdzi Hamzah berkata, rumah beroperasi secara sah kerana berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 

 

Menurutnya, pengurusan rumah terbabit memerlukan lebih RM9,000 sebulan membiayai kos pengurusan. Sementara itu, Othman berkata, sempena Syawal, HM menerusi Program Titipan Kasih merangka beberapa aktiviti termasuk penyampaian sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Raudhatul Al-Faeez, 15 keluarga miskin di kawasan Intan Baiduri, Kepong, minggu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s