Kalendar 2012 – Cuti di Malaysia 2012


Cuti Umum dalam Kalendar 2012 :

Dates
Occasion
For
1 January
Sunday
New Year All states except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu
14 January
Saturday
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
15 January
Sunday
Sultan of Kedah’s Birthday Kedah only
23 January
Monday
Chinese New Year Nationwide
24 January
Tuesday
Chinese New Year (2nd Day) All states except Kelantan and Trengganu
1 February
Wednesday
Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
5 February
Sunday
Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
Nationwide
7 February
Tuesday
Thaipusam Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
4 March
Sunday
Anniversary of Installation
of Sultan of Trengganu
Trengganu only
30 March
Friday
Sultan of Kelantan’s Birthday Kelantan only
6 April
Friday
Good Friday Sabah & Sarawak only
15 April
Sunday
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 April
Thursday
Sultan of Perak’s Birthday Perak only
1 May
Tuesday
Labour Day Nationwide
7May
Monday
Hari Hol Pahang Pahang only
17 May
Thursday
Wesak Day Nationwide
17 May
Thursday
Raja Perlis’ Birthday Perlis only
30- 31 May
Wed & Thu
Harvest Festival
Pesta Kaamatan Sabah
Sabah & Labuan only
1 – 2 June
Fri & Sat
Sarawak Harvest Festival
Hari Gawai Sarawak
Sarawak only
2 June
Saturday
Malaysian King’s Birthday
Harijadi Agong
Nationwide
17 June
Sunday
Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 July
Saturday
Georgetown Heritage Day Penang – but not a ‘paid holiday’ for private sectors employees.
7 July
Saturday
Penang Governor’s Birthday Penang only
20 July
Friday
Sultan of Trengganu’s Birthday Trengganu only
21 July
Saturday
Awal Ramadan
Start of Muslim fasting month (bulan Puasa)
Johor, Kedah & Malacca only
6 August
Monday
Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu only
19 – 20 Aug
Sun & Mon
Hari Raya Puasa * Nationwide
31 August
Friday
National Independence Day
Merdeka
Nationwide
9 September
Sunday
Sarawak Governor’s Birthday Sarawak Only
16 September
Sunday
Malaysia Day &
Sabah Governor’s Birthday
Nationwide
Sabah
14 October
Saturday
Malacca Governor’s Birthday Malacca only
24 October
Wednesday
Sultan of Pahang’s Birthday Pahang only
26 October
Friday
Hari Raya Haji *
Hari Raya Qurban
Nationwide
27 October
Saturday
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Hari Raya Qurban
Kedah, Kelantan, Perlis & Trengganu Only
11 November
Sunday
Deepavali or Diwali Nationwide, except for Sarawak
15 November
Thursday
Awal Muharram
(Maal Hijrah)
Nationwide
22 November
Thursday
Sultan of Johor’s Birthday Johor only
11 December
Tuesday
Sultan of Selangor’s Birthday Selangor only
25 December
Tuesday
Christmas Nationwide

Download dan Print Kalendar 2012 DISINI

Takwim Persekolahan 2012


Takwim Persekolahan 2012

Kumpulan A :
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 203 hari

Jumlah hari cuti penggal                                           : 87 hari

Takwim Persekolahan 2012

Kumpulan B :

Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 203 hari

Jumlah hari cuti penggal                                           : 87 hari

 

UPSR di Perlis lancar walaupun banjir – Bernama


UPSR di Perlis lancar walaupun banjir

13/09/2011 2:47pm

 

KANGAR 13 Sept. – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini berjalan lancar di Perlis walaupun negeri ini dilanda banjir sejak dua hari lepas.

Kesemua 4,594 calon UPSR tiba sejak awal pagi di 75 pusat peperiksaan untuk menduduki ujian selama tiga hari itu walaupun ada di antara pusat itu dilanda banjir selain ada pelajar yang tinggal di kawasan banjir.

Lebih 100 calon di kawasan yang terjejas teruk dengan banjir bermalam di sekolah yang menjadi pusat peperiksaan malam tadi bagi memastikan mereka dapat menduduki peperiksaan itu.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu yang meninjau beberapa sekolah di kawasan banjir hari ini berpuas hati dengan langkah Jabatan Pelajaran Negeri menempatkan calon-calon yang tinggal di kawasan banjir bermalam di sekolah.

Di Sekolah Padang Melangit, 36 pelajar bermalam di sekolah itu malam tadi manakala Sekolah Kebangsaan Seri Indera juga sebanyak 36 pelajar, Sekolah Kebangsaan Panggas (22 pelajar) dan 14 pelajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT), Kangar.

Turut mengiringi Menteri Besar ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid, Pengarah Pelajaran Perlis, Dun Kasa dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, Nishad Mohamad.

Sementara itu, angka mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan sehingga pukul 12 tengah hari tidak banyak berubah dengan 551 mangsa masih berada di 13 pusat pemindahan iaitu 11 di Kangar dan dua buah pusat pemindahan di Arau.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Perlis, semua pusat pemindahan di kawasan Padang Besar telah ditutup hari ini kerana banjir di kawasan berkenaan hampir pulih. – Bernama

Guru dituduh cabul pelajar lelaki 7 tahun – Bernama


Guru dituduh cabul pelajar lelaki 7 tahun

2011/09/13

KUALA LUMPUR: Seorang guru sebuah sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mencabul seorang pelajar lelaki berusia tujuh tahun Mac lalu.

Mohd Sabri Che Bedolah, 34, dari Taman Kajang Utama, Kajang, Selangor, didakwa mencabul kehormatan pelajar itu di tangga sekolah berkenaan pada 12 tengah hari 4 Mac lalu.

Mohd Sabri yang diwakili peguam Wan Ahamad Fadzil Wan Omar didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norasyikin Ahmad, menawarkan jaminan sebanyak RM11,000 dengan seorang penjamin tetapi Wan Ahamad Fadzil merayu supaya wang jaminan itu dikurangkan kepada RM3,000 kerana anak guamannya terpaksa menanggung anak yang masih bersekolah serta keluarganya.

Majistret Aizatul Akmal Maharani membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 kemudian menetapkan 13 Oktober depan untuk sebutan kes.

Ibu Mohd Sabri membayar jaminan itu.

Di Mahkamah Majistret lain, seorang lelaki dipenjara 15 bulan dan dikenakan tiga sebatan selepas mengaku bersalah memiliki sebilah pisau tanpa kebenaran di Jalan Metro Perdana Barat 3, Taman, Usahawan, Kepong pada 5 September lalu.
Michael Bajar anak Lagai, 24, dari Taman Indah Perdana, Kepong, yang tidak diwakili peguam didapati memiliki pisau yang diselitkan di pinggangnya.

Ketika ditanya Majistret Zaki Asyraf Zubir kenapa dia membawa pisau itu, Bajar menjawab “untuk minta hutang”.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad. – BERNAMA

UPSR tetap diteruskan – Metro


UPSR tetap diteruskan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KANGAR: Walaupun sebahagian besar sekolah di beberapa kawasan sekitar Arau dan Padang Besar dekat sini, dinaiki air, namun peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan tetap diteruskan, hari ini.

Bagaimanapun, peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang sedang berlangsung di negeri ini, ditangguhkan.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Dun Kasa berkata, penangguhan peperiksaan percubaan berkenaan dibuat selepas mengambil kira keadaan banjir yang melanda seluruh negeri.

 

“Kita memberi keutamaan kepada peperiksaan UPSR dan pusat pemindahan banjir yang dibuka di negeri ini hanya membabitkan sekolah menengah sahaja tanpa menjejaskan sekolah rendah yang menjadi pusat peperiksaan penting itu.
“Walaupun ada beberapa sekolah rendah terpaksa ditutup, namun UPSR akan tetap diteruskan melainkan ada laporan atau arahan tertentu daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk membatalkannya,” katanya, di sini, semalam.

497,691 calon duduki UPSR – Bernama


497,691 calon duduki UPSR

2011/09/13

KUALA LUMPUR: Seramai 497,691 murid tahun enam menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai hari ini sehingga Khamis di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 23,467 calon berdaftar bagi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketua Meja Pegawai UPSR Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Rahimin Ahmad, berkata untuk tahun ini, 257 pusat peperiksaan disediakan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Sekolah Kebangsaan St John 1 mendapati ibu bapa menghantar anak-anak mereka yang menduduki peperiksaan itu seawal jam 7 pagi.

Guru besar sekolah, Cik Jamaliah Mohd Jamal berkata, terdapat 83 calon berdaftar di sekolah itu.

Di Sekolah Kebangsaan Taman Keramat 1 pula, seramai 132 calon menduduki peperiksaan di empat pusat peperiksaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi menasihati semua calon supaya menjaga kesihatan terutama ketika keadaan jerebu ketika ini.
“Saya minta pelajar sentiasa berhati-hati dan jaga kesihatan agar tidak mengganggu mereka menduduki peperiksaan selama tiga hari… ibu bapa pun saya harap agar sentiasa berikan semangat kepada anak-anak mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. – BERNAMA